Followers

Friday, November 26, 2010

Assalamualaikum wbt.......

Petikan akhbar Sinar Harian, 26 November 2010 (m/s U29)
Oleh wartawan : Suniza Nan Yan

Padang Terap - Perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti INSANIAH bagi penggal 2010/2011 memerlukan perancangan dan strategi yang kreatif untuk berdamping dengan mahasiswa bagi memastikan keterampilan mahasiswa yang cemerlang.

Dekan Kuliyyah Muamalat KUIN, Prof.Dr.Wan Sulaiman Wan Yusof berkata, barisan kepimpinan MPM memerlukan keazaman yang tinggi dengan berlandaskan tiga aspek penting iaitu, keyakinan, perkongsian bersama, dan nilai tanggungjawab.

Menurutnya,walaupun baru dilantik menerajui MPM, perwakilan perlu ada sikap amanah dan azam yang tinggi untuk menggerakkan setiap perancangan dan program untuk mahasiswa KUIN.

"MPM perlu yakin dengan setiap perancangan yang dibuat di institusikerana ia bakal menentukan keberhasilan objektif dan sasaran yang diletakkan dalam setiap aktiviti yang dibuat, " katanya pada Majlis Penutup Kursus Induksi MPM KUIN di sini kelmarin.
Katanya,sebagai kepimpinan baru, pelbagai cabaran yang akan dilalui dalam setiap apa yang dirancang, sekaligus aspek itu memerlukan penekanan kepada tigaaspek yang harus dipegang dalam setiap perancangan yang bakal dijalankan.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 30 orang mahasiswa terdiri daripada kepimpinan MPM KUIN menjalani kursus selama tiga hari selepas mereka dilantik menerajui MPM pada 10 Oktober 2010 yang lalu.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Nurul Nazuha Hazizan berkata, barisan kepimpinan dalam masa yang sama berhadapan denagn peluang, cabaran dan halangan dalam menggerakkan setiap perancangan namun tiga persoalan itu harus ditangani dengan bijak.

Menurutnya, komunikasi yang bijak adalah salah satu cara untuk mendekatkan MPM dengan mahasiswa lain dengan cara menangani masalah yang berbangkit dengan matang.

"Gunakan pendekatan ilmu untuk menarik minat pelajar lain menyertai setiap aktivti yang diatur, katanya.



Sekian, berita disunting dari akhbar Sinar Harian, 26November.


Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment