Followers

Tuesday, May 31, 2011

Mungkinkah Terhapus Kesedihan


Perjalanan hidup penuh rona,
Senyum yang terukir tanda hati bahagia,
Air mata yang mengalir membawa khabar duka,
Tapi, hati tertanya-tanya, dosa apakah sehingga ditimpa sengsara...
Lantas diri ini teringat..
hebat sangatkah diri ku ini, sehinggakan tidak boleh diuji olehNYA,,?
"seorang muslim itu tidak ditimpa sesuatu keletihan, penyakit, masalah (kebingungan),
kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuk, menyakitinya,,,
kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya"
~hadis riwayat Al-Bukhari~
"Sesungguhnya dari Dia kita datang, maka kepada Dialah kita kembali"
-wallahua'lam..-


Wednesday, May 25, 2011

~Menjadi Al-Akh Al-Mujahid itu~


Assalamualaikum wbt...

Muslim hari ini mempunyai bilangan yang ramai tetapi tidak mempunyai mutu yang istimewa seperti muslim pada generasi pertama di zaman Rasulullah s.a.w. Mereka tidak mampu merubah rupa dan suasana yang telah rosak. Lantaran itu mereka tidak mampu membangunkan daulah al-haq wal iman, tidak mempunyai mutu yang membolehkan mereka menghapuskan yang batil dan merealisasikan kebenaran dengan pertolongan Allah. "Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya. Adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi.

Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ".(Ar-Ra'ad: 17)

Kita menghendaki dari saudara muslim yang benar supaya menjadi muslim yang sejahtera akidahnya, sihat ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, yang mempunyai usaha, yang sanggup berdikari yang berkorban untuk diri sendiri dan orang lain, sanggup memerangi hawa nafsu, yang menjaga waktunya dengan sebaik-ba'iknya, berdisiplin dalam segala urusannya dan Iain-lain lagi nilai-nilai yang asasi di dalam membentuk lelaki dakwah, pendokong dakwah.

Sesungguhnya mempersiapkan lelaki mithali yang sedemikian mutu dan bentuknya memerlukan usaha yang sungguh-sungguh, ketekunan yang berterusan, kesabaran dan ketabahan yang utuh. Muslim sedemikianlah yang akan mampu dan sanggup membangunkan rumahtangga Islam yang mulia. Dia kemudiannya akan bergerak, bertindak dan berusaha membangun masyarakat Islam. Lalu membentuk pandangan umum dan cara berfikir umum secara Islam dan terus membentuk teras (dasar) yang kuat, yang di atasnyalah dapat ditegakkan harakah Islam (gerakan Islam) sebagai benih bagi daulah dan khilafah Islam. InsyaAllah Taala.

Oleh kerana itu kita dapati imam kita As-Syahid Hassan Al-Banna Rahimahumullah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada individu muslim dan berusaha mempersiapkannya. Langkah-langkah ini adalah mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w yang telah mempersiapkan angkatan mukmin yang pertama yang telah dibentuk di madrasah Rasulullah s.a.w yang kemudiannya membangunkan daulah Islam yang kuat, agung dan teguh.

Usrah-usrah, pasukan-pasukan, angkatan-angkatan, ceramah, forum-forum, majlis-majlis diskusi, pelajaran, perkelahan, pengembaraan, operasi ketenteraan, risalah-risalah, sebaran-sebaran, lembaran-lembaran suratkhabar dan majalah yang telah, sedang dan akan terus kita buat, semuanya itu dinamakan wasilah atau jalan dan alat untuk mempersiapkan individu muslim secara beransuransur di dalam persiapan ini. Ibaratnya seperti jurutera di dalam membangunkan bangunan. Bermula dari seorang anggota jamaah, kemudian manjadi pemuda yang berdisiplin, kemudian sebagai seorang pemuda yang beramal seterusnya menjadi anggota mujahid yang berjihad dan berjuang bersama jamaah Islam.

Semoga kita adalah Al-Akh Al-Mujahid itu…Wallhua’lam..

(di petik dari Kitab Jalan Dakwah : Asy-Syeikh Mustafa Masyhur)

Thursday, May 19, 2011

Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak 2

Assalamualaikum wbt…

Sambungan ditelan mati emak diluah mati bapak siri 1….

Memang sukar untuk kita memberi penjelasan kepada mana-mana pihak yang tidak duduk di tempat kita. Namun, kesukaran itu lah yang mengajar kita, yang perlu dihadapi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam memberi penjelasan..Kekuatan mental, fizikal, dan jua rohani amat diperlukan oleh kita dalam menghadapi situasi ini. Bak kata orang putih, “Be excellent, don’t be emotional”..

Kenapa Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapak..??ya,hal ini kerana, kiat dipeingkat student atau mahasiswa, perlu menjaga hati banyak pihak..perlu berfikir bukan sekali dua dalam melakukan tinadakan, namun, berkali-kali…nak tegur salah, xtegur pun salah… Mungkin penulis sebenarnya tidak ada hak untuk memberi penjelasan yang sedetail-detailnya. Namun, ini adalah sekadar PANDANGAN dari seorang siswi yang dhaif dalam thaqafah dan tarbiyyahnya. InsyaAllah, apa yang cuba diutarakan ini, bebas dari mana-mana suara politik, hatta pandangan sahabat sendiri yang setengahnya ada yang bersetuju dan setengahnya menyokong dengan isu ini.

Baru-baru ini, keluar lagi isu kampus yang amat kita cintai. Penulis yakin kebanyakan isu-isu yang berbangkit kini adalah rentetan dari Himpunan Mahasiswa Insaniah , 11 Januari 2011 atau lebih dikenali dengan Himpunan Mega 11111..Penjelasan mengenai isu ini, telah penulis jelaskan dalam artikel yang lepas. Selepas itu, isu tahfiz, isu bom, dan terbaru isu memorandum…

ISU TAHFIZ.

Sahabat-sahabat yang dihormati.. mungkin berlaku sedikit salah faham mengenai isu ini. Ada yang mengaitkan isu ini adalah perancangan dari pihak majlis perwakilan pelajar sendiri..Agak terkesima pabila mendengar pertuduhan semelulu ini. Tidak dinafikan ada wakil perwakilan yang tampil berucap dalam demo tersebut. Namun, itu bukan lah perancangan dari pihak MPM.. MPM hanya bersama-sama dengan mahasiwa yang menuntut hak mereka dikembalikan. Hak yang benar. Secara analoginya, ana mengaitkan seperti anak-anak yang kini tinggal dirumah banglo yang ayah mereka beli. Lama…kira-kira hampir 25tahun duduk dirumah tersebut..Suatu hari ayah mereka ada isteri baru. Isteri baru ayah mereka kaya, segak dan berpangkat tinggi..Ibu kita dimadukan..Dan akhirnya dapat anak baru. Anak yang baru, ditatang bagai minyak yang penuh. Bila anak tersebut datang ke rumah kita, merengek minta mainan, kita bagi..Nak itu, nak ini, kita senyap sahaja..Nakk?????ambiiillll….. Sampai satu ketika, si ayah yang semakin hari semakin melupakan anak dari isteri yang pertamanya..Padahal, anak dari isteri yang pertama itulah yang banyak memberi pengiktirafan dalam menaikkan nama kelurganya.. Masuk pertandingan sana, sini..Akhirnya ada diantara anaknya tersebut mendapat johan, ada yang masuk pertandingan realiti yang bermanfaat, dapat anugerah sana sini dan bermacam-macam lagi. First mereka boleh think positif, si ayah mungkin nak ikut sunnah nabi, tu yang dia kahwin lagi..Nak tambah zuriat yang boleh terus membanggakan diri dan keluarganya..ya,..kita boleh terima..Tapi bila sampai satu tahap si ayah minta orang renovate rumah, untuk bagi pada keluarga tiri tinggal dengan lebih selesa, bahagian rumah mereka diambilnya, bilik diminta untuk berkongsi dengan adik beradik tiri yang lain, seolah-olah dia mahu menyingkirkan mereka. Siapa yang tidak terasa dengan keadaan ini?? Rumah yang dipelihara dengan ayat-ayat suci, yang dipelihara dengan baik, walaupun sebelum ini, jika ada sebarang kerosakan dirumah, si ayah tak pernah ambil peduli. Tapi bila ada keluarga baru, itu direnovate, ini direnovate,..siapa yang masih tidak terasa?? Yakin dan percaya, hanya orang yang tiada perasaan sahaja yang tak terasa.. Tidak perlu lah tambah isteri atau kelurga, JIKA XMAMPU..nabi sendiri berpesan tentang itu( walaupun hakikatnya nabi berpesan untuk perihal poligami).. Lalu si anak mengambil jalan, berbicara baik dengan si ayah, namun tiada penyelesaian.. Ada diantara adik beradik yang keluar dari banglo, cari rumah sewa lain, akibat dari kepadatan banglo tersebut, yang semakin hari semakin ramai penghuniya.. Lalu, salah seorang anak yang berasa bertanggungjawab yang merasakan hak mereka semakin dicabuli, memberontak dengan pelbagai cara selepas proses rundingan denagn si ayah tidak berjaya..Tindakan si anak disalah ertikan.. sememangnya si ayah berhak sepenuhnya ke atas hartanya, namun pernah kah kita memikirkan soal kebajikan dan perasaan dalam masalah ini, jika hal ini benar-benar terjadi pada kita??? Apa yang kita akan lakukan???bersabar??? Ingatlah, Allah maha Berkuasa dan maha mengetahui segalanya..

Analogi di atas cuba penulis olah dengan isu yang melanda sahabat-sahabat tahfiz kita. Jadi, apa tindakan kita jika kita mahasiswa yang dikatakan cakna dengan isu kampus atau mahasiswa prihatin.??Sekadar melihat sahabat kita terus disingkirkan>??? Jika kita hanya rakyat biasa, mungkin itu pendekatan yang kita ambil. Namun, jika kita seorang pimpinan, adakah melihat dengan sabar adalah penyelesaiannya??? Tindakan sebenar seorang pemimpin ialah bertindak dengan bijak dan sabar. Bukannya secara agresif dan bertindak melulu. Ya..betul, kita mahukan hak sahabat kita dikembalikan, namun ada caranya. Di pihak kerajaan pula, apa ada dengan suara rakyat??? Adakah rakyat tidak berhak bersuara lagi?? Dimana sifat Umar Abdul Aziz yang selama ini diagung-agungkan???? Penulis respect dengan TG. Nik Aziz yang rata-rata penulis dengar tentang sifat beliau yang amat mengiktiraf suara rakyatnya.. Sebenarnya, di pihak perwakilan pelajar sendiri amat serba salah dengan apa yang berlaku..Pelbagai pendapat dan cadangan kita ambil sebelum sesuatu tindakan itu diambil Namun, ramai juga pihak yang tidak berpuas hati. Ini lah dikatakan diluah mati mak, ditelan mati bapak. Nak utarakan salah, xutarakan pun salah. Bila kita tegur, kata kita membangkang apa yang kerajaan negeri lakukan..TAPI…ennntaaahhhlahhh..

Namun, apabila timbulnya isu ini, banyak pihak yang cuba memutar belitkan dan tidak kurang juga ramai yang mengambil kesempatan ke atas isu ini, khususnya puak-puak U_ _O.. katanya mahasiswa dah muak dengan pemerintahan PAS lah, apa lah.. Kenapa la mereka –mereka ini suka mewujudkan sesuatu yang tidak dinyatakan? Sehinggalah timbulnya isu baling BOM di pejabat HEP.

ISU BALING BOM HEP

Tak tahu macam mana nak judge isu ini..Ada pihak mengatakan bahawa perkara ini adalah tindakan student yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pentadbiran yang mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai demo tahfiz. Mana buktinya?? Jika benar pelajar yang terlibat, mana bukti dari polis yang datang membuat siasatan..datang buat gempak saja k????? sekadar menakutkan pelajar sahaja k? atau dalang sebenar isu ini adalah dari puak-puak mereka juga???ha…ha..wallahua’lam…. Nak tuduh, xboleh..satg didakwa pula..Tapi xmustahil sebab sehingga kini berita tersebut, senyap begitu saja, dan semua ini kadangkala, mainan politik semata-mata. Wallahua’lam..

TERKINI : PENGHANTARAN MEMORANDUM

Masih ramai antara kita yang keliru dengan tindakan ini..Almaklum..mungkin ianya berlaku ketika cuti semester, yang menyebabkan sudut penerangan yang tidak jelas. Namun, sedikit yang mengecewakan pihak mahasiwa yang terbabit, mengapa menuduh mahasiswa mencabar kerajaan negeri kedah?? Ingatlah, mereka bukan nya mencabar, tapi menegur agar pihak MB tidak mendengar penjelasan apa-apa isu hanya di sebelah pihak sahaja. Buang segala sifat kekronian..Mahasiswa sayangkan MB, sayangkan Kedah, sayangkan INSANIAH..sebab itu mahasiswa tidak ingin melihat MB terus diperalatkan oleh orang-orang yang ingin menjatuhkan Kedah, khususnya kerajaan pakatan rakyat. Mahasiswa ingin perkara ini diselesaikan sebelum menjelang pilihanraya ke-13 agar pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin kami di masa depan, pemimpin yang boleh menerima suara dan pandangan rakyat. Jika dikatakan mahasiswa yang menghantar memorandum tersebut, menentang atau mencabar negeri Pakatan Rakyat, awal-awal lagi mereka ini tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri..Banyak bantuan yang mereka salurkan melalui program dalaman dan luaran yang tidak perlu penulis detailkan…Semua itu atas asbab apa???sebab sayangkan INSANIAH, dan KEDAH. Mahasiswa tersebut bukannya macam setengah mahasiswa yang lain, yang hanya tahu menghentam dan mengkritik sahaja. Bila ajak buat kerja Islam sedikit, masing-masing menunjukkan sifat ithar nya yang kononny tinggi.. Apa yang agak kurang enak didengar oleh penulis, apabila ada di kalangan mahasiswa kita yang cuba bertanya pada penulis tentang pendirian seorang mahasiswa lain yang idealis dalam mengutarakan pandangannya. Mereka agak kecewa dan mungkin juga pelik apabila idealis mahasiswa ini tidak menyebelahi pihak student bahkan terrrrlalu mengagung2kan tindakan bapak r____r. Sehingga mereka ini menyangka bahawa mahasiswa ini sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku, dengan menunjukkan bahawa dial ah penyokong tegar r____r bagi kepentingan peribadinya yang semata-mata mahu mendapat title Anugerah C______r atau mungkin juga Anugerah Di____ menjelang konvokesyen nanti. Penulis yang agak terkejut dengan sangkaan ini meminta agar mereka-mereka ini bertanya sendiri kepada tuan punya pandangan itu sendiri. Sama ada sudah bertanya atau belum, penulis tidak berapa pasti. Mengapa mereka berprasangka sedemikian kerana apa yang ______ buat dan lakukan, semuanya benar di mata mahasiswa itu..Penulis terkejut dengan penilaian terhadap mahasiswa itu. Masakan mahasiswa itu atau sebenarnya sahabat yang pernah bergerak kerja sekali dengan penulis mempunyai agenda sebegitu yang hanya mementingkan peribadi semata-mata. Jika benar apa yang mereka sangka kan itu, mungkin hilang respect penulis dan rakan mahasiswa lain terhadap dirinya yang penuh dengan idealis-idealis yang tersendiri..Wallahua’lam… Tidak berani untuk penulis mengeluarkan pandangan mengenainya walaupun kami pernah bergerak kerja bersama-sama. Apa yang penting bagi penulis, yang benar kita katakan benar, yang salah tetap salah. Mahasiswa sayangkan Kedah, sayangkan INSANIAH…mengapa bila mahasiswa mengikut saja atau bahasa kasarnya hanya menjadi pakturut, mereka mengagungkan mahasiswa, namun bilamana mahasiswa bersuara memberi pendapat, semuanya dianggap salah malah dianggap sebagai pembangkang. Ke mana hilangnya hak bersuara rakyat??? Malah si Rakyat pula perlu bangkit semula dalam membina kepercayaan kerajaan negeri. Seperti yang pernah dikatakan, 4tahun, tidak cukup untuk kita menilai jatuh bangunnya sesebuah kerajaan itu.. Banyak sisa-sisa masalah dari kerajaan yang lepas yang mereka perlu selesaikan terlebih dahulu. Harapannya, sebagai mahasiswa yang juga rakyat yang menyokong untuk terus membantu kerajaan kita, manakala pemimpin, jadilah pemimpin yang boleh menerima pandangan rakyat, yang sentiasa bersama rakyat…InsyaAllah, moga KEDAH terus SEJAHTERA di bawah nikmatNYA… sekadar pandangan dari insan yang dhoif..

wallahua’lam…

Tuesday, May 10, 2011

Monolog fi eidul milad

Assalamualaikum wbt…salam hormat dan salam rindu keranaNYA..

Sekadar perkongsian…

"kita akan temui semula sesuatu yang hilang ditempat kita kehilangannya.sering kali kegagalan memberi kita peluang untuk bermula dengan lebih baik"

Entah mengapa, dihari lahir kali ini hatiku sayu sekali, ucapan tahniah tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayyidina Ali:

" Manusia semua tidur, bila mati baru mereka jaga"

katakata itu menusuk ke lubuk hati, merobek robek sisa-sia kegembiraan yang masih bersisa. Apakah aku masih tidur? AHH..tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Gahazali"

"Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan"

YA, ari ini ari ulang tahun ku. sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langitMU , Ya ALLAH.. belum pun aku terasa mejadi ihambaMU yang sebenar. Masih berpura-pura , alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? atau hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mai setiap insan telah ditetapkan. di hari ini. esok danlusa aku menapak lagi.. semakin hampir pada kematian yang dijanjikan. Duhai , tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku??

Aku belum bersedia untuk bertemu MU , ya ALLAH ,walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya ALLAH segala kekuatan hanya padaMU.. jua.. KAU yang Maha tahu apa yang terbaik buatku. Aku merayu padaMU ya Allah..pada tarikh ini aku megemis keampunanMU..dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang ENGKAU MAHA PENGAMPUN. aku tidak akan datang YA ALLAH rasa mau dan hina untuk meminta..apa kah aku diterima?

Ya ALLAH,

pada hari ini , ku pinta leraikan lah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkan lah gelojak hati ini , wahai yang MAHA ADIL,kutiplah aku untuk menumpang sekalipn di pinggiran rahmatMU..walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.

Entah mengapa, gelombang rasa ini sering datang dan pergi. gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yangs ering melanda, kekadang aku sendiri bertanya, aku kah ini? Terasa diri ini bersalin dua. tida dan ...Ya ALLAH..jauhkanlah aku daripada topeng munafik yang menipu daya ini.

Aku bukan lah Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan jga Umar al-khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabatul adawiyah yang sentias berkata "SESUNGGUHNYA ISTIGHFARKU MEMERLUKAN SATU ISTIGHFAR LAGI

Aku juga tidak mampu menangis kerasa dosa . hatiku keras amat. ku cuba menangis dengan berasa kesal. tapi gaga mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis? YA ALLAH.. kerasya hatiku ini.. mohon lembutkanlah ..YA RABBI..atau mohonku diberi hati yang lain.. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati YA ALLAH..

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah , Jesteru, mudah-mudahan dihari lahirku ini aku akan dilahirkan semula. Lahir sebagai insan yang snetiasa mengingati MU...yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut kalau kalau di murkai. Harap minta minta di ampuni.

Buat sahabat, Teman dan kenalan.. Terima kasih diatas ingatan kalian. Pada yang jauh , Maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, Maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya ,terima lah secebis kataini (mungkin inipun masih dari trowong jiwaku yang gelap gelita)

kata pujangga.

"Kita akan temui semula sesuatu yag kita hilang ditempat yang kita kehilangannya..dan suatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baikTerigat aku kata berharga..

Teringat aku ungkapan bahasa Inggeris yang pernah menjadi perhiasan mejaku sewaktu belajar dahulu, “In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning…”

( Dalam kehidupan ini,, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran , rupa-rupanya adalah satu permulaan yang lebih baik)

Mudah-mudahan ini adalah satu permulaan yang baru. amin ya robbal a'laminn

Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan usah dicalarkan iman dengan istilah "jika dan "kalau", Innalilah, redha dan pasrahkah dengan istirja' Walau ditangan dan dibawah mata sendiri, andai ditakdirkan hansur, terlepas dan musnah. pasti puan juga.Paling penting, bersangka baiklah ..ALLAH akan menyelamatkan , ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat. manis jadi Madu...tetap menjadi ubat.

Kita didunia umpama layang lauang di lagit takdir. Kita trbang tinggi, rendah jauh, dekat hanya di lembayung iradah -NYA. kita aka terbang selagi ada angin dibekalkan..selagi kertas tidak koyak. selagi ranka masih teguh .Tapi apabila tali sudah ditarik. turunlah dengan redha. kita tidak berhak untuk terus "terbang" sekiranya maut menjemput pulang..


Coretan ini sekadar perkongsian dari salah satu part dari buku yang di baca..Dimana DIA Dihati ku, karangan Ust Pahrol Juoi..tak habis baca lagi setakat ni..jz ambil part ni sebab ianya bersesuaian untuk dikongsi after perkara ni juga yang dialami penulis pada tanggal 4mei hari itu..

kepada sahabat-sahabat yang mengingat hatta sekadar terlintas, syukran atas ingatan semua..mohon doa dari kalian agar diri ini terus thabat dalam perjuanganNYA..alfun syukran buat sahabat2 Darul Taqwa, yang susah2 buat gimik, juga buat sahabat yang turut meraikannya walaupun ianya telah memasuki tanggal 10mei..semua itu, amat dihargai, namun doa kalian buat diriku, teramat dihargai kerana diri ini terlalu lemah dalam meniti arus kehidupan..

Hakikatnya..Thankz a lot buat ayah n mama yang sudi menjaga anaknya ini hingga kini..dan paling utama..TERIMA KASIH TUHAN atas nikmat iman , islam dan kehidupan ini ..


-Hamba Yang Lemah (nuramadhan1410)-

Thursday, May 5, 2011

Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya, lama berkeinginan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai isu-isu yang berlaku antara Insaniah dan Kedah. Jz sharing what I think sebab setiap orang berhak menyatakan pendapat dari pandangan mata kasarnya, dan mata hatinya, melalui apa yang dilihat, dikaji, didengar dan lain-lain..

InsyaAllah, ada kesempatan lain, penulis akan cuba berkongsi maklumat dan pendapat penulis sendiri mengenai isu ini yang berkaitan dengan tajuk di atas, diluah mati emak, ditelan mati bapak...Ia, kita amat sayang akan negeri Kedah, tapi dalam masa yang sama, beberapa kelemahan dan pendapat rakyat harus juga dipandang. Jika kami tidak sayang Kedah, masakan ada diantara kita yang berjuang membantu kerajaan negeri dalam setiap program anjurannya.. Si rakyat juga, sebenarnya tidak harus bertindak melulu atas apa yang berlaku. 4btahun, tidak cukup untuk kita menilai jatuh bangunnya sesebuah kerajaan itu. Namun, semua itu hakikat, dimana masing-masing mahu haknya dipertahankan..Ok, insyaAllah nanti jika berpeluang kami akan kongsikan sejauh mana yang boleh dikongsikan agar sahabat-sahabat teruatamnya sahabat yang banyak tersalah anggap dengan apa yang berlaku..insyaallah, berkesempatan kita jumpa pada episod Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak yang seterusnya...syukran.

Tuesday, May 3, 2011

Bermata Empat..

~..Alahai si bermata empat...~

Patutlah akhir-akhir ni mata asyik sangat berair, lagi-lagi bila maghadap laptop dan baca buku ditempat yang sangat terang. Bila naik motor pulak, especially malam – malam, xdapat nak detect space kenderaan di belakang sampai pernah satu ketika, ingatkan kereta tu jauh lagi tup..tup kita dihonnya..alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur.. Tiba-tiba rasa nak check saja mata ni, alang-alang dah lalu glasses shop masa labour day hari tu,..check punya check, rupa-rupanya ini ke symptom-simptom rabun yang menimpa diri selama ini....patut la masa satu hari, seorang sahabat lama hampir-hampir merajuk bila panggilannya tak disahut..dia tanya rabun ke, sebab tak nampak dia panggil berkali-kali. Cepat-cepat menfikannya sebab memang xda pengesahan yang diri ini rabun. Tapi xpe lah, bila dah sahkan yang diri ini rabun, nak xnak kena terima hakikat..sebab family kami bukan dikalangan orang yang rabun..terus call ayah untuk minta izin dia sebab ayah seboleh-bolehnya xmahu anaknya memakai glasses or spactecle..selagi boleh cari ikhtiar lain seperti makan carrot, jaga pemakanan dan pembacaan sekalipun akan disuruhnya..InsyaAllah, anakmu ini akan cuba juga mencari alternatif lain untuk mencegah dari bermata empat..walaupun terpaksa bermata empat buat sementara waktu ini, terutamanya bila menghadap laptop terlalu lama, dan membaca buku.. Apa yang berlaku, diterimanya dengan hati yang lapang, kerna wujud hikmah di sebalik setiap yang berlaku..

wallahua'lam..