Followers

Saturday, November 13, 2010

Banjir@Kedah

Assalamualailum wbt...

Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kepadaNYA.Banjir yang melanda di utara tanah air sudah mula menunjukkan dalam keadaan baik. Banyak iktibar yang dapat diambil atas apa yang berlaku..Semua ini tidak lain tidak bukan adalah inzar dari DIA kepada hambanya. Peristiwa Merapi di YogYakarta, banjir di Malaysia dan tsunami kecil di kepulauan sumatera..Itu semua menunjukkan yang Dia masih lagi sayang pada hambanya. Penulis diberi peluang olehNYA untuk bersama-sama dengan krew Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan membantu mangsa2 banjir di SMK Hutan Kampung, Langgar Kedah yang menempatkan 3000 org mangsa banjir. Walaupun hanya sehari ditugaskan untuk memasak hidangan untuk para mangsa, cukup membuatkan rasa terharu dengan apa yang dihadapi mereka. Kepenatan ini xseberapa mana berbanding dgn sahabat2 yang hampir 5 hari bertungkus lumus bertugas dan bersama2 mangsa banjir yang datang dari pelbagai latar belakang & pelbagai ragam yg perlu dilayan kadang2.

Serba sedikit suasana banjir@hutankampung, Kedah...




Bangun!!!Bangun!!masak..!!!
Jam 3 pagi sudah bangun untuk masak nasi goreng dalam keadaan yg gelap gelita hanya bertemankan lampu kereta..=(


Macamane??advance x...

1st time merasai bah..org perlis kata BAH..org Kedah panggil..BANJIAQ!!=)


Beratur..menunggu giliran ambil makanan..Bagus,bagus makcik2 nie.ikut arahan.

Puteri Syafinaz turun padang melawat mangsa banjir..


Sayonara Alor Star!!Ontheway back 2 Johor....=(




Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


p/s : moge2 kita dapat bersama mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku..Kadang-kadang ada yang dah biasa hidup dalam sedikit kemewahan, akan merungut bila diuji..Ingatan bersama...
wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment