Followers

Wednesday, April 14, 2010

Yang mana KITA?


Adapun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang yang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di lautan, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan. Maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga goloongan.

Yang pertama: mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan mereka.

Golongan kedua: mereka terpengaruh dengan kehidupan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi kerana terlambat, tempat duduk sedah habis diduduki orang.

Adapun golongan ketiga inilah yang malang. Sete;ah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, jugak tidak dihiraukan dan berbunyi kali ketiga, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah golongan yang amat malang.
Jadi, renung2kanlah kita adalah tegolong di golongan yang mana, 1,2 atau 3??

0 comments:

Post a Comment