Followers

Thursday, April 22, 2010

Sabar adalah ketenangan

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci·
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah ·
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) ·
- Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah ·
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Assalamualaikum wbt..

Mengenai kata-kata yang disebutkan di atas tadi, adakah tanda-tanda tersebut ada pada kita.Terlalu sukar rasanya untuk istiqamah sebagai orang yang bijaksana.Kata Tok Guru Nik Aziz dalam karyanya yang bertajuk "Tundukkan Hati", Zuhud:Tanda Bijaksana..Zuhud adalah tanda yang ke-5 yang disebutkan dalam hadis,iaitu orang yang mengutamakan kehidupan akhirat daripada kahidupan dunia.
Namun,di sini ingin berkongsi mengenai tanda bijaksana yang ke-4,iaitu segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.Mengapa kita mudah futhur bila digeletek dengan masalah atau ujian yang kadang-kadang tak sehebat ujian para nabi atau orang di keliling kita..Mungkin tak dinafikan, orang yang menulis ni sama saja.Memang susah untuk mendidik diri dengan sifat sabar ni.Nampak kecil dan mudah..Tapi kalau dah terkena,kenapa susah untuk mengaplikasikannya?Betul maksud hadis.."sabar itu separuh dari iman.."Hanya orang yang benar-benar yakin akan keimanannya,akan sabar apabila diuji.Kenapa aku mudah futhur dalam perjuangan??kenapa aku x sehebat dia bila diuji?Kenapa kak tu nampak tenang je walaupun kerja dia lebih banyak dari aku?Macam mana aku nak jadi sehebat dan lebih baik dari dia?Persoalan...yang sentiasa bermain di fikiran.Ya...SABAR adalah kuncinya..Untuk menjadi hebat,aku perlu didik diri supaya sabar.Sabar untuk berjumpa dengan family yang sekian lama x bersua muka,sabar dengan pentaklifan yang Allah berikan,sabar dengan masalah umat sekarang dan sebagainya.Sememangnya..,jika diri x terdidik dengan sifat sabar ini,mungkin perjuangan hanya tinggal perjuangan,.Kegemilangan Islam yang ingin dilihat dan dibawa hanya tinggal sisa..Tersedar apabila ada sahabat yang cepat menyedarkan.."Kita x boleh cepat mengalah.Tak cuba,mana kita tahu kemampuan kita.Masa ni Allah nak uji kita coz Dia nak lihat tahap kesabaran kita. Orang yang bersabar akan dinaikkan darjatnya.Sebenarnya Allah sayang kpd kita,sebab tu Dia uji kita,coz Dia nak naikkan darjat kita.Jadi,takkan kita nak persiakan kasih Dia tu,yang bukan semua orang dapat??,,Kini,baru sedar kenapa kita di suruh bersabar.Nak dibandingkan ujian yang aku dapat dengan ujian orang lain dan ujian nabi-nabi yang terdahulu,jauh bezanya.Kalau mereka boleh,kenapa tidak aku?Kalau akak tu boleh bersabar,kenapa aku xboleh??Nampak perkara sabar ini remeh,tapi susah hendak diamalkan sebenarnya.

Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:

1 - Maqamat : Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut. Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masingTetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.

2 - Ahwal: Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
4 - Sabar terhadap hawa nafsu

Kesabaran menghadapi ujian dapat memberi ketenangan menerima ujian daripada Allah. Banyak kebaikan terselindung di sebalik sesuatu kejadian. Terimalah itu sebagai qada dan qadar ditentukan oleh Allah.
Individu memiliki iman yang teguh, nescaya tidak rasa keluh kesah menerima ujian Allah. Mereka tenang dan bersabar atas apa yang menimpa. Pada masa yang sama usaha untuk mendapat kebaikan diteruskan tanpa jemu.
Dari situ, Allah memberi balasan yang lebih baik. Bahkan, banyak individu yang bersyukur menyatakan kebaikan diperoleh hasil usaha selepas pernah menerima musibah sebelumnya.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala lebih baik daripada apa dikerjakan oleh mereka.” (Surah an-Nahl, ayat 96).

Orang sabar sentiasa mendekatkan dirinya di sisi Allah. Iman dan takwanya semakin teguh. Hatinya tabah berserah kepada Allah. Dalam hatinya tetap beriktikad dan yakin bahawa apapun yang dialaminya tidak sekali-kali menyebabkan dia menyekutukan Allah.
Individu bersabar tetap memohon pertolongan dan doa kepada Allah, tanpa sedikit berpaling mencari pertolongan kepada lain. Hal demikian tidak sia-sia kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang sabar.

Segala apa terjadi ketentuan daripada Allah. Hamba bertakwa sentiasa melakukan perkara disuruh dan menjauhkan apa dilarang.
Sesungguhnya Allah menggantikan sabar dan takwa dengan pertolongan tidak disangka-sangka. Sesuatu keburukan mungkin berlaku akan digantikan oleh Allah dengan kebaikan atas sifat rahmat-Nya.
Individu yang bersabar menerima setiap kegagalan sebagai satu cabaran untuk berusaha lebih gigih. Individu yang tidak bersabar sesungguhnya menjadi rakan syaitan yang sering mencetuskan kerosakan dengan api kemarahan. Syaitan menggalakkan sikap tidak sabar untuk merosakkan kehidupan manusia.

Semoga kita sama-sama mengapliaksikan sifat sabar dalam kehidupan kita dan moga peroleh rahmat dari kesabaran yang cuba dipupuk..

0 comments:

Post a Comment