Followers

Monday, March 21, 2011

~Sayonara Sahabat~



Assalamualaikum dan salam mahabbah buat sahabat-sahabat yang sekian lama menunggu posting terbaru. Afwan kathir…kesibukan dengan urusan dunia sememangnya kadang kala melekakan kita..astaghfirullah..agaknya tiada kesedaran dari apa yang terjadi..InsyaAllah jika berkesempatan, ingin posting tentang isu-isu semasa yang malanda dunia, khususnya umat Islam sekarang seperti isu tsunami di Jepun, nuklear, pertempuran di Libya dan sebagainya. Cuma di sini, sedikit perkongsian rasa dan cerita buat sahabat-sahabat tentang peristiwa yang melanda ‘kami’ pada minggu lepas (15/3/2011). Perkhabaran mengenai kepulangan seorang sahabat seperjuangan (arwah:salah seorang dalam pic dibawah) kembali ke rahmatullah amat sukar diterima pada mulanya. Walaupun usia perkenalan kami dalam medan perjuangan baru sahaja mencecah 3 tahun, namun cukup untuk kami merasai kehilangan beliau. Penulis mengenali beliau sebelum jejak ke medan perjuangan lagi. Kami berkenalan dalam satu ko-korikulum yang sama, iaitu Ko-k Debat B.Melayu yang pada masa itu dipegang oleh Tn, Jai. Suka duka dalam arena perdebatan semasa itu, dikongsi bersama. Apabila tamat kokurikulum yang menjadi syarat graduasi, kami berpisah asbab kuliah kami yang berlainan. Namun, kuasa dan takdir Allah masih memberi kami peluang dan ruang kepada kami untuk bertemu dalam satu arena yang lain pula, arena dakwah dan perjuangan. Diletakkan dalam satu usrah yang sama, kami menganggap seperti adik-beradik. Tegur-menegur, nasihat menasihati dan segala suka, duka dikongsi bersama-sama. Namun, takdir Allah menentukan segala-galanya, apabila beliau dijemput Sang Penciptanya dalam usia yang begitu muda, muda dari penulis. Kemalangan adalah asbab kepada kematian beliau. Sepanjang beliau berada di hospital, memang tidak putus-putus orang datang menziarahi sehinggalah beliau disahkan oleh pihak hospital yang beliau telah pergi meninggalkan kita di dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Luluh hati sahabat-sahabat yang mendengar. Manakan tidaknya, kami yang berada di rumah sewa, bergegas ke hospital saat jam 7 pagi lagi untuk memberi semangat dan kekuatan yang ada kepada beliau untuk kuat, tabah dan sabar dengan apa yang dilalui walaupun pada hakikatnya kekuatan kami pun tidak seberapa sejak mendengar berita yang kami rasakan agak berat untuk diterima oleh keluarga dan teman rapat pada malam sebelum beliau pergi. Kita menyayangi beliau, namun Allah lebih menyayanginya dan sememangnya Allah adalah yang berhak atas apa yang Dia pinjamkan kepada kita sebagai makhluknya. MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai, (termasuk penulis) yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiya' ayat 35)


PERGI....Seorang sahabat yang cukup baik dan mesra.

DIRIku...tidak pasti lagi bila akan dijemput seperti arwah..kadangkala terfikir adakah diriku ini tidak baik, sebab teringat akan tanda-tanda kiamat, orang yang baik-baik dan beriman akan pergi dahulu. Yang tinggal, adalah orang yang sebaliknya..nauzubillah..

BERSEMADI…alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH…kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

INSYAALLAH.., kita akan bertemu jua di sana...

Info : Malaikat maut memerhati wajah manusia 70 kali dalam sehari

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

“Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

“Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

“Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

“Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
“Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

“Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah,” katanya.


Dedikasi buat sahabat...semoga dirimu ditempatkan di tempat yang mulia para mujahidin & solihin..




Dalam kenangan....




Wednesday, March 2, 2011

MUFTI MENYERU MAHASISWA CAKNA PERIHAL UMAT

Alor Setar,27 Feb – Mementingkan diri sendiri adalah bukan sifat seorang mahasiswa khususnya mahasiswa yang berlatar belakangkan Islam. Mahasiswa pada hari ini seharusnya mengambil cakna dengan isu-isu umat Islam sekarang dengan realitinya apa yang sedang berlaku di Negara Asia Barat sekarang seperti di Tunisia, Mesir dan sekarang di Libya.

Mufti Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Hj. Muhamad Baderuddin Bin Hj. Ahmad berkata,mementingkan peribadi sendiri, bukanlah sifat orang Islam kerana dalam sabda Nabi saw, “Sesiapa yang tidak prihatin perihal umat Islam maka ia bukan di kalangan kami”. Oleh demikian, beliau menyeru supaya mahasiswa Islam khususnya mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah yang berlatar belakangkan pengajian agama seharusnya menghindari sikap mementingkan peribadi sendiri dan perlu untuk cakna dengan isu-isu yang melibatkan umat Islam sekarang.

Menurutnya,kita sebagai umat Islam seharusnya mencontohi sifat nabi Muhamad SAW yang sentiasa mementingkan kepentingan umat baginda melebihi kepentingan baginda sendiri seperti yang dinyatakan dalam pengajaran surah Ad-Dhuha ayat ke 5 yang bertepatan dengan fatrah maulidur rasul sekarang.

Mengulas lanjut berkenaan dengan isu revolusi yang berlaku di Asia Barat sama ada ianya berkemungkinan akan berlaku di Malaysia khususnya di negeri Kedah, beliau tidak merasakan kemungkinan tersebut, namun belaiu berharap agar ia seharusnya menjadi satu pengajaran kepada pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin yang memerintah umat Islam di negaranya. "Setiap apa yang Allah jadikan dan apa yang berlaku di depan mata kita seharusnya diambil pengajaran bagi setiap orang yang beriman dan yang mempunyai hati," katanya dalam satu sidang pada Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kolej Universiti Insaniah di sini kelmarin.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, satu forum telah diadakan dengan menampilkan ahli panel, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Hj. Muhamad Baderuddin Bin Hj. Ahmad selaku mufti negeri Kedah sendiri berganding bersama Prof. Madya Dr. Haji Aziz Bin Haji Hanafi selaku penerima tokoh maulidurrasul 1432H peringkat negeri Kedah merangkap dekan kuliyyah syariah di kolej tersebut dan Ustaz Azki Hafizi Bin Hj. Ibrahim selaku moderator pada forum yang berlangsung di surau Kolej Universiti Insaniah. Orang ramai khususnya mahasiswa/wi kolej turut hadir memenuhi surau bagi memeriahkan majlis.

Berkenaan dengan keterlibatan dan keprihatinan mahasiswa, sehari sebelum berlangsungnya sambutan maulidurrasul tersebut, turut berlangsungnya beberapa program di peringkat pimpinan mahasiswa seperti Program Hari Mesra Siswi anjuran jawatankuasa asrama dan program Kursus Kahwin anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa dengan kerjasama Jabatan Agama Negeri Kedah. Kesemua program yang berlangsung tersebut turut mendapat sambutan dari warga kolej berkenaan.

1st pactical for journalist team


Program Hari Mesra Siswi Al-Faraby (HAMAS) yang telah dianjurakan oleh jawatankuasa Kolej Kediaman Al-Faraby. Program yang telah dirasmikan Ustazah Nurul Nazuha Bt Hazizan itu telah berlangsung selama 3 hari, bermula dari 24 hingga 26 febuari 2011 yang bermatlamatkan untuk mengeratkan ukhwah dan mahabbah antara penghuni kediaman, melahirkan mahasiswi KUIN yang proaktif, produktif dan kreatif dan beberapa objektif lain yang telah digariskan. "Program ini adalah julung kali dianjurkan oleh jawatankuasa asrama(JAKSA) dan sekalung tahniah diucapkan", kata ustazah Nazuha semasa perasmian program tersebut. Disamping itu, beliau mengharapkan agar program ini menjadi titik permulaan untuk JAKSA membuat perubahan dan menyeru kepada pihak pentadbiran mahupun penghuni untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak JAKSA dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau turut berharap agar program ini memberi kesan di hati penghuni seterusnya mewujudkan ikatan hati yang kukuh diseratkan dengan niat yang betul..

Pada 2hb Mac 2011 juga telah berlangsung satu program di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIN. Program yang dinamakan Malam Tiga Dimensi itu turut menampilkan pendakwah atau penceramah bebas, Ustaz Ridhwan Bin Md Moor. Di samping itu turut diadakan beberapa aktiviti seperti persembahan nasyid, marhaban dan yang terutamanya adalah pelancaran tiga skuad di bawah MPM, skuad Amru, Skuad Biah Solehah dan Skuad Pebimbing Rakan Sebaya (PRS) yang merupakan aktiviti utama dalam program tersebut. Program yang bersifat santai tersebut, menyaksikan ribuan penonton yang bukan sahaja dikalanagan mahasiswa, malah orang awam yang turut hadir memenuhi perkarangan dewan kolej.


sekian, wallahua'lam...

Jounalist Team, Adhoc Training Course,

Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Insaniah.

(annisa'-mentor jounalist team)