Followers

Monday, January 31, 2011

MC Muslimat















Gambar-gambar ini tiada kaitan dengan artikel ini sama ada berkaitan dengan individu yang masih hidup ataupun tidak.



Pandangan Syarak Wanita Menjadi Pengerusi Majlis

Dicatat oleh HEWI PMRAM




MUQADDIMAH

Sejak kebelakangan ini, kita melihat peranan wanita dalam memberi sumbangan kepada Islam tidak dapat dinafikan lagi. Wanita turut menyumbang membangunkan ummah dan dalam perkara membabitkan pembangunan rohani, wanita tidak dikecualikan daripada memenuhi tanggungjawab diri kepada Allah, diri sendiri, keluarga dan ahli masyarakat. Islam tidak membezakan lelaki dan wanita dalam melakukan ibadat kerana apa yang wajib dan sunat bagi lelaki itulah juga hakikatnya kepada wanita.

Sekadar hiasan

Begitulah terhadap perkara yang harus, haram dan makruh. Persolannya sekarang, jika Islam membenarkan wanita memberi sumbangan kepada Islam, adakah menjadi pengerusi majlis dalam satu majlis yang disertai oleh lelaki dan perempuan dibolehkan?

PERBINCANGAN

Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh kaitkan hukum keharusan mempengerusikan majlis bagi seorang wanita kepada beberapa bahagian seperti berikut :

1) Adakah suara perempuan itu aurat?
2) Batas pandangan seorang lelaki kepada wanita.
3) Percampuran lelaki dan wanita dalam satu majlis adakah dibolehkan?
4) Hukum wanita menjadi wakil rakyat.

1)ADAKAH SUARA WANITA AURAT ?

Syeikh `Atiah Saqar (bekas pengerusi lajnah fatwa Al-Azhar) ada memberikan beberapa pandangan beliau dalam kitabnya “Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal Ahkam”, ada menyebut; suara bagi seorang wanita ini mempunyai pandangan yang pelbagai, ada yang mengatakan sebagai aurat secara mutlak manakala golongan yang lain mengatakan bukan aurat secara mutlak. Daripada perbezaan pandangan ini, kita dapat satukan kedua-dua pandangan tersebut kepada beberapa garis panduan yang telah di tetapkan oleh para ulamak seperti berikut :

1) Sesungguhnya suara wanita pada zatnya bukanlah aurat, kerana sekiranya ianya aurat dalam semua keadaan, ianya akan memberatkan sesuatu yang sukar (attaklif fihi`usr). Ini kerana wanita sangat berhajat kepada perbualan dan saling berhubung dengan lelaki dalam urusan yang pelbagai seperti urusan muamalah.

2) Dalam syarah Sohih Muslim disebutkan peristiwa Saiyyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Al-Khatab melawat Umu Aiman selepas kewafatan Nabi SAW. Ditaqlikkan oleh Imam Nawawi bahawa harusnya lelaki menziarahi wanita dan mendengar suaranya. Bahkan wanita dizaman salaf sentiasa meriwayatkan hadis dan mengajar manusia serta memberikan fatwa mengenai urusan agama.(jilid 13,m/s 10)

3) Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyak (jilid 2 m/s 248) menyatakan bahawa suara perempuan selain dari nyanyian tidak dikira sebagai aurat. Bahkan wanita pada zaman sahabat sentiasa malakukan muamalah dengan lelaki ketika memberi salam, meminta fatwa, bertanya dan bermusyawarah.

4) Banyak dikalangan sahabiah Nabi SAW bertanyakan kepada nabi berkenaan hukum agama ketika sahabat-sahabat nabi yang bukan mahram berada disitu dan nabi tidak menegahnya.

5) Imam Al-Qurtubi mengharuskan bercakap dengan perempuan dan berbual dengan mereka sekiranya ada keperluan.

2) Batas Pandangan Seorang Lelaki Kepada Wanita

Dinukilkan daripada Imam Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Fatawa Al-Mu`Asarah (jilid 2 m/s263) bahawa aurat seorang perempuan di sisi jumhur ulamak adalah seluruh tubuhnya melainkan muka dan kedua tapak tangannya. Manakala di sisi Imam Abu Hanifah Dan Al-Muzani kedua tapak kaki tidaklah di kira sebagai aurat bagi seorang perempuan. Maka bolehlah bagi seorang wanita menzahirkan selain daripada auratnya, mengikut batas dan keperluan wanita kepada umum.

Tetapi persolannya, adakah harus bagi seorang lelaki memandang wajah wanita ?

Maka ulamak telah sepakat bahawa pandangan pertama terhadap wanita di hukumkan sebagai dharurat dan di maafkan oleh syarak. Manakala pandangan yang kedua, ulamak berselisihan pendapat terhadap hukumnya. Secara pasti yang ditegah adalah pandangan berserta dengan syahwat dan keghairahan. Di sini jelaslah kepada kita bahawa hukum melihat seorang wanita pada muka dan telapak tangannya adalah di haruskan.

Tetapi disini ada kaedah syarak yang mengatakan bahawasanya sesuatu yang harus dilarang ketika kuatir berlakunya fitnah sama ada ianya berpunca dari lelaki mahupun wanita. Masalah ini sekiranya ada dalil dan bukti yang kukuh kearah berlakunya perkara tersebut.

3) PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN:

Berkenaan permasalahan ini terdapat beberapa pandangan ulamak mengenai percampuran lelaki dan perempuan:

1) Berkata Syeikh `Atiah Saqar dalam kitabnya “Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal Ahkam” . Percampuran lelaki dan perempuan yang di tegah adalah di dalam keadaan berkhalwat di antara lelaki dan wanita di tempat yang tertutup dan boleh menimbulkan fitnah. Adapun percampuran di antara lelaki dan perempuan di tempat umum seperti di pasar, tempat pengajian, pengangkutan awam dan sebagainya tidak dikira sebagai percampuran yang diharamkan walaupun disana ada perbuatan haram yang lain seperti melihat aurat, kata-kata yang menggoda dan berlakunya sentuhan.

2) Berkata Imam Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Fatawa Al-Mu`Asarah (jilid 2 m/s284) Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya bukanlah di tegah, bahkkan ianya harus dan dituntut sekiranya pertemuan dan percampuran itu mempunyai niat yang baik seperti menuntut ilmu, beribadah, perbuatan yang dianggap baik disisi syarak dan sebarang aktiviti yang baik yang memerlukan kerjasama di antara dua pihak. Tetapi petemuan ini mestilah menjaga adab-adab Islam antara kedua pihak seperti pakaian yang di bolehkan syarak, aurat , suara dan pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan penting sahaja .

Kedua-dua pandangan tersebut jelas kepada kita bahawa keharusan percampuran di antara lelaki dan perempuan jika mempunyai hajat dan urusan yang penting sahaja.

4) HUKUM WANITA MENJADI WAKIL RAKYAT DALAM PARLIMEN

Doktor Ali Jum`Ah (Mufti Kerajaan Mesir) ada menyebut di dalam kitabnya “Fatawa `Asriah” bahawa harus bagi seseorang wanita menjadi wakil rakyat selagi mana ianya boleh membahagikan waktu dan tanggungjawabnya dengan baik antara tugas ahli parlimen dan seorang isteri terhadap suami dan anak-anaknya, itupun sekiranya ada dan selagi mana ianya boleh mengelak daripada musafir, tabarruj,dan khalwat yang tidak syar`ie.

Pendapat ini di kuatkan lagi dengan peristiwa bagaimana Nabi Muhammad SAW meminta pandangan dan nasihat dari isterinya Ummu Salamah dalam peristiwa Sulhu Hudaibiah ketika sahabat-sahabat nabi S.A.W yang kecewa kerana tidak boleh menunaikan umrah pada tahun tersebut. Ini menunjukkan begitu besar peranan wanita dalam memberikan pendapat di situasi tersebut.

Peristiwa yang kedua, bagaimana peranan yang dimainkan oleh Sayyidatina A’isyah ketika pertelingkahan yang berlaku antara Sayyidina Ali Dan Sayyidina Muawwiyah. Dan beliau juga salah seorang yang yang bergiat aktif memeberikan pandangan dan turut serta di dalam peperangan Sifin tersebut.

** Sekiranya wanita boleh terbabit dalam bidang politik dan di haruskan menjadi sebagai ahli parlimen, maka lebih utama hukum keharusan itu diberikan kepada wanita untuk menjadi pengerusi malis. Ini kerana apabila menjadi wakil rakyat, beliau mestilah sentiasa berada di pentas rakyat dalam mengutarakan pandangan, masalah, bantahan dan sebagainya. Dalam masa yang sama keterlibatan beliau bersama ahli parlimen lelaki dan kebersamaannya bersama rakyat yang dipimpin olehnya juga memerlukan kepada kekerapan beliau untuk berada disituasi tersebut. Bahkan semasa menjadi calon pun, sudah semestinya beliau melobi dirinya sendiri untuk memenangi di dalam pilihan raya dihadapan rakyat yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Maka, menjadi seorang pengerusi majlis di kalangan perempuan di dalam sesebuah majlis yang disertai oleh lelaki tidaklah menjadi isu yang besar jika di bandingkan dengan ahli parlimen yang lebih besar peranannya.

KESIMPULAN

Hasil perbincangan diatas, kita boleh simpulkan bahawasanya, hukum bagi seseorang wanita menjadi pengerusi majlis dalam majlis yang disertai oleh lelaki dibolehkan berdasarkan hasil perbincangan tadi . Walaubagaimanapun, keharusan ini bukanlah secara mutlak bahkan perlu kepada garis panduannya seperti berikut :

1. Hendaklah perempuan dan lelaki saling menjaga pandangan mereka. Dalam erti kata, tidak melihat aurat dengan pandangan syahwat, tidak memandang lama tanpa tujuan yang baik. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakalah kepada kaum lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya. Demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kehormatannya”. (Surah an-Nur: Ayat 30 dan 31)

2. Hendaklah mereka sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat. Menurut jumhur ulamak maksud aurat wanita di luar solat ialah :

Menutup seluruh anggota badan kecuali yang zahir iaitu muka dan tapak tangan.
Pakaian yang tidak jarang dan nipis sehingga menampakkan warna tubuh dan kulit.
Pakaian yang longgar dan tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir sahaja. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada. (Surah an-Nur: Ayat 31)

3. Sentiasa menjaga adab sebagai wanita muslimah dalam semua keadaan khasnya ketika berada di dalam majlis.

a. Perkataan

Hendaklah percakapan suaranya baik dan tidak melunakkan suara kepada orang ramai. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada dalam hatinya. (Surah al-Ahzab: Ayat 32)

b. Berjalan dengan sopan dan tidak menarik perhatian.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
(Surah an-Nur: Ayat 31).

4. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang menaikkan syahwat lelaki seperti berlebih-lebihan memakai wangi-wangian, warna pakaian yang menarik perhatian dan sebagainya.

Garis panduan ini diletakkan sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan fitnah yang mungkin terjadi apabila wanita berada dihadapan ketika untuk mempengerusikan majlis. Wallahua’lam.

Disediakan oleh FELO MANHAL PMRAM :

1) Mohamad Sarkawi Bin Mohmad Salleh.
2) Rabiatul Adawiyah Syamsudin

Saturday, January 29, 2011

Menuntun Tarbiyyah


Assalamualaikum wbt....

Kehidupan seorang pejuang atau kini kita lebih gemar mengistilahkannya sebagai mata rantai perjuangan nabi SAW, tidak jelek dengan kalimah ‘tarbiyah’. Dakwah dan tarbiyah sememangnya tidak boleh dipisahkan seolah-olah bagai isi dengan kuku, atau bagai pahat dengan penukul. Namun, adakah dakwah yang kita sampaikan ini kena dengan caranya? Itu yang kita perlu islahkan kerana kadang-kala ada di antara kita, termasuklah diri penulis sendiri hebat dalam berhujah, berdakwah, bersiasah. Mungkin kerana ‘ketaksuban’ diri kita dalam menyampaikan dakwah, sehingga kita terlepas pandang soal tarbiyah diri kita hatta orang disekeliling kita dan menyebabkan madu’ kita semakin lama semakin jauh dari kita. Mungkin kita tidak perasan akan perkara ini, atau mungkin juga ada antara kita yang perasan. Namun, sejauh manakah kita muhasabah kembali atas apa yangb terjadi. Mungkin di sini penulis boleh mengaitkannya dengan masalah tarbiyah diri yang menjadi salah satu puncanya. Ini adalah sekadar pendapat dan pandangan penulis yang sememangnya tidak hebat dalam soal tarbiyah dan masih mempunyai banyak kelemahan dalam jalan dakwahNya. Itu adalah lumrah bagi seorang hamba yang mana kita sedar hanya nabi kita nabi Muhammad SAW yang hebat dalam soal tarbiyyah ini. Namun, sekurang-kurangnya kita punya niat dan usaha ke arah itu. Pada mulanya, penulis sangkakan kita hanya punya 3 jenis tarbiyah sepertimana yang dibentangkan dalam satu kuliah. Namun, Ibnu Qayyim al-Jauziyah (lahir di Damaskus 691H). Hasan bin Ali Hasan al-Hijazy merangkum pemikiran Ibnu Qayyim menggariskan 9 jenis tarbiyah yang mana sebelum ini pelbagai ulama berusaha menyusun kembali manhaj (silibus) tarbiyah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Mungkin di sini terdapat sedikit perkongsian dari http://embundakwah.wordpress.com mengenai 9 jenis tarbiyah dan pelaksanaannya yang digali Ibnu Qayyim rangkuman Dr Hasan al-Hijazy itu.

1. Tarbiyah Imaniyah (mendidik iman)
Ada tiga sarana (wasilah) untuk mendidik iman. Pertama, selalu mentadabburi (mengamati, mempelajari, menghayati) tanda-tanda kekuasaan Allah Dzat Pencipta serta keluasan rahmat dan hikmah perbuatan-Nya. Tadabbur itu bisa dilakukan dengan penglihatan biasa (bashirah), bisa pula dengan penalaran akal sehat, dengan mentadabbur kekuasaan Allah, hasil-hasil ciptaan-Nya, gejala-gejala alam, kesempurnaan penciptaan manusia, juga ayat-ayat al-Qur’an.
Kedua, selalu mengingat kematian yang penuh kepastian.
Ketiga, mendalami fungsi semua jenis ibadah ibadah sebagai salah satu cara mendidik iman. Caranya dengan banyak mengerjakan amal shalih yang sendi utamanya adalah keikhlasan; juga memperbanyak doa dan harapan kepada Allah semata; menghindari riya’ dalam berkata dan bertindak; mencintai firman Allah; berkeyakinan bahwa kelak akan berjumpa langsung dengan Allah; terakhir, melanggengkan rasa syukur dalam keadaan apapun.

2. Tarbiyah Ruhiyah (mendidik ruhani)

Ibnu Qayyim mencatat 7 cara melakukan tarbiyah ruhiyah, yaitu: memperdalam iman kepada hal-hal (ghaib) yang dikabarkan Allah seperti azab kubur, alam barzakh, akhirat, hari perhitungan; memperbanyak dzikir dan shalat; melakukan muhasabah (introspeksi diri) setiap hari sebelum tidur; mentadabburi makhluk Allah yang banyak menyimpan bukti-bukti kekuasaan, ketauhidan, dan kesempurnaan sifat Allah; serta mengagungkan, menghormati, dan mengindahkan seluruh perintah dan larangan Allah.

3. Tarbiyah Fikriyah (mendidik pikiran)
Kegiatan tafakkur (merenung/berkontemplasi) menurut Ibnu Qayyim adalah menyingkap beberapa perkara dan membedakan tingkatannya dalam timbangan kebaikan dan keburukan. Dengan tafakkur, seseorang bisa membedakan antara yang hina dan yang mulia, dan antara yang lebih buruk dari yang buruk. Kata Imam Syafi’i, “Minta tolonglah atas pembicaraanmu dengan diam dan atas analisamu dengan tafakkur.” Ibnu Qayyim mengomentari kalimat itu dengan berkata, “Yang demikian itu dikarenakan tafakkur adalah amalan hati, dan ibadah adalah amalan jawarih (fisik), sedang kedudukan hati itu lebih mulia daripada jawarih, maka amal hati lebih mulia daripada amal jawarih. Di samping itu, tafakkur bisa membawa seseorang kepada keimanan yang tak bisa diraih oleh amal semata.” Sebaik-baik tafakkur adalah saat membaca al-Qur’an, yang akan mengantar manusia kepada ma’rifatullah (mengenal Allah).

4. Tarbiyah ‘Athifiyah (mendidik perasaan)
Naluri (insting), kesedihan, kegembiraan, kemarahan, ketakutan, dan cinta merupakan perasaan-perasaan utama yang selalu mendera manusia. Sedangkan cinta adalah perasaan yang bisa menjadi motivasi paling kuat untuk menggerakkan manusia melakukan apapun. Maka Ibnu Qayyim memberi 11 resep mendudukan perasaan cinta, yaitu: menanamkan perasaan yang kuat bahwa seorang hamba sangat membutuhkan Allah, bukan yang lain; meyakinkan diri sendiri bahwa satu hati yang menjadi milik manusia harus dipenuhi hanya oleh satu cinta; mengokohkan perasaan bahwa pemilik segala sesuatu di dunia ini Allah semata; beribadah kepada Allah dengan nama-namanya Yang Maha Awal, Maha Akhir, Maha Zhahir, dan Maha Bathin demi menumbuhkan rasa fakir (butuh) kepada Allah; bersikap tegas bahwa tak ada yang lebih tinggi dan mulia kedudukannya sesudah Allah; menanamkan ma’rifat tentang betapa banyak nikmat Allah dan betapa banyak kelemahan kita; menanamkan ma’rifat bahwa Allah-lah yang telah menciptakan semua perbuatan hambanya dan telah menanamkan iman di dalam hatinya; menanamkan perasaan butuh pada hidayah Allah dalam setiap detik kehidupannya; serius memanjatkan doa-doa yang meminta pertolongan Allah dalam menghadapi apapun; menanamkan kesadaran penuh akan nikmat dan karunia-Nya yang begitu banyak; serta, menanamkan ilmu bahwa cinta kepada Allah merupakan tuntutan iman.

5. Tarbiyah Khuluqiyah (mendidik akhlaq)
Misi utama Rasulullah di muka bumi untuk menyempurnakan akhlaq manusia. Contoh-contoh utama akhlaq mulia yang diharapkan dari seorang Muslim adalah sabar, syaja’ah (keberanian), al-itsar (mendahulukan kepentingan orang lain), syukur, jujur, dan amanah. Cara mendidikkan aklaq yang mulia itu adalah: pertama, mengosongkan hati dari iktikad dan kecintaan kepada segala hal yang bathil; kedua, mengaktifkan dan menyertakan seseorang dalam perbuatan baik (al-birr); ketiga, melatih dan membiasakan seseorang dalam perbuatan baik itu; keempat, memberi gambaran yang buruk tentang akhlaq tercela; dan kelima, menunjukkan bukti-bukti nyata sebagai buah dari akhlaq yang mulia.

6. Tarbiyah Ijtimaiyah (mendidik bermasyarakat)
Pendidikan kemasyarakatan yang baik adalah yang selalu memperhatikan perasaan orang lain. Seorang Muslim dalam masyarakat tidak dibenarkan menyakiti saudaranya walaupun hanya dengan menebarkan bau yang tidak enak. Bahkan Ibnu Qayyim berpendapat, tidak cukup hanya tidak menyakiti perasaan, seorang Muslim harus mampu membahagiakan dan menyenangkan hati saudara-saudara di sekitarnya.

7. Tarbiyah Iradiyah (mendidik cita-cita)
Tarbiyah iradiyah berfungsi mendidik setiap Muslim untuk memiliki kecintaan terhadap sesuatu yang dicita-citakan, tegar menanggung derita di jalannya, sabar dalam menempuhnya mengingat hasil yang kelak akan diraihnya serta melatih jiwa dengan kesungguhan dalam beramal. Tanda-tanda iradah yang sehat adalah kegelisahan hati dalam mencari keridhaan Allah dan persiapan untuk bertemu dengan-Nya. Seseorang yang iradah-nya sehat juga akan bersedih karena menghabiskan waktu untuk sesuatu yang tidak diridhai Allah. Sedangkan iradah yang rusak akan lahir dalam bentuk penyakit ilmu, pengetahuan, dan keahlian yang berlawanan dengan syari’ah Allah.

8. Tarbiyah Badaniyah (mendidik jasmani)
Seorang Muslim harus secara terprogram memperhatikan unsur badan, menjaganya dan memenuhi hak-haknya secara sempurna. Perhatian yang demikian akan mengantarkan seseorang pada ketaatan penuh dan kesempurnaan dalam menjalankan semua yang diwajibkan Allah kepadanya. Tarbiyah badaniyah ini meliputi: pembinaan badan di waktu sehat; pengobatan di waktu sakit; pemenuhan kebutuhan gizi; serta olah raga (tarbiyah riyadhah).

9. Tarbiyah Jinsiyah (pendidikan seks)
Insting seks merupakan sesuatu yang diciptakan Allah, yang segera diwadahi oleh satu-satunya lembaga halal yaitu pernikahan. Faedah dari seks (jima’) menurut Ibnu Qayyim adalah: pertama, menjaga dan melestarikan kehidupan manusia; kedua, mengeluarkan sperma yang jika tertimbun terlalu lama dalam tubuh akan membahayakan kesehatan manusia; dan ketiga, wasilah untuk memenuhi hajat seksual dan untuk meraih kenikmatan batin dan biologis.
Tarbiyah jinsiyah bisa dilakukan dengan cara-cara sebagai berikut: memperbanyak pembicaraan tentang bahaya-bahaya zina dan berbagai kerusakan yang ditumbulkannya, termasuk ancaman terhadap dosa zina; menyebarluaskan peringatan dan penjelasan tentang bahaya serta kerusakan-kerusakan yang ditimbulkan perilaku homoseksual; menjadikan kebiasaan untuk membatasi pandangan mata sebagai kebudayaan di tengah masyarakat; tidak berkata-kata maupun melangkahkan kaki kecuali kepada hal-hal yang pasti mendapat pahala dari Allah; menyatakan perang terhadap semua bentuk nafsu dan keinginan yang buruk; meniadakan waktu yang kosong; memperbanyak ibadah sunnah; melarang anak-anak bergaul dengan teman yang buruk akhlaqnya; melarang anak-anak dengan keras untuk mendekati khamr (minuman keras); serta melindungi anak dari penyimpangan fitrah kelaminnya.


Semoga dengan apa yang kita dapat ini, dapat kita counter semula madu'-madu' yang semakin jauh dari kita supaya kita tidak dikatakan orang yang menambahkan bilangan golongan yang mutasaqitun fi tariqiddakwah..insyaAllah.

wallahua'lam..

Thursday, January 20, 2011

~Tulang Kita, bersedekah?~


Assalamualaikum wbt...

Sedikit perkongsian dari usrah yang baru.
Bidang biologi yang sudah lama ditinggalkan, di'refresh' kembali oleh seorang naqibah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya jiwa ini tidak gersang dengan kesibukan dunia semata-mata.
Jika semasa mengambil subjek biologi dulu, kita tidak ditekankan penerapan al-quran dan hadis dalam ilmu sains, namun kini ianya amat penting untuk kita lihat kembali bahawa sains dengan islam sangat berkait rapat supaya golongan barat tidak mengambil kesempatan dengan teori-teori diorang yang banyak diputarbelitkan.

Manusia bersedekah dengan tulangnya??bagaimana??pernahkah kita tahu berapa jumlah tulang kita..? ada kata 240, ada juga yang kata 360, dan 265..? mana satu..?
masyaAllah, kita sendiri terlupa dengan ciptaanNYA, padahal ianya sangat hampir dengan kita. itulah, ilmu fil kutub, laisa fissudur barangkali...

Dari hadis ke 26, dalam kitab hadis 40..

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari;engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalahsedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

~Hadis Arbain Imam Nawawi~

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.

(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.

(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.


Apakah yang dikatakan, "Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan."


>>>> "Tiap-tiap ruas tulang anak adam itu ada sedekahnya setiap harinya"
(HR Bukhari, Muslim)

Seorang doktor ahli bedah yang berfungsi juga sebagai staf pengajar anatomi di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta menemukan fenomena wudhu yang sangat berkaitan dengan anatomi tubuh manusia khususnya tulang. Bertahun-tahun mendalami ilmu bedah dan anatomi, akhirnya doktor tersebut menyimpulkan bahwa jumlah bilangan ruas tulang yang kita basuh setiap kali berwudhu sama dengan jumlah keseluruhan tulang manusia dan sama dengan jumlah bilangan hari dalam 1 tahun hijriah.

Kebanyakan manusia tidak pernah memperhatikan jumlah tulangnya sendiri, bahkan seorang doktor sekalipun. Menurut ilmu anatomi, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 ruas (Henry Netter, 1906). Akan tetapi secara embriologis, pusat penulangan semasa kehidupan janin dalam kandungan adalah sekitar 350-an pusat penulangan (Leslie Brainerd Arey, 1934), yang kemudian banyak pusat-pusat penulangan yang menyatu, membentuk satu tulang dewasa. Bilangan pusat penulangan itu ternyata dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun.

Dalam kaitannya dengan kaedah harian wudhu, pembasuhan anggota wudhu kebanyakan sebanyak 3 kali, dan ada yang 1 kali (membasuh kepala dan telinga).

Cuba kita perhatikan jumlah penyusunan tulang pada bahagian-bahagian tubuh yang dibasuh pada saat berwudhu;

a.Lengan dan tangan: 30 batang tulang yang terdiri ;
1 buah tulang lengan atas
2 buah tulang lengan bawah
8 buah tulang pergelangan tangan
19 buah tulang telapak dan jari-jari

b.Tungkai dan kaki (31 batang)
2 tungkai bawah
8 buah tulang pergelangan kaki
21 buah tulang telapak dan jari-jari

c.Wajah (12 batang)
1 buah tulang dahi
1 buah tulang baji
1 buah rahang atas
1 buah rahang bawah
1 buah tulang air mata
1 buah tulang pelipis
2 buah tulang hidung
2 buah tulang pipi

d.Rongga mulut dan hidung (41 batang)
32 gigi geligi
1 buah tulang langit-langit
1 buah rahang
7 buah sekat dan karang hidung

e.Kepala dan telinga (12 batang)
2 buah tulang pelipis
2 buah tulang ubun-ubun
1 buah tulang
1 buah tulang baji
1 buah tulang dahi
1 buah tulang belakang kepala
6 buah tulang pendengaran

Bahagian tubuh dari poin a-d dijumlahkan


30+31+12+41= 114.


Angka tersebut dikalikan 3 oleh karena ketika berwudhu, dilakukan pembasuhan sebanyak 3 kali, menjadi

114x3= 342.

Poin e tidak dikalikan 3 karena saat wudhu, kepala dan telinga dibasuh hanya 1 kali. Angka 342 dijumlahkan dengan 12 didapatkan angka 354.

Angka ini sama dengan jumlah seluruh jumlah hari dalam 1 tahun hijriah, sekaligus sama dengan jumlah seluruh tulang manusia.

Dengan demikian membasuh anggota tubuh disaat berwudhu seakan-akan sudah membasuh seluruh tubuh.
Apakah ini suatu kebetulan??

Thursday, January 13, 2011

Rentetan 1.1.11-11.1.11






Assalamualaikum wbt...

11/1/11

Kuala Lumpur: Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "Persaudaraan bawah semangat patriotisme".

Presiden Solidariti Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, program ini antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiswa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan, katanya smabil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akna dipohon bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dala satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)-penganjur bersama-Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula jam 8.30 pagi itu juga bertujuan mmberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menunjukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan jalur Gemilang, 'pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11(1 Januari 2011)..



*ini adalah peristiwa 1/1/11..penulis berkesempatan bersama-sama ke sana untuk mencari sedikit pengalaman dan bertemu dengan sahabat-sahabat pimpinan kampus yang lain. terasa kebangkitan anak muda sekarang. walaupun ada setengah pihak mengaitkannya sesuatu yang sia-sia.insyaAllah kita ambil di sudut yang positif, maka natijah nya juga adalah yang positif..



2/1/11

Mesyuarat Rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa Kali ke-2..
Bertempat di Bilik Mesyuarat HEP, jam 8.00 malam.


3/1/11

Perjumpaan Majlis Tertinggi MPM bersama dengan wakil pimpinan kolej Kediaman (JAKSA) & Biro Kediaman & Penempatan Luar (BKPL)..
Agenda : Membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan masalah penempatan penghuni asrama dan masalah-masalah yang sewaktu dengannya..selain memaklumkan secara terbuka mengenai Himpunan Mahasiswa 11/1/11 nanti dan mohon pandangan mereka bersama.

*Jutaan terima kasih kepada JAKSA yang terlibat dalam bekerjasama dengan pimpinan MPM.


4/1/11

Perjumpaan Majlis Tertinggi MPM 10/11 bersama penghuni kediaman al-faraby..Terlalu banyak masalah yang diadukan..Alhamdulillah, sambutan dan kerjasama yang memuaskan..





5/1/11

Mesyuarat Majlis Presiden..
Dibawah portfolio Naib Presiden 2, Ust. Firdaus Bakar..
Perjumpaan bersama wakil pimpinan kelab-kelab dan persatuan-persatuan di KUIN.


7-9/1/11

Berlangsungnya Sukan Mahabbah (SUKMA) & Majlis Pelancaran MPM sesi 2010/2011..

* syukran jazilan kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak lansung sepanjang acara berlangsung.. InsyaAllah, moge2 kepenatan ini dibayar olehNYA dengan sesuatu yang lebih berharga.

7hb- kehilangan sebutir mutiara di INSANIAH, Dr. Said pensyarah kuliyyah usuluddin yang telah kembali ke rahmatullah..

9hb- menerima satu khabar berita yang agak menyedihkan apabila ayah kepada seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah juga. insyaAllah, moga2 mereka ini ditempatkan dikalangan solihin...ameen.


10/1/11

Munajat & solat hajat, memohon keberkatan dariNYA agar dilancarkan perjalanan himpunan keesokan harinya..


11/1/11

-Himpunan Mega Mahasiswa INSANIAH 2011-

Pelbagai reaksi dan respon yang diterima sejurus tamat himpunan ini.. Ada yang respon positif, tidak terlepas juga pihak yang mengkritik dengan usaha ini. Terpulang kepada individu yang cerdik akalnya itu untuk menilainya. unuk memuaskan hati semua pihak sememangnya agak mustahil bagi hambaNYA yang saaangat lemah. Cuba lakukan yang terbaik, namun mereka disalah tanggapkan oleh segelintir pihak. InsyaAllah, moga kesabaran sentiasa bersama mereka. Rasanya tidak perlu dijelaskan sejelas-jelasnya apa hadaf sebenar perhimpunan ini, jika ada pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh kemukan ke mana-mana exco tertinggi organisasi berkenaan. Sememangnya pihak media banyak yang mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Ini semua telah mereka fikirkan..
Contohnya yang mengatakan kita berdemostrasi..walhal kita mengadakan himpunan keluarga INSANIAH..

contohnya berita ini.:

ALOR SETAR - Kira-kira 3,000 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi di dewan utama kolej semalam selepas tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran yang didakwa mengabaikan keselesaan dan kebajikan mereka.

Demonstrasi sempena majlis Himpunan Mega Mahasiswa itu diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin, Mohd. Faiz Arshad.

Pada demonstrasi aman itu, pelajar melaungkan 'hidup mahasiswa, hancur kezaliman' sambil memegang sepanduk 'kami sayang insaniah, insaniah sayang kami?' selain sepanduk yang menunjukkan gambar mi segera dengan perkataan 'ini saja yang mampu kami jamah'.

Sebanyak 28 masalah diutarakan seperti kenaikan yuran pengajian, kemudahan pembelajaran tidak mencukupi, tandas kotor dan rosak, terpaksa belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan.

Namun, Alhamdulillah, pihak MB sendiri menyokong tindakan yang mereka semua lakukan..


ALOR SETAR, 12 Januari – “Saya cukup gembira dengan tunjuk perasaan itu dan saya nak latih mereka untuk bercakap dan saya juga berterima kasih kepada mereka”.

Itulah penjelasan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai tunjuk perasaan secara aman yang dilakukan oleh 2,000 penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini semalam.

Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan Kerajaan Negeri memahami pendirian mereka kerana kampus baru KUIN sedang dibina di Kuala Ketil.

“Saya tahu kebocoran berlaku di sana sini kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi di mana perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur di KUIN diambil daripada wang pembayaran pengurusan penuntut KUIN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini.

Menteri Besar menegaskan, penuntut-penuntut KUIN adalah terdiri daripada penuntut yang paling hebat dan beliau turut meminta pihak KUIN menyemak semula yuran yang dikenakan ke atas penuntut KUIN.

“Setiap seorang penuntut KUIN turut menerima elaun poket sebanyak RM1,150 dan satu semester, mereka menerima sebanyak RM1,000,” ujarnya.

Semalam, lebih 2,000 penuntut KUIN di sini mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pentadbiran kolej yang dimiliki Kerajaan Negeri menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan pelajar.

Demonstrasi bersempena Himpunan Mega Mahasiswa itu diadakan bagi menuntut pelbagai isu berkaitan yang dikatakan menghimpit penuntut sebelum ini.

Perhimpunan itu dihadiri Rektor KUIN, Dato’ Dr. Jamil Osman dan Timbalan Rektor KUIN, Prof. Dr. Zakaria Man.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 12 Januari 2011 16:36)


.:::.Biasalah sesuatu yang kita lakukan itu, ada Pro & kontra nya.. ape yang penting, kita cuba melakukan yang erbaik untuk pihak-pihak yang menjadi majoriti datang kepada kita selain menjadi lebih bijak & profesional terhadap sesuatu perkara, insyaAllah, doa mereka untuk melihat kita GAGAL dalam pelajaran & kehidupan, kita serahkan semua urusan tersebut pada DIA yang selayaknya dalam urusan tersebut.

-kredit kpd ; asyrafbaharudin.blogspot.com coz copy pic dari blog dye (not all, but some person.).

wallahua'lam...