Followers

Thursday, May 27, 2010

Bangkit Semula!!!




Assalamualaikum wbt....

Bersawang sudah rupanya kalam insani ni yer..Afwan kasiran.!Dek terlalu sibuk dengan urusan dunia, sehingga pengisian untuk diri sendiri pun terlupa. Mujur ada sahabat yang menegurnya..Syukran ya Safitri! InsyaAllah,mge2 urusan dunia yang kita lakukan bersama ini adalah ladang amal yang kita tuai untuk kita lihat hasilnya di akhirat kelak,dengan limpah keberkatan dariNYa.InsyaAllah...

Sedar tak sedar,cuti semester bakal tamat. Apa yang kita dah lakukan sepanjang cuti ni? Berapa banyak sudah sumbangan yang kita dah tadhiahkan untuk umat umumnya untuk Islam ni? Berbaloikah dengan nikmat waktu dan kelapangan yang diberikanNYA?? Bagi sahabat yang sedang bertungkus lumus dalam perjuangan itu, teruskan..tapi bagi yang masih lena tu bagaimana??Sedarkah kita agama perlukan kita sekarang?Jadi sudah tiba masanya untuk kita bangkit dari arus kesenanagn dan kelenangan yang selama ini kita kecapi..Bangkit..bangkit dan terus bangkit!! Siapa lagi yang bakal mencorak bangsa dan agama kita kalau bukan kita?Siapa kita??Mahasiswa...?"Jangan sedar diri tu mahasiswa kalau takut untuk ke hadapan.!!"-satu kata-kata yang sentiasa mengingatkan diri ini dengan perjuangan sebagai seorang mahasiswa.Terasa sungguh..

Ya!!! mahasiswa perlu ada pendirian, yang sentiasa ingin ke hadapan, yang mampu mencipta perubahan, yang sentiasa dahagakan ilmu, serta yang sentiasa punya idealis yang berbeza dari orang biasa. Kita mahasiswa yang perlu bangkit untuk menegakkan yang hak jika bangsa dan agama kita sudah tersasar dari landasannya dek terpengaruh dengan gula-gula 'penjualnya'. Jika selama ini kita berada di zon yang selesa, jadi sudah tiba masanya kita keluar dari kepompong keselesaan tersebut. Kita perlu fikir cabaran dan mehnah-mehnah yang bakal kita hadapi dengan musuh-musuh kita yang kita sendiri tidak tahu bilakah mereka ini bakal menjengah pergerakan kita. Mungkin mereka sudah menjengah tapi belum bersedia untuk bertindak..?Kita mana tahu..??Jadi,sebelum mereka bertindak, ada baiknya kita menyusun strategi dan pelan tindakan kita.. Ingatlah, kebatilan yang terancang boleh menumpaskan kebenaran yang tidak terancang. Isu-isu yang banyak dipandang enteng oleh musuh sebagai satu isu yang remeh kini, perlu kita tangkis dan perbetulkan. Masyarakat, bangsa dan agama mengharapkan suara-suara mahasiswa yang bukan hanya tahu teori semata-mata bahkan praktikal, untuk sama-sama menentang segala bentuk kebatilan. Ayyuhal syabab!!!tawajjuh ilal amam! Mujahudu fi sabilirrahman....Mufsidul kafirin...dan seterusnya.terlalu panjang untuk dinyanyikan..

Kini, baruku sedar yang kita harus bangkit dari kelemahan. Jika sebelum ini kita terasa lemah dengan ujian dan mehnah dariNYA itu adalah nikmat sebenar dalam perjuangan. Kita tak sedar sebenarnya.Allah memilih hamba2NYA yang di cintai untuk menempuh mehnah ujianNYA bagi membuktikn adakah hamba2NYA yang mengaku beriman dengan hati,amal perbuatan benar2 mahu berjuang keranaNYA!!walau sepicis air mata keinsafan mengalir,nilainya amat tinggi di sisiNYA walau tiada setitis gerimis yang berkunjung..Kita harus bangkit dengan segala pentaklifan yang tidak putus-putus minta ditunaikan.InsyaAllah, diri ini cuba melakukan yang termampu walaupun pada hakikatnya inginkan yang terbaik. Ingatlah, Allah tidak beri apa yang kita mahu tapi memberi apa yang kita perlu..wallahua'lam.



...;Muhasabah kembali;..
Layakkah aku dalam mengecapi cinta dan rahmat dariNYA??

0 comments:

Post a Comment