Followers

Tuesday, November 16, 2010

KISAHKASIH PENGORBANAN


Assalamualaikum…wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan eidul adha yang menjelang tiba, serta tidak lupa juga salam dan selawat buat kekasih Nabi Muhammad s.a.w..Moge2 syafaat beginda masih lagi terbuka buat umatnya yang lemah ini.

Menyebut tentang kisah Qurban, kita sekali lagi diimbaskan kembali peristiwa nabi Allah Ibrahim dan nabi Allah Ismail..Bermulanya peristiwa inilah menjadi titik tolak berlakunya sambutan eidul adha yang diraikan setiap tahun.

Korban,… Sacrifice..,Tadhiyyah…semuanya membawa maksud yang sama..Perkataan adha itu sendiri , masdarnya ialah tadhiyyah, yg membawa makna korban.Jadi eidul adha, adalah hari raya korban yang diraikan untuk mengingati kisah kasih pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya..Sebenarnya ramai antara kita yang ma’aruf tentang ini, Cuma ingatan kembali..

Apa yang menarik untuk dikongsikan tentang kisah Qurban adalah ta’arif nya yang subjektif itu, membawa kepada kepelbagaian makna yang mengikut sesuatu keadaan…

Di zaman nabi Allah Ibrahim, pengorabanan yang dilakukan dalam sedemikian rupa, mengorbankan kasih seorang bapa terhadap anaknya demi tuntutan Ilahi. Jika mentaliti tersebut yang masih kita gunakan sehingga ke hari ini, alamatnya ramai di antara kita yang akan mengambil kesempatan, penyelewengan akan berlaku, anak2 pula akan sentiasa takut akan bapanya.Maka kepincangan dalam dunia Islam semakin berleluasa, Islam semakin dianggap sebagai pengganas oleh musuhnya. Nah!, banyak makna yang boleh kita taarifkan dari perkataan Korban itu sendiri. Berkorban demi cinta, korban harta, keluarga dan masa. As-syahid Imam Hassan Al-Banna(al-fatihah), ada menggariskan salah satu rukun akad yang perlu dipelihara oleh individu muslim yang ingin bergerak dalam amal Islami, salah satu rukunnya ialah Al-tadhiyyah(Pengorbanan)..Beliau telah mentakrifkan pengorbanan itu sebagai mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai sesuatu matlamat.Apa yang beliau katakan adalah, tiada jihad di dunia ini tanpa pengorbanan, dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah kita bahkan ada ganjaran besar dan pahalanya.dan bagi sesiapa yang enggan berkorban bersama kami(Islam), mereka telah berdosa (nauzubillah..).

Semua ini ada termaktub dalam firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu dan aknak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-iateri kamu (atau suami2)kamu dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yg kamu ushakan, dan bimbang akan perniagaan kamu yg merosot, tempat tinggal yg kamu sukai,jika semuanya itu menjadi perkara2 yg kamu cintai lebih daripada Allah & Rasulnya & drpd berjihad utk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNYA (azab seksaNya)…” (surah Attaubah:24)…

Sebenarnya, inilah yang amat membimbangkan kita pada hari ini. Kadang-kadang pabila kita baru diuji dengan sedikit kemewahan dan kesenangan kita mudah alpa, dan lupa. Lupa akan pengorbanan yang sepatutnya perlu dilakukan untuk Islam. Apa yang kita tahu, berkorban harta untuk sesuatu yang tidak sepatutnya, berkorban wang ringgit untuk kekasih hati,sanggup beli itu ini demi orang yang ‘tersayang’ katanya, berkorban masa untuk bersembang dengan rakan-rakan di facebook atau chatting, hingga mengabaikan tanggung jawab seorg hamba bahkan juga ada yang berkorban masa dan wang ringgit sehingga mengabaikan tanggungjawab seorang isteri dan ibu seperti yang banyak dilaporkan di akhbar kini.. Mungkin itukah ‘pengorbanan’ yang dimanifestasikan oleh masyarakat kita kini ..!??

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa,

itulah kasih mesera, sejati dan mulia…

(baiyt2 lagu P.Ramlee)

Semuanya terpulang kepada individu sendiri apa takrifan ‘Korban’ yang ingin disampaikan..Cuma ingatan bersama, moga-moga segala jua bentuk pengorbanan yang kita lakukan, manfaatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk Islam kerana mati di jalan Allah adalah harapan kita yang paaaaaling murni, insyaAllah ..

-“SALAM EIDUL ADHA 1431H”-

Wallahua’lam…

Nukilan;

-annisa-(^_^)





0 comments:

Post a Comment