Followers

Sunday, February 6, 2011

Jagalah Hati


Assalamualaikum wbt….

Salam mahabbah dan salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA..

Dalam konteksa Islam, hati dipanggil ‘kalbu’ (qalb); yang telah disebut sebanyak 70 kali di dalam al-Quran. Malah, menurut Imam Ghazali bahawa hati merupakan sesuatu yang halus (lathifah) yang berperanan mengatur segala anggota tubuh badan manusia. Dengan kata lain, sebagaimana penjelasan menerusi kitab Ihya’ Ulumuddin (jilid 4); hati bertanggungjawab m’p’luaskan hakikat segala sesuatu dan hasil sesuatu hakikat itu sendiri dalam hati dan beradanya di dalam hati. Justeru, ini m’p’liihatkan betapa pentingnya hati dlm pandangan Islam yang mengajukan manusia sewajarnya meletakkan hati dalam lingkungan yang terkawal rapi. Untuk itu,sebagai m’p’lihatkan kedudukan hati, di sini saya catatkan beberapa kisah yang saya kira boleh dijadikan unsur pengajaran bersama. Walaupun catatan ini sekadar sebahagian kisah sebenar, bagi saya ia meninggalkan implikasi yang besar terhadap kita. Saya menamakan kisah ini sebagai ‘Qalb Alif’, ‘Qalb Ba’, dan ‘Qalb Tha’. Atau dengan kata mudah, Kalbu A, Kalbu B, dan Kalbu C. saya sengaja menggunakan perkataan ‘Qalb’ bagi m’p’lihatkan kedudukan ‘hati’ di tempat yang agung dalam diri manusia. Ayuh kita berkongsi bersama:

Qalb Alif

Dia insane yang baik; di rumah taat kepada ibu bapa; di luar rumah mesra dengan kawan-kawan. Kalau melihatnya luarannya memang dia insan yng menuju ke arah sempurna.

Kata guru sastera agama saya iaitu Dr. Shafie Abu Bakar yang mengajukan ‘teori satera Islam Takmilah’- Insan Kamil yang bertunjangkan akar umbi perkataan ‘Kamla’(kesempurnaan), Jamal (keindahan) dan Jalal (keagungan) akhirnya menjadi ‘Takmilah’ iaitu kesempurnaan. Justeru, saya melihat dengan mata kasar sebagai insan kamil. Tambahan pula lewat persahabatan kami yang mencecah usia lima tahun; saya mempercayainya dalam banyak perkara. Kalau dia menceritakan kisah peribadinya, saya menjadi pendengar setia. Kalau dia mengadu masalahnya, saya dengan tenang mengorbankan masa lapang dengannya.

Bagi saya, keluhuran dan kejujuran dalam ukhwah persahabatan memang tiada tukar gantinya. Lanjutan itu, tanpa disedari sedikit sebanyak saya turut membuka kisah-kisah diri saya untuk pendengarannya. Kata orang, kami bertukar-tukar cerita. Sementalahan, dia amat mengambil berat tentang diri saya. Setiap kali SMSnya akan berbunyi ‘take care dear’ hati saya berkocak bahagia.

Tetapi ada satu perkara amat melukakan hati say; dia tanpa disedari mengkritik saya dibelakang. Aduh! Sahabat, mengapa tidak sahaja berterus terang dengan saya andai ada apa-apa yang tidak menyenangkan? Luhurkah itu? Sedikit pun saya tidak menyangka akhirnya dia menikam saya dari belakang. Sedikkt pun saya tidak menjangka akhirnya dia mengkhianati ikatan persahabatan. Hati saya benar-benar terluka.

Qalb Ba

Dia insan yang murni; sering bersangka baik terhadap manusia di sekelilingnya. Setiap kali ada sesiapa yang ingin mendapat bantuannya, dia tanpa banyak bicara akan menghulurnya. Rasa simpatinya pada manusia di sekeliling terlalu menebal.

Baginya ‘andai mahu menggembirakan hati sendiri, sewajarnya menggembirakan hati orang lain jua’ telah dijadikan pegangan diri. Lagi pula dia dilahirkan daripada keluarga yang kecil.; hanya tiga orang adik-beradik. Maka rasa luhurnya, rasa jujurnya dan rasa tulusnya begitu membumbui diri. Paling ketara tatkala dia akan mendahulukan keselesaan diri sendiri dari keselesaan diri sendiri. Entah manusia jenis apa, tidaklah diketahui atau bayangan malaikat barangakali?

Mendengar itu dia menghamburkan gelak. Dan kami akan ketawa bersama-sama. Begitu saya mengenali sahabat ini; sentiasa melemparkan walaupun saya tahu ada duka di dalam sanubari. Tetapi katanya dia tidak akan memuntahkannya, dibimbangi menyusahkan orang lain mendengar resahnya. Saya mendesaknya, ceritalah apa sahaja kerana bukankah hidup ini takah-takah mengenal manusia sejati? Langsung petang itu dia bersuara juga akhirnya dengan linangan air mata.

Saya terkedu. Rasa bersalah kerana menyebabkan air matanya luruh. Maafkan saya sahabat. “Tidak mengapa….”bisiknya, “…ini perkara remeh”. Sedangkan dia telah melalui satu fasa yang perit dalam hidup; orang yang dia pernah hulurkan bantuan telah mengejinya dari belakang.

Bukan setakat mengejinya, malah telah menghasut orang lain pula agar tidak berkawan dengannya. Saya ternganga. Manusia jenis apakah itu? Bayangan syaitan? Saya separuh menjerit. Jangan begitu katanya. Ini sekadar luahan rasa luka, bukan untuk membuatkan saya memaki hamun orang yang telah mengkhianatinya. Kerana katanya hidup ini terlalu singkat untuk membenihkan permusushan.

Qalb Tha

Dari raut wajah, dia tidak ada cacat celanya. Dari segi biologi dirinya, dia memang cukup sempurna. Jadi, tentu sahaja hatinya mulia. Saya sering mengandaikan begitu apabila mentakwil manusia di sekeliling. Tetapi tafsiran saya silap. Lama menjalin persahabatan baru saya tahu menilai intan, atau permata atau kaca. Atau barangkali luasnya pergaulan dan jauhnya perjalanan telah saya mengerti nilai sebuah kehidupan.

Rupanya dia jenis manusia ‘talam dua muka’. Kata maksud seumpamanya ‘hipokrit’. Kalau di hadapan saya ‘begitu begini’ tetapi kalau di hadapan orang lain ‘begini begitu’. Bukan sekali dua dia bersikap demikian, tetapi sudah acap benar. Kata orang sudah menjadi rutinnya, sudah menjadi kelazimannya. Waduh, buruknya laku. Bagai manusia biadab kata hati kecil saya.

Jangan rumitkan keadaan, selalu jernihkan fikiran. Usah mudah mengalah pada tekanan, seringlah bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Sebab hati suci hanya milik-NYA yang hakiki. Saya akhirnya menguntumkan senyuman.

Akhir Kalam…..

Ayuh sahabat seperjuangan, berusahalah menjadi insan kamil; jernihkan fikiran, sucikan pendirian, suburkan keimanan. Jangan sesekali mencederakan perasaan orang lain jangan juga membiarkan hati dilukakan. Paling utama bersikap tenang dalam apa jua badai yang menghunjam; bukankah hidup ini padang ujian? Moga selamat menempuh gelombang hidup dengan ketakwaan!

Ditulis semula annisa’ dari buku “Berapa Harga Segulung Ijazah” karangan Dr. Kamariah Kamaruddin

* Semua ini adalah sedikit perkongsian dari annisa'..Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari cerita di atas khususnya bagi diri yang menulis ini. Banyak perkara yang lebih besar lagi yang kita perlu fikirkan..zaman keisrailan yang semakin melanda, berlaku social di sana sini, masalah umat sekarang, semuanya perlu lebih diberi perhatian. Jika kita masih lagi memikirkan masalah hati, harap kita sama-sama dapat bermuhasabah kembali. Diri ini bukanlah contoh yang terbaik, tapi sentiasa ingin menjadi yang terbaik untuk mendapatkan natijah yang terbaik. Apa yang disampaikan tiada kaitan dengan mana-mana individu, ianya hanyalah sekadar untuk menyedarkan diri penulis ini sahaja..wallahua'lam...

“ Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya dia ingin membahagiakanmu, tapi nhakikatnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya. Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu pada waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.”

- SAYIDINA ALI KWJ-

0 comments:

Post a Comment