Followers

Friday, October 29, 2010

Imtihan Fever



Assalamualaikum wbt.....

Its exam time almost everywhere. When it's come, automatically the anxiety and the horror also comes. Just Relax ! Need not Worry.... It is wise to remember that exams are not here as punishment. Instead, they are a good way of testing to see how much information we have learned.Reduce stress, sleep well, eat well and go early. Do discuss with your friends what you have prepared and what you have not. Have confidence, you will do well. Believe in yourself.Relax.., and the most important is remember ALlAH is compulsory to us as muslim's students..HE is the first placed that we should to depend..Always pray from Him because He like that the person always tawakkal to Him. As he said in surah Ali-Imran,ayat 159 ..

Whatever we do, always remember that.......

" STUDY NO.1...PERJUANGAN BUKAN NO.2.."


Lillahi Taa'al..InsyaAllah...Allah never forget His promise..
wallahua'lam..

Thursday, October 21, 2010

Free Public Forum


Assalamualaikum wbt...

"Mampukah Malaysia menuju Demokrasi Matang??"
Persoalan ini bakal terungkai dalam diskusi ini. Bagi yang berkelapangan, yang tidak terikat dengan fatrah imtihan, harap dapat hadir especially kepada sahabat2 di sekitar Lembah Klang. Share information..insyaAllah.

Saturday, October 16, 2010

Salam Sayonara





Bismillahirrahmanirrahim....

Salam Perpisahan buat seluruh keluarga BAKA.
InsyaAllah perpisahan ini bukanlah perpisahan terakhir. Hanya platform untuk kita bergerak bersama sudah tamat. Kerna, perjuangan ini tidak pernah ada noktahnya. Moga ukwah kita akan terus berkekalan selamanya, InsyaALLAH..
Doakan diri ini sentiasa thabat dalam perjuangan. Tabah, dan sabar dalam melaksanakan tugas dan amanah yang sedang ditaklifkan kini. Sesungguhnya diri ini tidaklah selayaknya untuk memikul amanah ini, namun atas dasar kefahaman dan jua kepercayaan dari sahabat-sahabat, keluarga dan kakak2 di sini, akhirnya diri ini akur jika itu adalah kehendak dariNYA yang mahu menguji diri ini sebenarnya dan ianya hanyalah dilakukan untuk ISLAM, insyaAllah.
Firman Allah swt : "Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?"( surah al-ankabut : 2)

Wallahua'lam....


Malam akhir bersama keluarga BAKA. Sedih, coz x sume ade..especially mymentee. Ala kulli hal, moge kita tetap bersama dalam satu perjuangan, satu matlamat dan satu tujuan.
"ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.."



Friday, October 1, 2010

Demam PRK Insaniah????



Assalamualaikum wbt......



Copied by mysifu blog (k.maya ) :http://ana-inaas.blogspot.com


Mahasiswa pemimpin masa hadapan. Melihat suasana pilihanraya di INSANIAH rasanya tiada siapapun yang merasai kehangatan pilihanraya sebenar. Banyak andaian, komentar pemerhati-pemerhati politik di INSANIAH yang terdiri daripada mantan - mantan exco mungkin, telah membuat andaian yang mahasiswa tidak berminat bertanding kerana mungkin faktor - faktor negatif yang dibawa oleh exco MPM sesi lepas. Ataupun mungkin juga tiada langsung minat dengan keadaan semasa dan hanya sibuk dengan akademik semata-mata.
Temubual dengan beberapa calon yang menang tanpa bertanding mahupun akan bertanding pada 3 oktober 2010 ni jelas menunjukkan bahawa mereka bertanding bukan kerana jawatan semata-mata, tetapi di atas satu amanah yang dihukumkan wajib kepada mereka untuk bertanding dan menang menjadi cita-cita.
Dapatkah kita semua bayangkan jika mahasiswa INSANIAH tidak mempunyai Majlis Perwakilan?? Anda boleh cipta sendiri jawapannya. Keadaan ini adalah tidak mustahil berlaku sekiranya sikap mahasiswa kita berterusan meletakkan persepsi sebegini kepada Majlis Perwakilan. Kata orang bila kita di posisi sebenar barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah, biasalah pandangan serta kritikan orang sekeliling, mereka tidak merasai apa yang dirasai orang yang dikritik.
Sebenarnya, ini sekadar pandangan yang biasa saban tahun INSANIAH menghadapi PRK, amat jauh sekali beza berbanding dengan PRK di kampus-kampus lain. Bukan persamaan yang kita harapkan, tetapi sampai bilakah keadaan berterusan macam ni.
Buat mahasiswa yang suka mengkritik Majlis Perwakilan, marilah sama-sama kita keluar mengundi pada 3 oktober ni untuk memastikan calon yang benar-benar anda suka bakal menerajui MPM sesi 2010/2011.
Berikut merupakan keputusan penamaan calon PRK Insaniah yang diumumkan pada jam 2.15ptg 26 Okt. lalu:-


KERUSI UMUM (bertanding):
1) Saiful fairuz (Usuluddin)
2) Anas Akram (Usuluddin)
3) Faiz Arsyad (Usuluddin)
4) Mohd Akram (Syariah)
5) Mohd Azlan (Syariah)
6) Mohd Muizzudin (B. Arab)
7) Mohd Hafiz (tahfiz)
8) Nurul Anisah (Syariah)
9) Latifah Mohd Nazir (Syariah)
10) Nor Hidayah Bt Zakaria (Usuluddin)
11) Mariyam Sa'ari (Usuluddin)
12) Aiman (Muamalat)

MUAMALAT (bertanding):
1) Akmal Arom
2) Indah Permata Sari
3) Mohd Hanafi
4) Asmawida

BAHASA ARAB (menang tanpa bertanding):
1) Mohd Muhyidin
2) Khairun Nisa'
3) Syamimi
4) Mohd Shahrizan

SYARIAH (menang tanpa bertanding):
1) Mohd Firdaus Osman
2) Atikah Rosli
3) Nor Shahida Hashim
4) Fatin Ramli

USULUDDIN (menang tanpa bertanding):
1) Firdaus Bin Bakar
2) Nor Thoiyibah Harun
3) Ratna Safitri
4) Amirah Bt Saad

Kuliah lain kena rujuk dekan kuliah masing-masing kerana diumumkan di pejabat dekan.
Walaubagaimanapun, tahniah bagi yang sudah bergelar exco dan selamat berkempen bagi yang akan bertanding, Ingatlah satu kalam hikmah 'Jawatan bukanlah pentasyrifan tetapi adalah pentaklifan' maka, setiap yang memegang amanah akan disoal akan amanah yang ditaklifkannya.
APA YANG INGIN DICAPAI MELALUI KEMENANGAN.. MARI MENJELAJAH..


"Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah".

1. Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang. Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki. Bila hendak sampai?.

2. Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah strategi di dalam perjuangan.

3. Perjuangan Islam tidak sama dengan Perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.

4. Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berforum dan bermujadalah. Kerana masa mengamalkannya sangat terbatas.

5. Apabila ada orang di sesebuah persatuan lain melakukan kesilapan atau kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan persatuan orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar kesalahan mana-mana orang di dalam persatuannya sendiri, dia berkata, “Itu kesalahan individu, tidak ada kena-mengena dengan persatuannya”.

6. Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam perjuangan itu berselisih faham dengannya.

7. Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.

8. Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar, membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan, begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah krisis yang membawa perpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan

9. Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah, hindarkanlah kebatilan sekalipun mendapat kemenangan.

10. Pemimpin politik selalunya hanya dapat menawan fizikal manusia. Pemimpin kerohanian biasanya dapat menawan hati manusia. Selalu sahaja berlaku pertembungan di dalam satu masa, bila pemimpin politik itu kalah, dia selalu sahaja menggunakan kuasa. Dia kalah di dalam kemenangan

11. Kemampuan kuasa tidak boleh menawan hati. Tapi kemampuan hati boleh menawan hati dan kuasa tanpa kuasa.

12. Allah tidak akan persoalkan kelak menang dan kalah, tapi yang Allah akan persoalkan ialah benar dan salah, begitu jugalah Allah tidak akan tanya tentang berjaya dan gagal tapi yang Allah akan tanya adalah bekerja dan berusaha mengikut syariat atau sebaliknya melanggar syariat.

13. Di dalam berjuang hendaklah kita lebih takut dengan dosa kita lebih daripada musuh, kerana dengan dosa itu Allah murka, apabila Allah murka kita dibiarkan oleh Allah kepada musuh, di waktu itu kita berhadapan dengan dua kerugian pertama kemurkaan Allah, kedua kekalahan dan kehinaan.

14. Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa (hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti orang, kebenaran itu tidak bernilai. 15. Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua golongan menyebut Islam, orang fasik menyampaikan Islam, orang munafik menyampaikan Islam, yang jahil dengan Islam pun menyampaikan Islam, yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam, orang kafir pun memperkatakan tentang Islam.


Syukran kepada semua sahabat yang menolong ana dalam berkempen especially to keluarga BAKA, kzamusa, n mysifu, k.maya....syukran to you all. I'll try da best for ISLAM...It's time to change!