Followers

Monday, May 31, 2010

FOKUS


Assalamualaikum wbt..

Ayuh Sahabat!!
Kita fokus dengan amanah yang telah ditaklifkan kepada kita. Tunaikanlah mengikut kemampuan kita. Moga kita sama-sama dapat melaksanakan amanah ini dengan baik. Walau pada hakikatnya kita rasa kita bukan lah dikalangan yang layak, namun Allah ta'ala tahu tahap kemampuan hambaNYA. kadang-kadang tersungkur dengan segala beban dan masalah yang menimpa-nimpa. Tapi, yakinlah dengan pertolongan ALLAh.. Bersegeralah kita untuk mencari kebaikan dan tinggalkan segala kelalaian. Singkirkan segala kekusutan di minda dan fikiran kita.Jaga mata, telinga dan HATI kita. FOKUS pada sesuatu yang bermanfaat dalam setiap gerak kerja kita, kerna masa yang diisi tidak mungkin berulang kembali..Sama-sama kita bermuhasabah dalam setiap apa yang kita lakukan..Jika hilang pemfokusan kita dalam mencapai matlamat dan visi sebenar iaitu lillahi ta'ala, tidak mustahil kita mudah goyah dengan sedikit cuitan ujian mahupun masalah yang menjengah. Cepat melatah dan mudah lalai.
Allah swt berfirman:

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّى يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan). (Surah Az-Zukhruf: 83)

Harus kita ingat, dunia ini hanya persinggahan. Jadi, suka untuk ana mengingatkan diri sendiri dan menyeru kepada sahabat-sahabat yang bakal sibuk dengan bergerak kerja selepas ini,supaya matlamat kita dalam bergerak kerja harus seiring dengan matlamat ALLAHU GHAYATUNA supaya pentaklifan yang Allah berikan kepada kita dapat dilakukan dengan sebaiknya..Banyakkan pergantungan dan pengharapan kepadaNYA.. ..Jadi apa yang penting...FOKUS.

>>Selamat melakukan gerak kerja kapada semua F.E.I( Fasilitator Elit Insaniah) MSR 10/11, dari 1jun-11jun..Fokus terhadap apa yang kita ingin capai dalam pembawakan MSR kali ini.Mohon keberkatan Allah akan sentiasa bersama-sama kita..Ameen.Ma'an Taufiq Wan najah.

0 comments:

Post a Comment