Followers

Thursday, December 8, 2011

~Selangkah ke alam kesempurnaan IMAN~


Assalamualaikum wbt..

Bismillahi wal hamdulillah..

Berbicara tentang cinta dan perkahwinan. Sememangnya, cinta itu adalah fitrah yang dianugerahkanNYA kepada setiap insan biasa. Namun, pabila ia salah digunakan, ianya boleh mengundang bisa yang amat perit bagi jasad insan biasa. Justeru itu, apabila hadirnya rasa cinta antara dua insan yang bukan muhrim (antara lelaki dan wanita), maka Islam menganjurkan satu ikatan agar yang bisa akan kembali biasai. Ikatan itulah yang dinamakan PERKAHWINAN. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai satu ikatan yang suci,dan murni ini, diri ini tidaklah sehebat mana (almaklum, masih tiada pengalaman). Namun, ini hanyalah satu coretan dari insan biasa buat teman-teman yang sudah dan akan melangkah ke gerbang perkahwninan. (Sengaja mengambil 'mood' bersempena walimah seorang sahabatku yang dikasihi ini.)


BERKAHWIN SEMASA BELAJAR VS BERKAHWIN SELEPAS BELAJAR..

Topik ini banyak dibualbicarakan, sama ada berbentuk forum, ceramah, sembang santai atau sebagainya. Kadangkala mengundang rasa malu apabila ianya menjadi perbualan ramai. Manakan tidaknya, pernah hati ini terdetik, 'apalah, tak sabar ke nak kahwin awal2. study pun xhabis lagi'. Namun, pabila berfikir sejenak, agak rasional perkara ini dibincangkan agar mahasiswa kini boleh berfikir. Ini kerana, trend berkahwin semasa belajar sudah menjadi satu kebiasaan di mana-mana kampus pada masa kini. Kalau dahulu, diri ini merupakan salah seorang yang jelek dengan cinta apatah lagi perkahwinan semasa belajar. Namun, bila dimuhasabah, lantas rasa gerun dan gusar cepat sahaja bertandang. Astaghfirullah,.Alangkah bimbangnya Allah akan menguji diri ini dengan perasaan 'itu' satu hari nanti. Pernah dalam satu majlis, PESKO (Pesta Konvokesyen) KUIN yang lepas, 2 orang gandingan 'deejay' turut menjadikan topik ini sebagai sembang santai. dari situ, diri ini mula bersikap optimis dalam menghadapi suasana sebegini. Ini kerana disekeliling kita juga,kita mepunyai sahabat yang mengalami peristiwa ini. pernah juga bertanya dan bertukar pendapat dengan mereka. Jadi, sebagai seorang sahabat, perlukah kita menjauhkan diri dengan mereka? Inilah dikatakan jodoh. cepat atau lambat, kita tidak tahu. Walaupun kadangkala diri ini agak berprasangka dengan alasan yang diberikan, 'dah jodoh awal, nak buat macamana. Alhamdulillah lah..' Namun, prasangkaan ini hanyalah bagi beberapa individu yang dirasakan bermain dalam soal perkahwinan. Bagi diri ini, di sinilah kita hendak mengaplikasikan kebijaksanaan kita dalam menghadapinya..Wallahua'lam, tidak berani untuk diri ini terus menghukumnya bimbang Allah akan menguji satu hari nanti. Namun, lantas kita berpaksikan keyakinan kepada hadis baginda SAW yang bermaksud,

“Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”.

Dari petikan hadis ini, diri ini tertarik dengan status FB seorang ustaz yang amat dihormati..Sangat bersetuju dengan pandangannya..

"Di sebalik "SEMPURNAKAN AGAMA DENGAN PERKAHWINAN" ada tuntutan yang tertanggung atas setiap pasangan. Biarlah perkahwinan menjadi ibadah untuk meraih pahala, biarlah ia menjadi qudwah untuk orang mengambil teladan, biarlah ia menjadi WASILAH untuk meggapai kejayaan lebih cemerlang, JANGAN jadikan perkahwinan fitnah yang menakutkan segala orang untuk menurutnya. JANGAN jadikan IA halangan kepada dapatan pelajaran. JUSTERU, sahabat pengantin baru, jadikanlah perkahwinan sebagai memenuhi kehendak seorang pelajar dengan sebenarnya, yang gagal mesti lulus sesudah berkahwin, usaha mesti ditingkatkan kerana sebahagian diri telah sempurna, yang berjaya akan perolehi kejayaan lebih cemerlang. TOLONG jangan kita menyebabkan orang berkata itu dan ini, "baik tidak berkahwin lagi baik". SAMA-SAMALAH KITA BERMUHASABAH. SEBARKAN..."

Oleh itu tidaklah menjadi kesalahan sama ada berkahwin semasa belajar atau selepas belajar. Bezanya, perkemaskan diri bagi mereka yang ingin bergelar raja sehari sewaktu di alam kampus. Keteguhan, kesabaran dan keyakinan kepadaNYA perlulah dimaksumumkan agar ia menjadi benteng buat sang diri..perjuangan tidak dihentikan wlaupun kita sudah berkeluarga.

Sekadar itu sahaja yang dapat dikongsikan. Ini hanyalah sekadar coretan, dan ianya tiada kena mengena dengan mana-mana individu. Sekadar perkongsian pendapat untuk peringatan diri admin Kalam Insani sendiri. wallahua'lam..


~Tiga : Kembali Semula ~


Assalamualaikum wbt....

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "(HR. Bukhari Muslim).

Sekian lama Kalam Insani dibiarkan menyepi sehingga terabai 'haknya' dalam mencapai misi yang termaktub pada azalinya. 3 bulan lebih berlalu, agak-agaknya apa yang berlaku sehingga kalam Insani rasa terabai..?

Sekadar satu perkongsian...

Post terakhir dalam laman Kalam Insani adalah pada 3 bulan yang lalu, di mana kita berkongsi suasana di akhir ramadhan dalam menjelangnya syawal 1432H..Nah, sekarang sudah masuknya tahun baru 1433H. rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan "Salam Ma'al Hijrah 1433H" kepada seluruh umat Islam di bumi Allah. Moga tahun-tahun yang mendatang, lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Diri ini juga sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk thabat dan istiqamah di jalanNYA..

Selepas beberapa hari cuti beraya, pengajian disambung kembali.. dalam fatrah tersebut sudah ada ura-ura mengatakan akan berlaku pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa. Akhirnya pada tanggal 28 september 2011, maka secara rasminya berlaku pertukaran tampuk kepimpinan MPM antara sesi 2010/2011 dengan MPM 2011/2012. Tahniah & Takziah diucapkan..


Selepas menurun takhta untuk kali terakhirnya, almaklum dah tahun akhir, Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan untuk diri ini menumpu bidan AKADEMIK dengan semaksimum mungkin. Ruang dan peluang yang selama ini dinanti, digunakan sebaik mungkin.Jika sebelum ini, hati merintih dan berkecamuk pabila melihat sahabat-sahabat turun naik maktabah, muroja'ah bersama dan sebagainya. Sehingga terdetik dalam hati, alangkah indahnya waktu ini sepertimana waktu di awal melangkah ke alam universiti. Waktu imtihan pula hanya beberapa hari sahaja. Tanggal 31/10/2011, merupakan hari pertama menghadapi imtihan bagi semester 1 Tahun 4.. berperang dengan mata pena dan kertas peperiksaan hampir 3 minggu, alhamdulillah tanggal 12/11 merupakan hari terakhir imtihan. Lantas teringat ada jemputan walimah sahabat lama dan insan yang banyak berkongsi ilmu pada hari tersebut, gagah mempelawa sahabat lain untuk memenuhi undangannya. Mabruk buat sohabi yang sorang ini. semoga ikatan yang dibina, kekal hingga ke syurga hendakNYA.

Niat untuk mengupdate Kalam Insani ditangguh buat sementara waktu walaupun imihan telah tamat bagi memberi laluan kepada beberapa perkara yang pinta diawlakan.. sehinggalah diberikan ruang masa olehNYA agar diri ini bisa mencoretkan sedikit perkongsian dalam laman ini ianya tidak bersarang dengan kalam2 yang menyinggah di shoutbox Kalam Insani. Semoga dengan penghijrahan tahun Islam ini, kita semua bisa menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Jika sebelum ini, diri ini mudah melatah dengan apa yang berlaku, pasti ada saja yang ingin diperbetulkan dalam laman Kalam Insani ini. namun, bertepatan dengan hadis rasulullah di atas, maka jalan selamat yang diambilnya. Jika menurutkan hati dan akal, pelbagai perkara yang rasa ingin dijelaskan dalam Kalam Insani ini, agar pembaca bisa menilainya. terutamanya perkara yang membabitkan isu yang berlaku di Kampusku yang tercinta. namun, tindakan kita perlulah didasari dengan IMAN. Ya, sinergi IMAN mampu membuatkan setiap tingkahlaku dan amal kita, adalah yang positif dan terbaik, insyaAllah. ini kerna kita meletakkan Allah untuk segalaNYA.

Moga selepas ini, ada kesempatan dan ruang lain untuk kita kongsikan bersama. Harapannya, Kalam Insani juga tidak di'rehat'kan dengan lebih lama. Menjadi seorang yang responsif, dalam setiap isu dan perkara adalah semestinya..insyaAllah..

~wallahua'lam..Salamullahi alaik~