Followers

Sunday, February 28, 2010

Salam Zawwaj Sai'dah


Assalamualaikum...
Firstly, tahniah buat akhi Khairool Musaiyar dan pasangannya Kak Mashitah..Emmm..molek la tu,Musaiyar n Mashitah,2M..Semoga mahligai dan masjid yang dibina akan sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan semoga kalian bakal melahirkan ulama'-ulama' yang mampu membawa perubahan dalam Islam dan mampu berkhidmat untuk keluarga,bangsa dan agama. Sedih juga kami sekeluarga dibuatnya coz abang yang selama ni,tempat kami adu masalah dan berkongsi tawa tangis bersama, dah ada tanggungjawab yang baru.Namun, harapan kami supaya dia takkan melupakan kami dan sentiasa bersama-sama kami, walaupun kami sedar, kasih dan sayangnya mungkin akan berubah kepada keluarganya nanti.Itulah hakikat dan dinamakan fitrah manusia yang memerlukan pasangan dalam meneruskan kehidupannya.Alakulli hal,kami akui dan kami perlu redha..InsyaAllah.


Doa Pengantin:

1. Setelah aqad nikah selesai, letakkanlah telapak tangan kanan suami di kening istri seraya membaca

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جُبِلَتْهَا
عَلَيْهِ


Artinya:

Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kebaikannya, dan kebaikan yang Engkau ciptakan pada nya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada pada nya (HR. Abu Daud)

2. Mengawali Rumah Tangga Baru Dengan Shalat

Abdullah bin Mas`ud radhiyallahu’anhu berkata,”apabila engkau bersama istri pada malam pengantin maka suruh dia menjadi makmum shalat, dan engkau menjadi imam, lakukanlah shalat dua rakaat, setelah itu bacalah doa berikut:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ،
اللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَ
نَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ


Artinya:

Ya Allah, berilah aku keberkahan karena istriku, dan berilah istriku keberkahan karena aku, ya, Allah ! satukanlah kami dalam kebaikan, dan jika Engkau memisahkan kami maka pisahkanlah kepada kebaikan (HR. Thabrani)

Tuesday, February 9, 2010

Info Terbaru yang diterima

· Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akankeluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak." Simpanlah baik2 amnat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat...i/Allah

· 3:39 PM

2/7

Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.-dari hamba Allah,kami forwardkan ....drpd shbt UM.

Thursday, February 4, 2010

Menongkah arus perubahan


Bercerita mengenai perubahan...
Masing-masing tetap dengan pendapat masing-masing, apabila bercerita tentang perubahan.Di petik dari kalam Ir.Ahmad Jais dalam majalah Solusi, "Jangan biarkan diri dipaksa menerima peubahan".Makna kata, adakah salah bagi individu mahupun organisasi itu,sekiranya tidak mahu melakukan perubahan. Ianya tidak salah apabila tiada proses kefahaman diberikan, mengenai mengapa perubahan itu perlu? Sememangnya agak sukar dalam melakukan perubahan itu. Pada permulaan untuk melakuakn perubahan, ada saja pihak yang akan menentang dan mengkritik. Namun, kita tidak perlu cepat melatah dan berputus asa. Malah istiqamah dengan pendirian itu perlu diperkukuhkan.Kenapa ada yang menentang dan mengkritik kita melakukan perubahan? Inilah persoalan yang dibangkitkan. Di sini, kita perlu sedar akan perubahan yang hendak kita lakukan itu, sama ada kena pada waqi'nya ataupun tidak? Perubahan yang hendak dibawa itu juga janganlah terlalu drastik. Hukum pengharaman arak yang berlaku pada zaman nabi dulu pun,tidak diharamkan secara drastik.Sebab nabi tahu, masyarakat yang asalnya sudah biasa dengan kehidupan minum arak, tidak akan sewenang-wenangnya terima akan keputusan itu.Jadi proses itu yang berlaku secara berperingkat-peringkat itu,akhirnya diterima. Justeru itu, melakukan perubahan itu tidaklah salah,kerana Islam sendiri meggalakkan umatnya keluar dari kepompong kejahilan. Namun kita perlu kuat dalam memberikan kefahaman dan faham dengan situasi yang kita duduk sekarang. Tidak hairan juga apabila Islam dimusuhi oleh dunia barat dan antarabangsa yang tidak memahaminya.Apabila kefahaman mengenai Islam yang benar gagal disampaikan, maka masyarakat akan memusuhi dan menolak perubahan yang ingin dibawa oleh Islam.
Bersama kita renungkan betapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah digelar sbg org gila,hilang akal,tidak siuman dan sebagainya apabila Baginda membawa perubahan kepada Islam dalam dakwah Baginda. Begitulah yang berlaku pada seorang sahabat ana apabila dia berubah dalam melakukan dakwahnya,masyarakat khususnya sahabat di kelilingnya, hilang kepercayaan kepadanya.Niatnya yang murni, disalah ertikan.Tetapi, kagum dengan semangatnya.
Perubahan itu perlu.Kita tidak boleh menjadi mangsa kejahilan dan jangan biarkan kejahilan itu menguasai diri kita dengan menutup pintu fikiran kita dari arus perubahan. Agak merisaukan apabila ada pihak menolak dan memusuhi perubahan tanpa usul periksa, dan kefahaman yang betul.Dan lebih merunsingkan, jika sebagai mahasiswa kita menolak seruan perubahan yang positif serta berusaha dalam menggagalkan perubahan itu tanpa berusaha mencari kepastian akan perubahan yang ingin diperkenalkan. Sebaiknya, adalah kita cuba memahami perubahan tersebut dan bersama-sama menjadi pendukung arus perubahan. Sememangnya, Islam adalah agama yang membawa perubahan, sehingga Allah berfirman, mafhumnya : " Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia yang mengubah nasibnya"..

Tuesday, February 2, 2010

Pentas Ilmu


Assalamualaikum w.b.t....
Tugas dalam menjaga kebajikan akademik mahasiswa bukan satu perkara yang mudah. atas inisatif itu, Biro Akademik, Majlis Perwakilan Mahasiswa cuba melaksanakan program yang telah dirangka beberapa bulan yang lepas. Ianya bukan sekadar program,tetapi lebih bersifat inisatif menjaga kebajikan akademik..Tertubuhnya class CEP ( Continuous Education Programme ),adalah salah satu usaha Biro Akademik dalam melatih mahasiswa untuk berdaya saing dan bersifat kompetetif. Mari sertainya..!
Banyak keistimewaan dalam kelas ini,antaranya, dapat berkongsi ilmu bersama rakan2, pentas untuk kita mengetengahkan pendapat kita dan yang menarik, insyaAllah, berpeluang terbang sambil belajar bersama wakil MPM ke negara China dalam meluaskan ilmu pengetahuan dan mengetahui cara hidup masyarakat Islam di sana.InsyaAllah,moga2 hasil yang terbaik dapat dilihat di pengakhiran kelas ini. Doakan bersama....