Followers

Wednesday, April 14, 2010

~INDAHNYA DAKWAH~

Assalamualaikum...wbt.

Agak lama Kalam Insani menyepi.Namun, Alhamdulillah atas kudrat yang Allah ta'ala kurniakan di pagi yang penuh kesyahduan, diri digagahkan untuk mencoretkan sesuatu walaupun fatrah imtihan belum lagi berakhir..Dakwah tetap dakwah. Tiada istilah 'No Da'wah during the exam'..Masalah umat harus difikirkan seharian, apakah diri ini sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang da'ie? Apa yang akan dijawab ketika berhadapan denganNYA apabila ditanya "apakah yang telah engkau lakukan apabila melihat kemungkaran di depan mata sendiri?" Sekadar melihat??Itulah jawapan yang kebanyakan dijawab kalangan kita.Ya..diri ini masih kurang ilmu untuk berdakwah. Namun, bilamana kita harus menunggu untuk menggerakkan dakwah apabila kita mahu ilmu ini menggunung? mungkin pada ketika itu, umat Islam sudah ramai yang terleka dan tersesat dari landasan yang sebenar..ayuh sahabat2 kita renung semula apa matlamat dan tujuan sebenar dakwah ini...
INILAH DAKWAH KITA...Dakwah kita adalah untuk seluruh manusia umumnya dan umat Islam secara khusus, menyeru mereka supaya memberikan sepenuh pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan tidak menjadikan sesembahan lain sebagai Tuhan dan Rabb.
Dakwah kita adalah untuk manusia yang mempunyai persediaan untuk menerima Islam sebagai Din dan pegangan hidup, mengikhlaskan keyakinan sebulatnya kepada Allah membersihkan jiwanya daripada segala penyakit nifak dalam setiap amalan, supaya tidak bertentangan dengan Islam. Dakwah kita adalah untuk alam sejagat, menyeru mereka membangkitkan suatu revolusi dan perubahan menyeluruh terhadap sistem pemerintahan kini kerana pemerintahan hari ini dikuasai taghut dan perosak-perosak yang hidup bermaharajalela di permukaan bumi dengan berbagai kemusnahan. Kekuasaan daripada kepimpinan ideologi yang zalim ini mesti dihentikan, diserahkan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, beriman dengan agama yang hak (benar) tiada keinginan kepada kemegahan, kemaharajalelaan dan kemusnahan di muka bumi.

0 comments:

Post a Comment