Followers

Friday, July 23, 2010

Let's Go..!!!!





Assalamualaikum wbt.........


Ayuh seluruh warga Kedah, Alor setar, dan khususnya mahasiswa/wi Insaniah!!
Sama-sama kita memeriahkan Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku Insaniah yang julung-julung kalinya diadakan.
Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 09/10, merupakan perintis bagi program ini yang insyaAllah bakal diteruskan oleh pimpinan yang akan datang.



Terdapat banyak aktiviti dan pengisian yang menarik yang bakal diadakan.
Selepas hampir sebulan lebih berhempas pulas dan mengerah tenaga sahabat-sahabat terutamanya sahabat exco BAKA, natijahnya akan kita lihat seminggu ini. Moga2 apa yang kita usahakan, bernilai di sisi Allah swt. Secara individunya, apa yang ana harapkan adalah objektif dan matlamat asal kita tidak lari dek kepentingan-kepentingan peribadi yang terselit dalam apa jua yang kita inginkan. Namun, jika kepentingan tersebut adalah untuk sesebuah organisasi, tiada salahnya, cuma cara atau method kita perlulah kena pada waqi'nya. Kita tidak boleh lari dari konsep bekersamaan dalam bergerak kerja. Sentiasa mengingatkan diri sendiri yang telah banyak menyusahkan dan mengecewakan mana-mana individu yang telah atau sedang bekerja bersama-sama .
Jadi, apa tunggu lagi sahabat-sahabat semua! ajak sahabat handai, keluarga, tok wan2 dan jiran tetangga bagi memeriahkan program ini. sesuai untuk semua lapisan masyarakat!!
Jangan ketinggalan..Haiya ma'a na...



Nantikan Novel 1st MPM, yang dikarang oleh KAMI...
Pada 27hb Julai 2010, jam 9.00 malam.
Bagaimana KITA merealisasikannya,...Jom Kita Serbu!!


"Pelancaran Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku Insaniah 2010"
25 JULAI 2010 (Ahad), Jam 9.00 malam

Wallahua'alam..

0 comments:

Post a Comment