Followers

Thursday, April 21, 2011

Menuju Tarbiyyah


orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu..

jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt...

seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlalu penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...

ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

ku kagum pada dirinya...

menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

YA ALLAH...

KUATKAN SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA DENGAN SAHABT..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA...


DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....

Saturday, April 9, 2011

Dunia kita bakal berakhir...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..selawat dan salam buat beginda SAW, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda..
Menyentuh perihal kiamat yang mula menunjukkan tanda-tandanya, hati ini terus diselubungi rasa sayu dan sedih. Mengenangkan diri ni masih lagi lemah iman dan ibadah kepadaNYA..Namun itulah hakikat yang perlu kita terima...

Dalam posting sebelum ini...penulis ada men gatakan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang isu semasa yang berlaku kini. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan walaupun exam fever kian menghimpit, untuk penulis gabungkan pelbagai kisah dalam satu posting yang mana penulis rasakan, ianya terjalin dalam satu kisah, tajuk, dan cerita.. Semuanya berkait dalam tajuk yang penulis tulis di atas' Dunia kita bakal berakhir'..

Gempa dan tsunami di negara yang terkenal dengan nama negara matahari terbit (Jepun) yang berlaku semasa 11 Mac 2011 yang lalu...Itu merupakan satu peristiwa yang perlu kita ambil iktibar..kerana apa? sebab dalam satu hadis nabi, baginda menyebut..

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

Namun, disini ingin dikongsi kepada sahabat-sahabat tentang satu pic yang penulis amat tertarik dapat dalam satu program yang diikuti baru-baru ini. Menariknya gambar ini apabila melihat kepantasan pihak berkuasa jepun dalam melakukan tugas..

-kurang dari seminggu selepas berlakunya tsunami, jalan sudah dibaiki semula. -

Selepas itu, kita dikejutkan dengan berita pembinaan loji nuklear yang bakal dibina di Malaysia..adakah pemimpin kita kinib tidak mahu mengambil iktibar dari apa yang berlaku..Inilah yang terjadi apabila kepercayaan rakyat dan amanah mula disia-siakan. ini juga disebut dalam satu petanda kiamat..

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majelis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebagian yang lain, “Rasul saw. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)




Seterusnya, isu pertempuran di Libya, juga mengaitkan kisah pemimpin yang mula mendabik dada, namun terus dibenci oleh rakyatnya asbab dari kerakusan dan kezaliman di zaman pemerinatahannya. Rakyat Libya mula bangkit...juga dalam petanda akhir zaman apabila banyak polisi dan pembela kezhaliman

“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)



Dan kini..isu video seks DSAI, atau Dato' Seri Anwar Ibrahim pula..pelbagai fitnah yang cuba dilakukan kepada beliau..Inilah fitnah akhir zaman yang sangat menakutkan kita kini..asbabketaksuban untuk memiliki kuasa dalam politik sanggup menggunakan fitnah sebagai jalannya..Al-maklum..mungkin peristiwa semasa 1998 bakal berulang kembali. Manakan tidak, PRU 13 bakal tiba. pihak lawan sanggup menggunakan apa jua cara untuk menidakkan kuasa orang yang sepatutnya untuk mentadbir negara. Fitnah sana, fitnah sini..Untuk mengalihkan pandangan umum terhadap PRK yang berlaku di Sarawak barangkali...Inilah dia fitnah di akhir zaman..Salah satu tanda kiamat juga apabila pendominaan fitnah berlaku...

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).

Berkata Ali bin Abi Talib,

“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.


Renungan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan yan berlaku,...ajal menjemput kita pada bila-bila masa. Biarlah apa yang ingin orang kata, walaupun kita atau kumpulan kita difitnah dengan pelbagai tuduhan, kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Namun, itu semua bergantung atas tindakan kita..Bijak dalam mengawal segala aspek. Pihak musuh sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan lawannya..


Akhir kalam, mohon maaf andai terdapat kesalahan dan kekhilafan dalam posting kali ini..InsyaAllah, di lain kesempatan cuba untuk mencari ruang merungkai persoalan yang cuba diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu berhubung isu kampus pada hari ini..menunggu masanya.

Wallahua'lam...