Followers

Saturday, March 6, 2010

Ilmu yang bermanfaat..?


Assalamualaikum...wbt.
Orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya. Berhubung dengan ini, Imam Ghazali berkata, "antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya."

Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain m
engetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri dengannya. Inilah (ulama) yang tertipu....

Iman Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, " manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manafaat dari ilmunya"..

Seterusnya Imam ghazali berkata, " walau bagaimanapun sebahagian ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredhaan Allah sebaliknya untuk mencari pengaruh serta nama. Sebahagian yang lain berasa ujub atau kagum dengan kelebihan yang ada pada diri mereka.

Mereka asyik menghiaskan diri di sudut zahir sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu kebersihan batin serta hati.

Ketika itu mereka melupakan musuh mereka yang utama iaitu Syyaitan. Lantas mereka berpakaian dengan mengunakan kain-kain halus diselimuti mutiara, perhiasan serta sutera yang diharamkan, dan bermusafir dengan mengunakan kuda serta kenderaan yang mengagumkan.

Mereka mendakwa kesemua ini dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Meeka masuk ke tempat para penguasa yang zalim untuk memuji serta mendapatkan kasih sayang mereka.

Mereka ini sebenarnya adalah dajal agama dan bukannya imam agama kerana imam agama yang sebenarnya mengutamakan kepentingan akhirat dan tidak terpedaya dengan kelazatan dunia.

Sebaliknya golongan dajal ini berpaling dari kehendak Allah dan menghadapkan dirinya kepada keenakan dan kenikmatan dunia"...

(Kesemua (dipetik) disebutkan di dalam kitab
Ihya Ulumuddin.)

Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah.

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib di tuntut oleh setiap hamba tuhan yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian.

Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah bagi memantapkan iman, tawasuf bagi membersihkan hati serta pekerti dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan di haramkan ke atas individu.

Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh umat islam dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat. Namun, tidak semua individu muslim dan muslimah perlu menceburi bidang-bidang ini.

Apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan.

Imam Ghazali membahagikan ilmu-ilmu fardu kifayah kepada dua iaitu;

1) Ilmu Syariat

2) Ilmu bukan syariat.

Contoh ilmu syariat yang fardu kifayah adalah ilmu tafsir quran, mustalah hadis, ilmu qiraah dan seumpamanya.
Contoh ilmu-ilmu fardu kifayah yang bukan syariat adalah ilmu perubatan, matematik, persenjataan.

Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian keajaiban hati berkata, " hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanafaat sahaja.

Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagungannya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara sesorang dengan sesorang yang lain.

Di Peringkat awal, ilmu ini diperolehi berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat yang wajib, mustahil serta harus bagi Allah.

Di tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah.."

Mereka yang tidak mengenali allah akan mewarisi penyakit sombong dan takbur yang membinasakan. contohnya, Namruz Raja Babilon sombong dengan kekuasannya sehingga dia merasakan dia berkuasa seperti Tuhan kerana kononnya, dia mampu menghidupkan dan mematikan.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 258 yang bermaksud, "ibrahim berkata, Tuhanku menghidupkan dan mematikan (Namruz) berkata, "aku pun mampu menghidupkan dan mematikan..

Ibrahim berkata, " sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur maka cubalah kamu terbitkannya dari barat, maka terdiamlah si kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Akhirnya tuhan (allah) memusnahkan Namruz.

Untuk cemerlang, kita perlulah menguasai ilmu dan hikmat, ke mana sahaja kita pergi, bawalah buku bersama, tentunya buku2 yang menambahkan pengetahuan yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan masyarakat amnya.

Apabila buku sentiasa mendampingi kita, senanglah untuk kita mendampinginya. Pastikan ada ilmu baru yang kita perolehi setiap hari.
Ilmu-ilmu baru yang kita perolehi itu hendaklah ditulis bersama-sama dengan sumber rujukkannya.
dengan cara demikian, ilmu itu tidak mudah luput daripada hidup kita.

di dalam kitab ihya Ulumuddin dinyatakan, Fathul Mausuli berkata " tidakkah jika seseorang itu sakit dan tidak menjamah makanan dan minuman, dia akan mati?

demikianlah juga dengan hati, jika tidak diberikan hikmat dan ilmu selama tiga hari ia juga akan mati"..

sekadar menegur diri sendiri..

Quran Hebat..

tidak hanya dikagumi oleh orang islam, ia juga dikagumi oleh orang yang bukan islam. Sebahagian daripada mereka bukan islam ini sudah memeluk agama islam selepas meneliti dan memahami maksud ayat-ayat quran.

Abdullah bin Masud berkata, "sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca quran, di dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang kemudian.

Sahabat Abu Hurairah pulak berkata, Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran, dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan datanglah para malikat ke rumah itu dan akan keluarlah syyaitan daripadanya.

Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada penghuni-penghuniny a. di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malikat akan keluar dan syyaitan akan memasuki rumah itu..."

Merasakan ilmu ini pelik kerana banyak menggunakan bahasa yang asing dan berkias.

Sedangkan ilmu ini tidak pelik, ianya berpandukan Al Quran dan Al Hadith.

Ianya nampak pelik kerana bahasa yang digunakan itu adalah bahasa Arab dan bahasa itu pula mewakili satu huraian yang panjang lebar. Teramat panjang sebenarnya maka itu ianya dipendekkan menjadi satu simpulan bahasa atau mutiara kata.

Apatah lagi jika ianya mewakili satu 'penyataan rasa/pengalaman rohani' yang mana ianya amat susah untuk dizahirkan dengan kata dan pena. Maka istilahpun terpaksa digunakan...

Kita pasti tertanya tanya, mengapa ada segelintir yang berpendidikan
tinggi, tetapi akhlaknya tidak mencerminkan dia seorang yang
berpelajaran. .?

mengapa ada orang yang hanya bersekolah setakat seadanya sahaja
tetapi dia menunjukkan keperibadian yang sangat luhur..?

di situ...peranan ILMU...

Namun kita juga perlu ingat bahawa ILMU yang diamalkan ibarat lampu
yang memberikan sinar, yang mampu menerangi diri sendiri dan
orang lain.

sebaliknya ILMU yang tidak diamalkan, brangkali akan jadi seperti
lampu rosak, yang sekadar jadi perhiasan langit langit kediaman tetapi
tidak berfungsi.

Barangkali hal ini sama seperti sabda Rasuullah yang diriwayatkan
Ahmad yang bermaksud:

"Perumpaan orang yang berILMU di atas muka bumi ini ibarat bintang'
bergemerlapan yang terang berderang di sisi gugusan bintang dan
cakerwala yang lain yang menerangi kegelapan di daratan dan
lautan.

Apabila bintang itu tidak bergemerlapan hampir hampir menyebabkan
manusia tersesat dan tersasar daripada matalamatnya. "

ILMU untuk diamalkan dan dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.
maka kerana itulah, orang yang berILMU (dan menghayati serta mengamalkan ILMUnya) sangat di pandang tinggi, malah termasuk dalam
ketegori orang yang di puji ALLAH.

maka, di manakah kita..? adakah kita termasuk dalam ketegori lampu
yang rosak atau lampu yang berfungsi... ?

sama sama la kita merenung diri sendiri...


semoga mendapat manafaat..

Kelebihan Ilmu

Sabda Rasullallah yang bermaksud :

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya.

Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah,

dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru,

kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan-keuntungan yang abadi...

wallahua'lam-~

0 comments:

Post a Comment