Followers

Saturday, March 27, 2010

Lets Discuss ke-5

Assalamualaikum

Sedar tak sedar rupanya lets discuss dah berlangsung selama 5 minggu berturut-turut.Tahniah dan syabas kepada semua adhoc pelaksana proram ini yang dikelolakan oleh unit CEP, Biro Akademik,MPM kerana bersungguh-sungguh dalam menjayakannya.Syukran Jazilan atas usaha kalian. Moga usaha dan penat lelah antum dinilai di sisi Allah swt, InsyaAllah.
Lets Discuss terakhir bagi penutup semester ini akan berlangsung pada :-

AHAD ( 28/3/10)
BILIK D1-2
9.00 MALAM

1) MPM memang tidak berfungsi? Pentadbiran di bawah Saudara Muaz, apa konmen anda? MPM lesu dan tidak progresif? Dasar tak banyak berubah?Bincangkan.


2) Institusi agama serta mufti-mufti kita kolot dan konservatif? Bincangkan isu ini!


3) Bank Islam semakin berkembang! Mungkin suatu hari nanti bank-bank konvensional akan lingkup dan sistem perbankkan kita digantikan dengan sistem perbankkan Islam? Bincangkan!

Thursday, March 25, 2010

Demam Imtihan

Assalamualaikum...

Biah imtihan semakin dirasai oleh mahasiswa dan mahasiswi Insaniah. Semakin dekat dengan fatrah imtihan ini semakin banyak tanggungjawab yang masih tidak dapat dilaksanakan. Majoriti student2 membuat perancangan dan strategi masing2.Namun, apa yang pasti, walau apa pun cara atau strategi, kita sama-sama inginkan kecemerlangan dalam imtihan kali ini.
Apapun sahabat-sahabiah sekalian,sesibuk manapun kita dalam mengejar kecemerlangan imtihan, jangan lupa hubungan denganNYA. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan yang yang lain..jika kita sanggup berjaga malam untuk 'stay up' sampai ke pagi, tapi kenapa tak sanggup 'stay up' untuk DIA? Sibuk membaca dan study hard sampai solat dilewatkan, al-quran dilupakan dan qiyam dah tak diamalkan.Bukankah kita sedar bahawa kejayaan itu datangnya dari Allah?
Jadi, semoga usaha,ikhtiar dan tawakal kita seiring dalam mengejar sesuatu kecemerlangan dan kejayaan. Berkongsi ilmu dengan rakan-rakan juga menjadi penolong kepada kita apabila buntu dalam imtihan nanti. Semoga kejayaan dan kecemerlangan milik kita bersama.Yang penting, niat untuk beramal dan memanfaatkan ilmu yang kita dapat itu kepada orang lain perlu wujud agar keberkatan sentiasa bersama kita..

Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam.

Bit taufiq wan najah...INSYAALLAH..

Saturday, March 6, 2010

Ilmu yang bermanfaat..?


Assalamualaikum...wbt.
Orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya. Berhubung dengan ini, Imam Ghazali berkata, "antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya."

Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain m
engetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri dengannya. Inilah (ulama) yang tertipu....

Iman Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, " manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manafaat dari ilmunya"..

Seterusnya Imam ghazali berkata, " walau bagaimanapun sebahagian ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredhaan Allah sebaliknya untuk mencari pengaruh serta nama. Sebahagian yang lain berasa ujub atau kagum dengan kelebihan yang ada pada diri mereka.

Mereka asyik menghiaskan diri di sudut zahir sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu kebersihan batin serta hati.

Ketika itu mereka melupakan musuh mereka yang utama iaitu Syyaitan. Lantas mereka berpakaian dengan mengunakan kain-kain halus diselimuti mutiara, perhiasan serta sutera yang diharamkan, dan bermusafir dengan mengunakan kuda serta kenderaan yang mengagumkan.

Mereka mendakwa kesemua ini dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Meeka masuk ke tempat para penguasa yang zalim untuk memuji serta mendapatkan kasih sayang mereka.

Mereka ini sebenarnya adalah dajal agama dan bukannya imam agama kerana imam agama yang sebenarnya mengutamakan kepentingan akhirat dan tidak terpedaya dengan kelazatan dunia.

Sebaliknya golongan dajal ini berpaling dari kehendak Allah dan menghadapkan dirinya kepada keenakan dan kenikmatan dunia"...

(Kesemua (dipetik) disebutkan di dalam kitab
Ihya Ulumuddin.)

Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah.

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib di tuntut oleh setiap hamba tuhan yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian.

Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah bagi memantapkan iman, tawasuf bagi membersihkan hati serta pekerti dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan di haramkan ke atas individu.

Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh umat islam dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat. Namun, tidak semua individu muslim dan muslimah perlu menceburi bidang-bidang ini.

Apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan.

Imam Ghazali membahagikan ilmu-ilmu fardu kifayah kepada dua iaitu;

1) Ilmu Syariat

2) Ilmu bukan syariat.

Contoh ilmu syariat yang fardu kifayah adalah ilmu tafsir quran, mustalah hadis, ilmu qiraah dan seumpamanya.
Contoh ilmu-ilmu fardu kifayah yang bukan syariat adalah ilmu perubatan, matematik, persenjataan.

Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian keajaiban hati berkata, " hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanafaat sahaja.

Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagungannya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara sesorang dengan sesorang yang lain.

Di Peringkat awal, ilmu ini diperolehi berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat yang wajib, mustahil serta harus bagi Allah.

Di tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah.."

Mereka yang tidak mengenali allah akan mewarisi penyakit sombong dan takbur yang membinasakan. contohnya, Namruz Raja Babilon sombong dengan kekuasannya sehingga dia merasakan dia berkuasa seperti Tuhan kerana kononnya, dia mampu menghidupkan dan mematikan.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 258 yang bermaksud, "ibrahim berkata, Tuhanku menghidupkan dan mematikan (Namruz) berkata, "aku pun mampu menghidupkan dan mematikan..

Ibrahim berkata, " sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur maka cubalah kamu terbitkannya dari barat, maka terdiamlah si kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Akhirnya tuhan (allah) memusnahkan Namruz.

Untuk cemerlang, kita perlulah menguasai ilmu dan hikmat, ke mana sahaja kita pergi, bawalah buku bersama, tentunya buku2 yang menambahkan pengetahuan yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan masyarakat amnya.

Apabila buku sentiasa mendampingi kita, senanglah untuk kita mendampinginya. Pastikan ada ilmu baru yang kita perolehi setiap hari.
Ilmu-ilmu baru yang kita perolehi itu hendaklah ditulis bersama-sama dengan sumber rujukkannya.
dengan cara demikian, ilmu itu tidak mudah luput daripada hidup kita.

di dalam kitab ihya Ulumuddin dinyatakan, Fathul Mausuli berkata " tidakkah jika seseorang itu sakit dan tidak menjamah makanan dan minuman, dia akan mati?

demikianlah juga dengan hati, jika tidak diberikan hikmat dan ilmu selama tiga hari ia juga akan mati"..

sekadar menegur diri sendiri..

Quran Hebat..

tidak hanya dikagumi oleh orang islam, ia juga dikagumi oleh orang yang bukan islam. Sebahagian daripada mereka bukan islam ini sudah memeluk agama islam selepas meneliti dan memahami maksud ayat-ayat quran.

Abdullah bin Masud berkata, "sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca quran, di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.

Sahabat Abu Hurairah pulak berkata, Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para malikat ke rumah itu dan akan keluarlah syyaitan daripadanya.

Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuniny a. di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malikat akan keluar dan syyaitan akan memasuki rumah itu..."

Merasakan ilmu ini pelik kerana banyak menggunakan bahasa yang asing dan berkias.

Sedangkan ilmu ini tidak pelik, ianya berpandukan Al Quran dan Al Hadith.

Ianya nampak pelik kerana bahasa yang digunakan itu adalah bahasa Arab dan bahasa itu pula mewakili satu huraian yang panjang lebar. Teramat panjang sebenarnya maka itu ianya dipendekkan menjadi satu simpulan bahasa atau mutiara kata.

Apatah lagi jika ianya mewakili satu 'penyataan rasa/pengalaman rohani' yang mana ianya amat susah untuk dizahirkan dengan kata dan pena. Maka istilahpun terpaksa digunakan...

Kita pasti tertanya tanya, mengapa ada segelintir yang berpendidikan
tinggi, tetapi akhlaknya tidak mencerminkan dia seorang yang
berpelajaran. .?

mengapa ada orang yang hanya bersekolah setakat seadanya sahaja
tetapi dia menunjukkan keperibadian yang sangat luhur..?

di situ...peranan ILMU...

Namun kita juga perlu ingat bahawa ILMU yang diamalkan ibarat lampu
yang memberikan sinar, yang mampu menerangi diri sendiri dan
orang lain.

sebaliknya ILMU yang tidak diamalkan, brangkali akan jadi seperti
lampu rosak, yang sekadar jadi perhiasan langit langit kediaman tetapi
tidak berfungsi.

Barangkali hal ini sama seperti sabda Rasuullah yang diriwayatkan
Ahmad yang bermaksud:

"Perumpaan orang yang berILMU di atas muka bumi ini ibarat bintang'
bergemerlapan yang terang berderang di sisi gugusan bintang dan
cakerwala yang lain yang menerangi kegelapan di daratan dan
lautan.

Apabila bintang itu tidak bergemerlapan hampir hampir menyebabkan
manusia tersesat dan tersasar daripada matalamatnya. "

ILMU untuk diamalkan dan dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.
maka kerana itulah, orang yang berILMU (dan menghayati serta mengamalkan ILMUnya) sangat di pandang tinggi, malah termasuk dalam
ketegori orang yang di puji ALLAH.

maka, di manakah kita..? adakah kita termasuk dalam ketegori lampu
yang rosak atau lampu yang berfungsi... ?

sama sama la kita merenung diri sendiri...


semoga mendapat manafaat..

Kelebihan Ilmu

Sabda Rasullallah yang bermaksud :

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya.

Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah,

dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru,

kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan-keuntungan yang abadi...

wallahua'lam-~

Friday, March 5, 2010

Ayuh! berdiskusi..

Assalamualaikum..
Lets Discuss Class akan berlangsung pada 7 Mac 2010 (ahad), jam 9.00 malam bertempat di D 1-2.Antara kumpulan yang akan berdiskusi pada malam itu,ialah :

1) KUMPULAN IMTIYAZ (TAHFIZ)

Tajuk : HEWI dibawah pimpinban Saudari Zamilah kelihatan lesu dan kosong.“kalau
nak dibandingkan dengan SIS yang lebih gah,macam itu masyarakat tak
tengok la.,baik tengok SIS je..”Apa pendapat anda dengan komen
ini?Bincangkan tentang pergerakan HEWI, benarkah lesu? Katanya untuk
siswazah islam,tapi org tak nampak pun perkembangan? Hanya sekadar
program, macam program-program lain? Bincang!

PEMBENTANG:
-NOR AKIDAH BT ISA
- HAKIMAH BT ABD HAMID
- NURUL AFIQAH BT AHMAD
- SITI ESAH BT ABDULLAH
-MARIYATUL QIBTIYAH MOHAMAD
-NOR HIDAYAH BT ZAINI


2) KUMPULAN IMTIYAZ (B.ARAB)

Tajuk : “MPM mendapat banyak aduan daripada pelajar-pelajar tentang kemiskinan
mahasiswa dan tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan barang
keperluan malah duit belanja pun tak cukup, sangat perlu kepada pinjaman
dan meminta bantuan!“cipta suatu alternatif sistem, kaedah atau skim
yang baru bagi membantu sedikit sebanyak pelajar-pelajar tersebut!”


PEMBENTANG:
-SHAN CHEN YAN
-HANUN RUHAMAA’ SUKOR
-FAJRIAH BT ANSARI
-JANNATUL AQILAH BT JAAFAR
-CHEK FORDAUS BT CHEK YUM

3) KUMPULAN HATIM

TAJUK : Baru-baru ini kecoh tentang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang
bukan Islam di Malaysia. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Ia
menyebabkan perbalahan yang negatif, gereja dan surau diserang ia
melahirkan satu suasana buruk di Negara. Bincangkan isu ini dari
perspektif mahasiswa Islam!

PEMBENTANG : Students Syariah 3


P/s : Ayuh ajak sahabat-sahabat kita untuk saksikan Diskusi ini untuk manfaat bersama, InsyaALLAH.

Monday, March 1, 2010

Erti Sebuah Kerinduan


سلام مولد الرسول

Semoga kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar perjuangan nabi dalam menyampaikan risalah Islam.Kadang-kadang kita terlupa dan terleka,asyik memikirkan perkara yang remeh,boleh ke kita berarak untuk maulidurrasul ni?bukankah itu satu bid'ah?kita sebenarnya ada tanggungjawab dan taklif yang lebih besar untuk difikirkan.Kalau kita sebagai remaja pada hari ini,tidak pernah miss untuk wish kat kekasih kita pada Valentine Day,mengapa tidak untuk hari Kekasih Allah?Kita sebenarnya banyak didodoikan dengan kemewahan dunia pada hari ini, sehinggakan tidak sedar akan keperitan dan pengorbanan nabi kita yang sanggup bersusah payah untuk menegakkan Islam.Siapa dia sepatutnya yang perlu kita raikan?Kekasih kita..?Siapa dia tu?pernahkah dia tu mengembalikan kegemilangan Islam seperti Rasulullah.Oleh itu sahabat2,sekadar mengingatkan diri yang sentiasa lalai dengan dunia, dan menyeru kepada yang terleka,marilah kita sama2 menghayati hari Kelahiran Kekasih Allah dan kekasih kita juga,supaya baginda bangga mempunyai umat seperti kita.Semoga syafaatnya menanti kita di sana. Mengapa Rasulullah dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya karena Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu, tetapi karena akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah.Akhlak baginda yang perlu dipraktikkan oleh semua pempinan-pimpinan sekarang bukan saja pimpinan dunia, malahan pimpinan mahasiswa itu sendiri. Walaupun tugas baginda sama seperti tugas seorang pengarah sekarang,namun baginda bukan pengarah. Baginda lebih bersifat seorang pengurus yang sentiasa membantu orang bawahannya (sahabat2 nya). Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kitapun akan dicintai oleh banyak manusia. Tentu tidak oleh semua manusia, karena Rasulullah juga tidak dicintai oleh sem ua manusia, tidak dicintai oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tapi sekiranya kita mempraktekkan akhlak Rasulullah itu dalam pergaulannya dengan orang banyak, pasti kitapun akan menjadi manusia, yang dicintai oleh kebanyakan umat manusia.Biarlah rindu kita ini diletakkan kepada yang sepatutnya.Kepada seorang manusia yang telah banyak berkorban bukan sahaja kepada kita,bahkan seluruh umat Islam.Manusia yang sentiasa menjadi kerinduan umat Islam.Manusia yang menjadi dambaan semua wanita dan menusia yang dinantikan syafaatnya di akhirat kelak. Semoga kerinduan ini kerinduan yang diredha Ilahi,ameen…

Jadi,marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda,sebagaimana

Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:

قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ

{ يُصَلُّونَ }

يُبَرِّكُونَ
Terjemahan: Abul ‘Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya) maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan para malaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam)

Maka,Berselawatlah...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ