Followers

Sunday, September 26, 2010

Perjuangan Yang Tamat Pada Zahirnya

Assalamualaikum wbt....

Salam Syawal 1431H..

Alhamdulillah, berakhir sudah arena kepimpinan juga perjuangan exco-exco Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) 09/10 pada 20hb september 2010 yang lepas. Begitu juga perjuangan dalam Biro Akademik untuk sesi ini. Walaupun tiada majlis yang istimewa diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya, ia tidak meruntunkan hati kami. Perkara itu hanya satu gula-gula dalam perjuangan sahaja. InsyaAllah, kami mendoakan agar kita bakal melihat satu kepimpinan baru Biro Akademik yang dapat meneruskan perjuangan kami. Walaupun tidaklah seberapa mana yang kami mampu lakukan dan tinggalkan untuk sahabat2 Insaniah, moge2 ada sedikit yang mampu kami sumbangkan. Sekurang-kurangnya batu asas yang kami tapakkan mampu diukir dan digilap lagi oleh kepimpinan yang akan datang dengan lebih baik lagi supaya ianya tidak terkubur begitu sahaja. Sentiasa mengingatkan diri serta sahabat-sahabat, perjuangan ini hanya tamat pada zahirnya sahaja. Seperti kata Pengarah HEP pada malam dan jamuan akhir sesama sahabat exco, perjuangan ini harus diteruskan dan kita tidak boleh berhenti dan lari dari perjuangan. Ia ibarat mata rantai perjuangan Rasulullah.Jika putus satu mata rantai itu, susah untuk kita menyambungnya kembali. Tidak bermakna, apabila tamatnya kita dalam satu organisasi itu, perjuangan kita sudah tamat. Tidak! Banyak lagi platform yang ada untuk kita terus bergiat dalam perjuangan. Bergerak dalam organisasi, memungkinkan kita untuk kuat dalam perjuangan.

Perjuangan atau jihad tidak semestinya dengan mata pedang. Menuntut ilmu juga satu perjuangan. Ini adalah ingatan untuk diri ana khususnya, akan kepentingan dalam menuntut ilmu kerana sudah banyak ketinggalan dalam bab akademik ini. Sibuk dengan akademik orang lain, akademik sendiri dipandang enteng. Nauzubillah dari fitnah masyarakat mahasiswa. Alhamdulliah, ayat Allah dalam surah At-Taubah ayat 122 yang baru dipelajari dalam madah Fikh Kitab mengingatkan ana kembali akan makna perjuangan itu sendiri.Firman Allah taala: “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.”(At-Taubah:122)..Moge2 kita bukan sahaja semangat dalam berorganisasi, namun harus juga semangat dalam menuntut ilmu dan tafaqquh fid din supaya para ilmuan Islam kini tidak dipandang serong oleh masyrakat kafirun.

Maaf atas segalanya..
Wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment