Followers

Thursday, May 6, 2010

Let's Read..!!(Yang mana dulu.?)

Assalamualaikum..wbt.
di kesempatan yang ada...
Ada dua buku yang perlu dibaca untuk bulan ni, nak baca yang mana dulu yer??
Kenal Pembeza Hak dan Batil, karya Tok Guru Nik Aziz atau Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, hasil karya tulisan Dr MAZA.?
Dua-dua buku ni orang bagi..
kredit:..SYUKRAN.!

Totally,dari buku Kenal Pembeza hak dan Batil ni,menceritakan tentang pelbagai kekeliruan yang banyak disogokkan oleh musuh-musuh Islam sekarang khususnya dalam al-Qur'an itu sendiri..Semua ini,tok guru kupaskan agar kita perhalusinya kembali berdasarkan Furqan yang telah diwahyukan Allah..memang menarik, dan berinformasi. Bila tengok mama bersemangat je baca,tak ape lah,bagi mama baca dulu..walaupun, buku tu dah lama diidam-idamkan..

The 2nd book, Mengemudi bahtera perubahan minda,ia hasil kumpulan karya Dr.MAZA dalam kolum pena mufti di akhbar utusan..Memang banyak kali terlepas untuk baca ruangan beliau, dek kerana 'rajin' sangat beli paper. Jika rajin ke maktabah, dapatlah..Walaupun ada beberapa artikel beliau yang ana tak berapa setuju dan tidak bersependapat. Just x sependapat, tapi tak bermakna tak sehaluan..Dr. MAZA lebih arif berbanding ana..siapa lah kita untuk menghukum orang ni betul atau tidak. Mungkin sahabat-sahabat boleh menilainya setelah membacanya.Ana belum lagi sempat menghabiskannya. sedang dalam proses..Tapi, secara keseluruhannya, karya beliau memang banyak membuka mata golongan-golongan agama supaya sedar dari lena kesenangan dan ketaksuban.

Walaupun tidak berkesemapatan untuk menghadiri pengajian ala pondok,mungkin inilah yang Allah gantikan.Ayuh sahabat2, kita buka minda kita supaya kita kenal mana yang hak dan mana yang batil..So, spend your holiday time by reading..kata orang bijak pandai.:"siapa diri kita pada masa aka datang, dicorakkan oleh apa yang kita baca pada hari ini..Bacalah...kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu.Ilmu itu pula imam kepada amalan.Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa.Allah swt,telah memilih kalimah iqra' untuk mentarbiyah umat...
So, LET'S READ..!

0 comments:

Post a Comment