Followers

Tuesday, September 7, 2010

..::Bakal Berakhir Jua::..

Bismillahirrahmanirrahim.........

Assalamualaikum wbt..


Semuanya bakal berakhir tidak berapa lama lagi..
tinggal beberapa jam juga tinggal beberapa hari sahaja lagi..

Kenikmatan beramal ibadat di bulan ramadhan bakal tiba ke penghujungnya..
ufuk syawal 1431H dah mula menjengah-jengah..semuanya itu akan dirasai oleh semua umat Islam di seantero dunia. Moge kita diberi peluang untuk menikmati Ramadhan 1432H..InsyaAllah..

" Salam Aidifitri Minal Aidil Wal Faizin "

Dalam sdar atau tidak, Setahun sudah diri ini berkecimpung dalam menerajui kepimpinan di INSANIAH..Berada bersama pimpinan-pimpinan MPM 09/10 yang lain, terasa banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip.
Ianya juga bakal berakhir apabila cuti pertengahan semester ini tamat..
Tanggungjawab merupakan satu taklif, dan bukannya tasyrif.
Berada di barisan exco melalui Biro Akademik (BAKA ), Majlis Perwakilan Mahasiswa, banyak mengajar diri ini supaya bersedia untuk memimpin satu hari nanti.suka duka bersama keluarga BAKA, mengajar diri untuk faham dengan kondisi hidup berpesatuan.
Terasa banyak kelemahan diri yang masih perlu di baiki..Sumbangan.??Itu penilaian semua mahasiswa mengenai sumbangan apa yang telah BAKA sumbangkan untuk kepimpinan kali ini.Namun, bagi diri ini, walaupun tidak sebesar mana sumbangan yang BAKA dapat berikan, namun,sekurang-kurangnya, BAKA telah dapat menanamkan sedikit benih-benih perubahan yang perlu dibaja lagi oleh kepimpinan MPM yang ke hadapan. Satu tahun, tidak cukup untuk kita lihat 1 perubahan yang cukup ketara. Dengan kondisi mahasiswa yang sudah terbiasa dengan kondisinya. Sememangnya sukar untuk keluarga BAKA membuat satu perubahan yang besar. Benar kata MC Graw Hill dalam bukunya yang menceritakan bagaimana pemimpin yang hebat boleh membuat satu perubahan dengan kadar yang cepat. Ya..memang tidak dapat dinafikan.tapi seharusnya kita sebagai pemimpin harus melihat waqi'nya juga..

Akhir kalam..bersempena dengan 'Eidulfiri yang bakal tiba dan juga pengunduran diri dalam barisan exco MPM 09/10 pada kali ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat-sahabat jua kepada family atas segala kekhilafan diri sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Juga buat keluarga BAKA, jua semua barisan exco MPM 09/10, maaf atas kekurangan diri sepanjang kita menerajui kepimpinan bersama..


" Salam eidulfitri Maaf Zahir & Batin..."

0 comments:

Post a Comment