Followers

Sunday, September 26, 2010

Perjuangan Yang Tamat Pada Zahirnya

Assalamualaikum wbt....

Salam Syawal 1431H..

Alhamdulillah, berakhir sudah arena kepimpinan juga perjuangan exco-exco Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) 09/10 pada 20hb september 2010 yang lepas. Begitu juga perjuangan dalam Biro Akademik untuk sesi ini. Walaupun tiada majlis yang istimewa diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya, ia tidak meruntunkan hati kami. Perkara itu hanya satu gula-gula dalam perjuangan sahaja. InsyaAllah, kami mendoakan agar kita bakal melihat satu kepimpinan baru Biro Akademik yang dapat meneruskan perjuangan kami. Walaupun tidaklah seberapa mana yang kami mampu lakukan dan tinggalkan untuk sahabat2 Insaniah, moge2 ada sedikit yang mampu kami sumbangkan. Sekurang-kurangnya batu asas yang kami tapakkan mampu diukir dan digilap lagi oleh kepimpinan yang akan datang dengan lebih baik lagi supaya ianya tidak terkubur begitu sahaja. Sentiasa mengingatkan diri serta sahabat-sahabat, perjuangan ini hanya tamat pada zahirnya sahaja. Seperti kata Pengarah HEP pada malam dan jamuan akhir sesama sahabat exco, perjuangan ini harus diteruskan dan kita tidak boleh berhenti dan lari dari perjuangan. Ia ibarat mata rantai perjuangan Rasulullah.Jika putus satu mata rantai itu, susah untuk kita menyambungnya kembali. Tidak bermakna, apabila tamatnya kita dalam satu organisasi itu, perjuangan kita sudah tamat. Tidak! Banyak lagi platform yang ada untuk kita terus bergiat dalam perjuangan. Bergerak dalam organisasi, memungkinkan kita untuk kuat dalam perjuangan.

Perjuangan atau jihad tidak semestinya dengan mata pedang. Menuntut ilmu juga satu perjuangan. Ini adalah ingatan untuk diri ana khususnya, akan kepentingan dalam menuntut ilmu kerana sudah banyak ketinggalan dalam bab akademik ini. Sibuk dengan akademik orang lain, akademik sendiri dipandang enteng. Nauzubillah dari fitnah masyarakat mahasiswa. Alhamdulliah, ayat Allah dalam surah At-Taubah ayat 122 yang baru dipelajari dalam madah Fikh Kitab mengingatkan ana kembali akan makna perjuangan itu sendiri.Firman Allah taala: “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.”(At-Taubah:122)..Moge2 kita bukan sahaja semangat dalam berorganisasi, namun harus juga semangat dalam menuntut ilmu dan tafaqquh fid din supaya para ilmuan Islam kini tidak dipandang serong oleh masyrakat kafirun.

Maaf atas segalanya..
Wallahua'lam..

Thursday, September 16, 2010

Apa nak jadi??






Assalamualaikum..wbt.

Dalam kita sibuk menikmati juadah hari raya, mge2 ada diantara kita yg beringat2 dalam menikmatinya. Sekadar ingin berkongsi..

Seminggu nak raya, kita dikejutkan dengan pengharaman minyak sapi QBB, yg mana byk digunakan oleh ibu2 untuk membuat kuih raya, termasuklah ibu ana. Bila terbaca artikel tersebut kat berita harian, planning nak buat kuih tart terpaksa dibatalkan. Minyak sapi yang 1 tin besar terpaksa dibuang begitu saja. Beli minyak sapi brand lain pula.

Jadi, sahabat2 dan diri ana juga sentiasa diingatkan untuk makan biskut2 ketika raya ni. Mana kuih yg dibuat dari minyak sapi tak akan disentuhnya jika xtahu minyak sapi apa yg digunanya..

Persoalannya, bagaimana institusi halal di negara kita kini??
Bahan-bahan yg xdisahkan halal, sewenang-wenangnya boleh didapati di pasaran.
Mujur ada lagi pihak yang masih mengambil ihtimam perkara ini. Tahniah kepada pihak Persatuan Pengguna Islam P.Pinang..

Jadi, beberapa langkah yang dicadangkan mungkin boleh diambil oleh kerajaan Antaranya, segerakan "logo HARAM". Kerajaan perlu serius tentang pemakanan rakyat. Mana-mana produk yang tiada pengesahan halal JAKIM mestilah diwajibkan meletakkan label haram. Ajar sikit tokei-tokei yang tak reti bahasa ini. Sekarang ni nampak sangat macam kerajaan tunduk kepada para tokei tersebut.Yang haram dan syubhat marilah kita sama-sama tinggalkan! Selama inipun, dalam kealpaan dan penguatkuasaan dn perundangan yang lemah, entah berapa banyak benda-benda sebegini yang masuk dalam perut kita.Apa nak jadi dengan pihak berkuasa agama hari ini? Adakah mereka perlukan sebuah kerajaan pusat yang baru untuk memulihkan kembali "taring" yang dah tercabut itu?Terima kasih CAP dan para aktivisnya yang sentiasa mengkaji dan bersuara bagi pihak pengguna.
wallahua'lam..

Tuesday, September 7, 2010

..::Bakal Berakhir Jua::..

Bismillahirrahmanirrahim.........

Assalamualaikum wbt..


Semuanya bakal berakhir tidak berapa lama lagi..
tinggal beberapa jam juga tinggal beberapa hari sahaja lagi..

Kenikmatan beramal ibadat di bulan ramadhan bakal tiba ke penghujungnya..
ufuk syawal 1431H dah mula menjengah-jengah..semuanya itu akan dirasai oleh semua umat Islam di seantero dunia. Moge kita diberi peluang untuk menikmati Ramadhan 1432H..InsyaAllah..

" Salam Aidifitri Minal Aidil Wal Faizin "

Dalam sdar atau tidak, Setahun sudah diri ini berkecimpung dalam menerajui kepimpinan di INSANIAH..Berada bersama pimpinan-pimpinan MPM 09/10 yang lain, terasa banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip.
Ianya juga bakal berakhir apabila cuti pertengahan semester ini tamat..
Tanggungjawab merupakan satu taklif, dan bukannya tasyrif.
Berada di barisan exco melalui Biro Akademik (BAKA ), Majlis Perwakilan Mahasiswa, banyak mengajar diri ini supaya bersedia untuk memimpin satu hari nanti.suka duka bersama keluarga BAKA, mengajar diri untuk faham dengan kondisi hidup berpesatuan.
Terasa banyak kelemahan diri yang masih perlu di baiki..Sumbangan.??Itu penilaian semua mahasiswa mengenai sumbangan apa yang telah BAKA sumbangkan untuk kepimpinan kali ini.Namun, bagi diri ini, walaupun tidak sebesar mana sumbangan yang BAKA dapat berikan, namun,sekurang-kurangnya, BAKA telah dapat menanamkan sedikit benih-benih perubahan yang perlu dibaja lagi oleh kepimpinan MPM yang ke hadapan. Satu tahun, tidak cukup untuk kita lihat 1 perubahan yang cukup ketara. Dengan kondisi mahasiswa yang sudah terbiasa dengan kondisinya. Sememangnya sukar untuk keluarga BAKA membuat satu perubahan yang besar. Benar kata MC Graw Hill dalam bukunya yang menceritakan bagaimana pemimpin yang hebat boleh membuat satu perubahan dengan kadar yang cepat. Ya..memang tidak dapat dinafikan.tapi seharusnya kita sebagai pemimpin harus melihat waqi'nya juga..

Akhir kalam..bersempena dengan 'Eidulfiri yang bakal tiba dan juga pengunduran diri dalam barisan exco MPM 09/10 pada kali ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat-sahabat jua kepada family atas segala kekhilafan diri sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Juga buat keluarga BAKA, jua semua barisan exco MPM 09/10, maaf atas kekurangan diri sepanjang kita menerajui kepimpinan bersama..


" Salam eidulfitri Maaf Zahir & Batin..."

Thursday, September 2, 2010

:.pengalaman baru.:

assalamualaikum..wbt.

Alhamdulillah,semakin hmpir tirai ramadhan ingin dlabuhkan,rasa syukur kerana masih lagi dberi nafas utk menikmati peluangNya.
Rasa sayu je..bimbang sgala amalan yg dbuat selama ini xdterimaNya.nauzubillah..namun,berpaksikan kyakinan ats rahmat Dia,itu semua urusan Dia.
Pgalaman baru yg smpat dkutip dlm ramadhan kali ini,apabila dberi peluang utk menterjemahkn smgt kmerdekaan dlm bentuk persembahan bg subjek pgajian m'sia. Gr0up kami,brgabung tnage dgn 15 rakan yg lain yg kesemuanya 21 org,brtngkus lumus m'berikan sesuatu yg trbaik.walaupn pd mlenye rancg nk buat dikir brat la,pentomen la,sume xjd.n last2 minit2,diri ni jgak dtaklifkan utk m'cari sesuatu utk dpentaskn.1st time tu,rasa geram jge.baru nk brehat ramadhan kali ni.tbe2 ada sje yg mganggu.dh la xdpt join ziarah k thailand.kena plak buat keje yg bkan dbwh kemahiran sndri.kte bkanye org seni,cm deria.rasa.ceria..tp bila pk2 semula,skurag2nya,nk jge sumbgkn idea n pgalaman yg ada.bezanya,shbt2 yg ni,sumenye jenis xbrpr0gram.s0,ada yg xfhm konsEp krjsme 2,biasa la.2 namanya pgalaman bru.walaupn traing siang mlm,blik kul 1,akhirnya berkat usha kami serta tnjuk ajar dr u.nash n k.a musa,kumpln kami adalah yg trbaik antara kumpln2 yg lain.trkezut gak,c0z tg0k kump.yg 1st,2nd,n 3rd,sumenye mantap2 belaka.cm xda pluag nk challence dy0rag.tp rezki allah,siapa nk duga.perfomance kmi,xla hebat mana,gbugan 3 prsembhn.sajak,lakonan n nyanyian.sje je ana wat cm 2.nampak kelainan sket.kering idea pn satu hal gak 2.ape2pn syukran wa tahniah kpd semua phak yg trlbt dlm m'jykn karnival kemerdekaan kali ni.
Wallahua'lam..