Followers

Thursday, May 6, 2010

Diam-diam..berisi atau tidak.?



Assalamualaikum...wbt.

Lama sungguh kalam insani menyepi..moge2 diam-diam kalam insani, harap2 ada sesuatu yg bermanfaat yg dilakukan, yg dinilai oleh Allah Ta'ala,insyaALLAH...Alhamdulillah,diberikan sedikit kekuatan dan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu..

Ingin berkongsi beberapa ilmu atau mungkin juga pengalaman sepanjang penyepian diri..

..:FATRAH EXAM:..

Alhamdulillah..tamat sudah fatrah imtihan pada 27/4..Senang susah,itu semua bergantung kepada kita sendiri yang menilainya.Kita sudah berusaha yg terbaik,natijahnya hanya Allah yg berhak menentukan..Moga2 natijah yg bakal keluar nanti setimpal dengan usaha yg dikerah.Namun,kita tidak boleh lupa akan ujian DIA.Baik buruk natijahnya,moge sama2 dapat berlapang dada.Cuma disini,ingin ana kongsikan,cerita dan pengalaman semasa menjawab subjek Fiqh Kitab dan Sunnah,madah Dr.Abou Sayyed (fiqh sunnah)..Bukan ana saja yg terasa,malah sahabat2 lain turut merasai kesedihannya.Terasa terharu dan sedih menjawab madah tersebut.teringat kat Doktor..Soalan yg Beliau buat sebelum ke Mesir,kami xsampai hati nak menjawabnya.Bukan nak berbangga atau berlagak,tapi terlalu senang untuk dijawab..sahabat2 lain juga berpendapat sebegitu.Jawapan termaktub dalam soalan.Ape lagi yg kami nak jawab??Ya..Dr. betul2 nak bantu kami.tapi xkan sampai mcm 2 skali..Keluar saja dewan,ramai pakat sedih..ingat ana sorang saja berperasaan begitu.Begitulah sahabat2,mungkin kita harus sedar bahawa Dr. bukannya mahu mengukur ilmu dari apa yg kita baca, tapi Beliau mengharapkan kita mengaplikasikannya.~melalui tawjihad terakhir beliau dalam kuliyah terakhir didalam kelas Fiqh Sunnah.Moge apa yg kita dapat dari apa yg kita baca hatta hafal sekalipun,ianya terkesan dan mampu untuk dipraktikkan. Sebagaimana yg kita maklum, ilmu yang tidak diamalkan akan menjadi beban bagi pemiliknya di akhirat kelak. Allah swt pasti akan meminta pertanggungjawaban dari setiap orang yang berilmu, apakah ilmunya itu diamalkan atau tidak, sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut ini:
"Dari Abu Barzah -rodliallohu anhu- , dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: 'Pada hari Kiamat nanti, kaki seorang hamba tidak akan (dibiar-kan) melangkah hingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa dia habiskan; tentang ilmunya, apa saja yang telah dia amalkan; tentang hartanya, dan mana dia dapatkan dan untuk apa dia gunakan; dan tentang jasadnya, untuk apa dia pergunakan.'[hadits hasan shahih, lihat jamii At Tirmidzi 2417]

" Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita baca, bukan dari tumpukan naskah yang kita hasilkan, bukan dari penatnya mulut dalam diskusi, tapi dari amal yang keluar dari setiap desah nafas kita." ( Ibnul Qoyyim Al- Jauziyah )


..:ANTARA DUA:..

Awlawiyat..??Mungkin itu ungkapan yang tepat untuk dikategorikan bagi masalah ini..Antara pergi training fasi dan family..Mungkin ada pihak yg tidak setuju bilamana ana mengambil keputusan untuk pergi training,dan tidak balik ke kampung selepas tamat exam.Apa yg boleh dikatakan,orang boleh menghukum kita,tapi kita juga punya alasan yg sendiri.Biasalah,.semua itu asam garam dalam perjuangan.Perjuangan apa tanpa pengorbanan.?Wang ringgit,harta benda, hatta family sekalipun dituntut untuk dikorbankan apabila berada di medan perjuangan,seperti kisah sahabat, Mus'ab Bin Umair, yang banyak berkorban setelah memeluki Islam,juga Talhah bin Ubaidillah dan Abdul Rahman Bin A'uf...Siapa yg x rindu untuk bersama2 family,tapi itulah yg ana katakan,kita perlu korbankan sedikit masa bilamana mengambil keputusan untuk berjuang.walaupun perjuangan ini x sehebat perjuangan Nabi2 dan Sahabat2 baginda.Namun, semua itu adalah penilaian dari ALLAH Ta'ala..Dalam training tersebut banyak menyedarkan kembali erti perjuangan dan dakwah.walaupun pada hakikatnya semua itu telah dimaklumi.Cuma, perlu ditanbih kembali..Alhamdulillah..semangat yg ana lihat di wajah sahabat2 yg mengikuti training tersebut,mengubat sedikit sebanyak kerinduan terhadap family.Walaupun kuantitinya sedikit,namun ana yakin akan kualitinya..Tiada lagi kebimbangan untuk mencari pewaris2 bagi mewarisi da'ie2 tahun 4 yang akan keluar dari bumi Insaniah untuk bersama mendukung visi dan misi dakwah di Insaniah khususnya dan Islam secara amnya..Cuma kesatuan HATI yang perlu digarapkan agar kemantapan dan kegemilangan Dasar-Dasar dapat kita capai..Ayuh sahabat2,bersamalah kita thabat dalam perjuangan..berkorbanlah semampu yang mungkin.. Justeru itu, perjuangan apakah yang tidak menuntut pengorbanan? Dan pengorbanan apakah yang mesti dilakukan? Berkorbanlah apa sahaja untuk mencapai matlamat agung kita tersebut. Bentuk-bentuk pengorbanan ada banyak jalannya, terpulanglah kepada individu mengikut kemampuannya samaada secara mengorbankan harta, tenaga, masa, akal fikiran, darah dan yang paling tinggi adalah nyawa. Nabi pernah bersabada : Siapa yang mati dalam keadaan tidak terdetik dihatinya untuk mati syahid, maka matinya adalah mati dalam keadaan jahiliah.hakikatnya,tiada masa untuk kita berehat.Masa rehat adalah semasa di dalam kubur sahaja~Imam Assyahid Hasan Al-Banna.


..:TERUBAT KERINDUAN:..

Alhamdulillah,.tepat 4 mei sampai juga ana ke kampung.Ana yakin,Allah tidak akan menzalimi hambanya..DIA tahu akan kerinduan hambanya ini terhadap family..perjalanan yg hampir 12 jam,mengharapkan ada sesuatu yang dapat disampaikan dari Islam..walaupun pada asalnya hajat ingin mengikuti kelas pengajian pondok,namun itulah yang dikatakan takdir.DIA tahu apa yang terbaik untuk diri kita.InsyaALLAh,ada ilmu dari sumber lain yang mungkin boleh diperolehi.


...:AFWAN KASIRAN..:

Apa khabar sahabat Usrah Hurun A'in?
Apa cerita dan khabar ex-roomate D 7-4??
Apakah khabar dengan sahabat2 seperjuangan kita??Tamat sudah semester ni...adakah pentaklifan kita juga turut berakhir.??
Mungkin pada zahirnya,namun pada hakikatnya tidak.Itulah ungkapan dari akak2 yang banyak menyumbangkan ilmunya kepada ana.Walaupun ana rasa tertewas dan sedih apabila pentaklifan dan kepercayaan tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya.Musyrifah dan Naqibah..Namun,itulah yang perlu dimuhasabahkan kembali untuk pentaklifan yang mungkin sama di masa akan datang..Kasihan kepada usrah Hurun A'in dan roomate D 7-4..Maaf atas segala kekurangan dari diri ana sepanjang kita bersama..Ana sudah cuba lakukan yang mana yang termampu.Mungkin mana yang baik,boleh diambil dan dijadikan panduan,dan yang kurang harap dilupakan dan dimaafkan..Ana tidak rasakan,yg ukhwah dan pentaklifan kita akan terhenti dek kerana penghujung semester.InsyaAllah,ukhwah kita tetap akan berterusan,abadan abadan,.
Firman Allah Ta'ala.:
"Sesungguhnya orang-orang Mu'min adalah bersaudara" (al-hujurat,49: 10)

"Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan di atas dipan-pan" (al-hijr,15: 47)

"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusu-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara.."(Ali-Imran,3: 103)

Moga2 ukhwah kita terus dibawah naungan rahmat dari ILAHI,,ameen..

0 comments:

Post a Comment