Followers

Thursday, February 4, 2010

Menongkah arus perubahan


Bercerita mengenai perubahan...
Masing-masing tetap dengan pendapat masing-masing, apabila bercerita tentang perubahan.Di petik dari kalam Ir.Ahmad Jais dalam majalah Solusi, "Jangan biarkan diri dipaksa menerima peubahan".Makna kata, adakah salah bagi individu mahupun organisasi itu,sekiranya tidak mahu melakukan perubahan. Ianya tidak salah apabila tiada proses kefahaman diberikan, mengenai mengapa perubahan itu perlu? Sememangnya agak sukar dalam melakukan perubahan itu. Pada permulaan untuk melakuakn perubahan, ada saja pihak yang akan menentang dan mengkritik. Namun, kita tidak perlu cepat melatah dan berputus asa. Malah istiqamah dengan pendirian itu perlu diperkukuhkan.Kenapa ada yang menentang dan mengkritik kita melakukan perubahan? Inilah persoalan yang dibangkitkan. Di sini, kita perlu sedar akan perubahan yang hendak kita lakukan itu, sama ada kena pada waqi'nya ataupun tidak? Perubahan yang hendak dibawa itu juga janganlah terlalu drastik. Hukum pengharaman arak yang berlaku pada zaman nabi dulu pun,tidak diharamkan secara drastik.Sebab nabi tahu, masyarakat yang asalnya sudah biasa dengan kehidupan minum arak, tidak akan sewenang-wenangnya terima akan keputusan itu.Jadi proses itu yang berlaku secara berperingkat-peringkat itu,akhirnya diterima. Justeru itu, melakukan perubahan itu tidaklah salah,kerana Islam sendiri meggalakkan umatnya keluar dari kepompong kejahilan. Namun kita perlu kuat dalam memberikan kefahaman dan faham dengan situasi yang kita duduk sekarang. Tidak hairan juga apabila Islam dimusuhi oleh dunia barat dan antarabangsa yang tidak memahaminya.Apabila kefahaman mengenai Islam yang benar gagal disampaikan, maka masyarakat akan memusuhi dan menolak perubahan yang ingin dibawa oleh Islam.
Bersama kita renungkan betapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah digelar sbg org gila,hilang akal,tidak siuman dan sebagainya apabila Baginda membawa perubahan kepada Islam dalam dakwah Baginda. Begitulah yang berlaku pada seorang sahabat ana apabila dia berubah dalam melakukan dakwahnya,masyarakat khususnya sahabat di kelilingnya, hilang kepercayaan kepadanya.Niatnya yang murni, disalah ertikan.Tetapi, kagum dengan semangatnya.
Perubahan itu perlu.Kita tidak boleh menjadi mangsa kejahilan dan jangan biarkan kejahilan itu menguasai diri kita dengan menutup pintu fikiran kita dari arus perubahan. Agak merisaukan apabila ada pihak menolak dan memusuhi perubahan tanpa usul periksa, dan kefahaman yang betul.Dan lebih merunsingkan, jika sebagai mahasiswa kita menolak seruan perubahan yang positif serta berusaha dalam menggagalkan perubahan itu tanpa berusaha mencari kepastian akan perubahan yang ingin diperkenalkan. Sebaiknya, adalah kita cuba memahami perubahan tersebut dan bersama-sama menjadi pendukung arus perubahan. Sememangnya, Islam adalah agama yang membawa perubahan, sehingga Allah berfirman, mafhumnya : " Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia yang mengubah nasibnya"..

0 comments:

Post a Comment