Followers

Wednesday, August 18, 2010

Suara Mahasiswa (1)

Assalamualaikum wbt....

Kejutan budaya punca pelajar di IPTS gagal capai GPA 2.0

KEJUTAN budaya dan sikap tidak bertanggungjawab dipercayai menjadi punca 112,132 pelajar gagal mendapat keputusan nilai purata gred kumulatif (GPA) 2.0 sehingga pinjaman pelajaran mereka terpaksa ditahan seperti didedahkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, baru-baru ini.

Pencapaian di bawah GPA 2.0 tidak dapat diterima terutama bagi pelajar sepenuh masa, apatah lagi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Bukan sukar mendapat GPA 2.0 jika mereka menumpukan perhatian ketika di dewan kuliah.

Berdasarkan statistik Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, pada Januari hingga Jun lalu, 17 IPTS dikompaun dan antara kesalahannya kerana mengambil pelajar di bawah syarat minimum. Tindakan itu membabitkan 26 kompaun pelbagai kesalahan berjumlah RM231,000.

Kesalahan mengambil pelajar di bawah syarat minimum bukan sebagai punca utama pelajar gagal mencapai GPA 2.0, atau mungkinkah pelajar tidak menjalankan tanggungjawab selepas diberi kepercayaan dan peluang memilih bidang pengajian.

Adakah alasan terbawa dengan gaya atau budaya sekolah menengah yang segala-galanya disediakan menjadikan mereka leka kerana di IPTS semua perlu dirancang sendiri dan tiada siapa yang akan mengingatkan waktu sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidir Ismail, yakin kejutan budaya menjadi masalah utama kerana pelajar dalam pencarian identiti menyebabkan mudah menerima perubahan persekitaran.

“Corak pembelajaran di sekolah menengah dengan kelas tuisyen dan latihan tubi diatur guru, tetapi apabila melangkah ke alam universiti mereka perlu melakukan sendiri. Di universiti agak bebas, malah kelas pun boleh dipilih sama pada pagi atau petang,” katanya.

Gagal merancang waktu belajar dan menyesuaikan diri dengan suasana kampus antara masalah awal yang perlu dilalui pelajar, tetapi bukan bermaksud mereka kekal dengan budaya sekolah dan menjadikan alasan perlu lebih masa penyesuaian diri sehingga mendapat keputusan tidak baik.

Ternyata kebebasan dan kemudahan dana yang diberi disalahgunakan remaja yang berasa mereka tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan baik kerana sudah berada di menara gading.

Lebih buruk lagi ada pelajar mudah terpengaruh dengan budaya luar hingga hanyut dan akhirnya lupa tanggungjawab untuk belajar.

Dr Khaidir menganggap keputusan PTPTN bukan zalim kerana kerajaan mahu pelajar terbabit insaf dan penahanan itu harus dijadikan pengajaran kepada pelajar supaya tidak lupa tanggungjawab.

“Ini syarat perlu mereka patuhi dan menjadi hak PTPTN sebagai pemberi pinjaman,” katanya.

Dr Khaidir berkata, penting untuk melahirkan modal insan terbaik dengan daya tahan tinggi kerana kebanyakan masalah pelajar ialah gagal melawan godaan.

“Masalah (keciciran pelajaran) tidak berlaku jika mereka mempunyai nilai murni dan rasa tanggungjawab,” katanya.

Sekalipun pinjaman diteruskan jika pelajar kembali menunjukkan prestasi baik pada semester berikutnya, penahanan dibuat lagi jika perkara sama berulang.

“Mungkin kerana longgarnya syarat di IPTS menjadikan ramai pelajar yang mengambil mudah pelajaran mereka,” kata Dr Khaidir.

Setakat ini, pelbagai cara dan pertimbangan sudah dilakukan pengurusan PTPTN bagi memberi kemudahan kepada pelajar.

PTPTN sanggup melonggarkan syarat untuk menyalurkan bantuan penuh daripada RM3,000 kepada RM4,000 jumlah pendapatan seisi keluarga. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan ekonomi semasa, termasuk harga barangan dan perkhidmatan.

Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata peminjam yang disenarai hitam perlu berunding dengan PTPTN.

“Kaedah menang-menang ini dibuat bagi memberi peluang kepada peminjam agar memilih jalan terbaik untuk membayar pinjaman.

“Antara punca peminjam disenarai hitam kerana mereka tidak langsung menghubungi PTPTN, sekalipun diberi surat peringatan agar membayar pinjaman enam bulan selepas pengajian tamat,” katanya.


Petikan Akhbar Berita Harian

Oleh Ratinawati Rasidi
ratinawati@bharian.com.my
2010/08/18


Tuesday, August 10, 2010

Satu Penantian Penuh Kesyukuran



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Masih lagi diberi nikmat untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Jika sebelum ni, selalu dengar, Dr. Yusof dan Dr. Mahmoud berdoa sebelum habis kelas,
" Allahumma ballighna fi syahri Ramadhan.."
Alhmdulillah,..semoga kita sama-sama menggunakan peluang ramadhan kali ini dengan sebaiknya dan moge kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan dariNYa.

Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Bulan Ramadhan juga adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Terdapat 3 bahagian istimewa yang dibahagikan kepada mereka yang berpuasa, iaitu bahagian pertama, dipenuhi dengan rahmat Allah. Bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian tiganya pula pembebasan dari api neraka. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam dan medan tarbiyyah kita yang sebenarnya.

Wallahua'lam..

.::. Mohon Kemaafan kepada semua atas segala kekhilafan diri yang disengajakan atau tidak.
especially to my parents...1st time awal Ramadhan di perantauan ni =(
*InsyaAllah...28 Ramadhan, genap 21tahun.._nuramadhan1410=)

TaMaT sUdaH....???

Alhamdulillah.....

Selesai sudah 3 program yang ditaklifkan:-

- 1st : Pesta buku Insaniah

Memanjatkan rasa syukur atas segala kesempatan ruang dan idea yang dikurniaNYA. Perancangan yang ditangguh dari semester lepas, alhamdulillah...akhirnya berjaya dilaksanakan walaupun method sebenar yang ingin dibawa, sedikit berubah. Penganjuran kali pertama dan julung kali diadakan di Insaniah di bawah penganjuran Biro Akademik, MPM mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan juga mendapat sambutan dari pihak luar sehinggakan ada pihak yang tidak percaya bahawa penganjuran ini adalah penganjuran kali pertama. Walaupun banyak mehnah dan tribulasi yang dilalui oleh penggerak-penggerak Pesta Buku, rasa bersyukur dan takjub dengan semangat yang ditunjukkan mereka yang tidak mudah mengalah malah bangkit untuk terus mara. SYABAS & TAHNIAH!

p/s : Moge MPM yang akan datang dapat meneruskannya lagi dengan perbaiki segala kelemahan yang terdapat pada penganjuran kali ini. Kepada penggerak yang bakal dilantik, bersedialah antum!!!(jz kena kuatkan rohani, mental & fizikal)
- Pengalaman adalah CIKGU kehidupan kita yang sebenar.


- 2nd : ATC & Minggu Penghayatan Islam (MPI)

Menjadi penyokong tidak semudah yang disangka. Sangkaannya mampu untuk memberi komitmen yang terbaik, tapi kadang-kadang keadaan kita tidak mengizinkan. Asif Jiddan kepada pihak penganjur atas kekurangan komitmen. Ala kulli hal, sokongan kita tetap utuh. Moge MPI juga turut diteruskan oleh kepimpinan yang akan datang dengan beberapa perubahan pengisian yang boleh kita lihat akan kelainannya nanti, InsyaAllah.

p/s : Tahniah! We strive to Change. Untuk ATC belum selesai lagi..INGAT!





- 3rd : Triple T Training

Program yang MANTAP! Tapi sayangnya moderator yang seorang ni, kurang mantap. Rasa tidak layak sebenarnya untuk memegang title tersebut. Namun, atas kepercayaaan dan pentalifkan yang diberikan, kami cuba juga. Perancangan, ingin melakukan yang terbaik, tapi DIA lebih tahu akan kemampuan dan keadaan kita semasa itu. Pengalaman menjadi MC jauh lebih beza dari menjadi Moderator. Sedikit perkongsian,..bila dikaitkan dengan moderator ni, banyak persediaan yang perlu dilakukan sebenarnya, antaranya kita perlu banyak idea , bijak dan bersikap terbuka dan humor bagi menghidupkan suasana.

p/s : Syukran jazilan kepada Ust Azki atas perkongsian ilmu beliau dan mohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku sepanjang program berlangsung. Juga buat semua penggerak dan Crew 3T Training...Nantikan 3T Muslimin.!



::..Kadang-kadang timbul jua rasa gerun dan takut apabila kita terlalu leka dengan menumpukan kerja dunia sahaja. Namun, kita perlu sentiasa tajdid niat agar kerja dunia yang kita lakukan ini, diterima di sisi Allah sebagai ladang yang hasilnya akan dilihat di akhirat kelak. Teringat akan satu kata-kata, bahawa, sebagai seorang Mu'min, dunia disediakan untuk dirinya dan bukan dirinya disediakan untuk dunia. Seorang Mu'min tidak akan menjadikan dunia sebagai tuhan, bahkan dunia dijadikan sebagai hamba. Mu'min adalah seorang anggota masyarakat yang aktif, dan bersikap membina dengan dunia mereka.

Sahabat Rasulullah juga aktif bertani, berniaga, dan pakar dalam dunia pertukangan. Namun, keimanan mereka terhadap akhirat tidak menghalang mereka daripada bekerja di dunia.
Sehinggakan Rasulullah pernah bersabda maksudnya: ”Jika terjadi kiamat dan dalam tanganmu ada sebiji benih, sekiranya mampu tanamlah ia”.–(Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Bukhari).

Mengapa ditanam sedangkan kiamat akan berlaku, tiada lagi guna dan faedah kepada seseorang. Demikianlah membuktikan bahawa pentingnya kerja, walaupun selepas itu tiada guna lagi.

Mudah-mudahan kita tidak terpedaya dengan anggapan bahawa apabila mengutamakan akhirat, maka dunia tiada guna lagi...Wallahua'lam.