Followers

Wednesday, July 21, 2010

KaLaM kHaFiF

Assalamualaikum...wbt.

Sejam...Sehari....Seminggu.....Sebulan....Ya!!!Hampir sebulan kuliyyah dibuka. Baru berkesempatan untuk mengucapkan Ahlan Wa sahlan kepada sahabat2 yang memulakan semester baru. Pelbagai cerita suka dan duka yang tempias ke gegendang telinga. Ada yang result naik, ada yang result jatuh, ada yang sudah bertunang, dan tidak kurang juga, ada yang sudah berumah tangga. Ala kulli hal, kita cuba berlapang dalam setiap perkara. Masalah-masalah yang terdapat di awal pembukaan semester, alhamdulillah, selamat diselesaikan. Asif kepada mana-mana individu yang datang berjumpa kami, tetapi masalahnya masih tidak dapat diselesaikan di peringkat kami.

Dalam kekalutan menggerakkan gerak kerja, kadang2 kita terlupa akan tanggungjawab yang sebenar. Namun, bersyukur kerana masih ada lagi insan-insan yang banyak menegur dan meningatkan diri yang sentiasa leka dan lalai dengan urusan dunia.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang sebulan ni...sekadar berkongsi. Teruja sangat dapat masuk semula ke kuliyyah. Berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sekian lama menyepikan diri, jumpa pensyarah baru, dan yang seronoknya, duduk dalam group yang baru coz dapat jumpa dan belajar semula dengan sahabat-sahabat yang berpisah dengan kita selepas di tahun 1 dahulu. Alhamdulillah, di tahun 3 ni, Allah pertemukan semula 'jodoh' kami. Gembira juga melihat sahabat-sahabat bersemangat untuk menjayakan projek bagi subjek pengajian Malaysia. Rasa bersalah pada mereka coz tidak dapat menyumbangkan tenaga kerja. Setakat dapat sumbangkan idea, apalah sangat..Mujur sahabat-sahabat faham..Hmm..FAHAM.!Konsep yang sememangnya perlu ada dalam setiap organisasi dan apa jua gerak kerja.

Berkaitan pentaklifan di dalam biro akademik..Perkara yang amat membimbangkan sebelum semester dibuka, adalah, apakah result sahabat-sahabat perjuangan dapat? Adakah statistik menurun?Mendengar maklumat dari pihak atau sumber yang boleh juga dipercayai, memang agak melemahkan semangat ni. Namun, atas dasar tidak mahu mendengar dari sebelah pihak sahaja, rasa terpanggil membuat siasatan untuk mendapatkan kepastian. Alhamdulillah, maklumat yang disampaikan itu tidak benar. rasa bersemangat semula. Namun perasaan bersalah tetap menyelubungi diri apabila meihat sahabat- sahabat yang terpaksa mengambil peperiksaan ulangan, natijah al-quran yang turun dan masalah dari kuliyyah bahasa arab yang membuat transfomasi secara mengejut yang kesannya pada student2 kuliyyah tersebut, termasuk sahabat baik sendiri. Mesyuarat pertama di semester yang baru, penuh dengan semangat apabila pengerusi teruja untuk melakukan satu anjakan atau transformasi. Menyokong penuh dengan idea tersebut, lantas banyak perkara perlu diteliti dan disusun kembali. Banyak masalah yang tenggelam timbul, sentiasa bermohon kepada Dia agar tiada rasa ingin futhur terdetik di hati. Moga2 diri ini dapat melakukan yang lebih terbaik untuk kemaslahatan semua sahabat dan Islam umumnya.

Suka dan Duka...Pengalaman pertama, accident.alhamdulillah tiada ape yang perlu dibimbangkan. Bak kata orang, pertama kali naik motor, memangnya begitu.Tapi kasihan kat pak cik Karim,walaupun salah dia, tapi rasa bersalah tetap ada..Mujur sama-sama masih bernyawa lagi. Ujian dari Allah..PJJ 9401..membuatkan diri fobia seketika..ikut think +ve nye, suka sebab dapat ambil iktibar supaya berhati-hati di lain hari..Sony Ericson,,Hilang!1st kalut juga dibuatnya. Tapi, boleh cover lagi kekalutan 2..Ikutkan bagus juga, xpening kepala.Kalau ada henset, semua orang cari..Bila maklum kat orang, dyorang yang pakat kalut dan marah lebih-lebih. Apa kena ngan diaorang ni??Ya..ana silap.Kita xboleh fikirkan diri sendiri..Gagah juga mencari,alhamdulillah..ada hamba Allah yang baik hati memulangkannya.Bagaimana caranya..??Semua itu kuasa Dia..

Banyak pentaklifan lain yang perlu ditumpukan...Moge2 Allah tunjukkan diri ini jalan dan permudahkan segala urusan. Kepada mana2 sahabat yang banyak terasa dengan sikap dan tindakan ana mohon maaf. Terlalu banyak perkara yang terlepas pandang. Tarbiyah...satu proses pengislahan diri.

Wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment