Followers

Monday, August 15, 2011

Muhasabah Ramadhan Terakhir



"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...."
Terkejut dibuatnya saat mendengar ungkapan ini, disangkakan ada hamba Allah yang telah pergi.. Tapi lantas tersedar pabula disiku oleh rakanku, bukannya orang yang meninggal, tetapi 'tetamu Allah' yang paling dirindui akan pergi meninggalkan kita. DIA hanya pinjamkan kepada kita sebulan sahaja. DariNYA 'dia' datang, dan kepadaNYA jualah 'dia' akan kembali..Sedar tak sedar, ramadhan 1432H bakal meninggalkan kita.. Pejam celik, pejam celik, terasa cepat ianya berlalu. Seakan sahur dan berbuka puasa Ramadhan pertama bersama rakan-rakan Darul Taqwa baru semalam kita lalui. Namun, adakah amalan yang dilipatgandakan pahalanya, sudah kita penuhi.? Rasa kerdil sangat bila berbicara soal ini. Bersyukurlah bagi mereka yang mendapat barakah Lailatul Qadar, hari mulia dalam kalender Islam yang kehadirannya tetap misteri tanpa kita sbg manusia yg serba hina dan kerdil di bumi tuhan ini, mengetahuinya..Adakah kita dikalangan orang yang melepaskan segala macam peristiwa yang ada di bulan mulia ini, peristiwa badar kubra, nuzul quran, lailatul qadr, dan sebagainya..

Alangkah ruginya bagi yang tidak melayani 'kekasih' ini. Entahkan bila kita kan bertemu lagi. Mungkinkah ini kali terakhir untuk kita bersama-sama dengan 'dia'. Jikalaupun tahun hadapan kita bertemu kembali, adakah kesempatan dan ruang itu masih ada dan sama. Dek kerana manusia kan sibuk dengan urusan dunianya. Namun, itu semua siapa yang tahu jika urusan itu hanya DIA yang mengetahui..Kita hanya berserah dan bertawakkal. Moga peluang untuk bertemu kekasih itu, diberikan lagi. Jikalau kekasih ini kedatangan yang terakhir mnejengah kepada kita, pohonlah agar ianya berlalu dengan membawa seribu satu rahmat dariNYA. Moga ketiga-tiga fasa yang dinyatakan yang ada dalam bulan Ramadhan ini, sampai kepada kita, insyaAllah..

::Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..::
~Moga bertemu kembali di Ramadhan 1433H, insyaAllah~


0 comments:

Post a Comment