Followers

Wednesday, March 2, 2011

MUFTI MENYERU MAHASISWA CAKNA PERIHAL UMAT

Alor Setar,27 Feb – Mementingkan diri sendiri adalah bukan sifat seorang mahasiswa khususnya mahasiswa yang berlatar belakangkan Islam. Mahasiswa pada hari ini seharusnya mengambil cakna dengan isu-isu umat Islam sekarang dengan realitinya apa yang sedang berlaku di Negara Asia Barat sekarang seperti di Tunisia, Mesir dan sekarang di Libya.

Mufti Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Hj. Muhamad Baderuddin Bin Hj. Ahmad berkata,mementingkan peribadi sendiri, bukanlah sifat orang Islam kerana dalam sabda Nabi saw, “Sesiapa yang tidak prihatin perihal umat Islam maka ia bukan di kalangan kami”. Oleh demikian, beliau menyeru supaya mahasiswa Islam khususnya mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah yang berlatar belakangkan pengajian agama seharusnya menghindari sikap mementingkan peribadi sendiri dan perlu untuk cakna dengan isu-isu yang melibatkan umat Islam sekarang.

Menurutnya,kita sebagai umat Islam seharusnya mencontohi sifat nabi Muhamad SAW yang sentiasa mementingkan kepentingan umat baginda melebihi kepentingan baginda sendiri seperti yang dinyatakan dalam pengajaran surah Ad-Dhuha ayat ke 5 yang bertepatan dengan fatrah maulidur rasul sekarang.

Mengulas lanjut berkenaan dengan isu revolusi yang berlaku di Asia Barat sama ada ianya berkemungkinan akan berlaku di Malaysia khususnya di negeri Kedah, beliau tidak merasakan kemungkinan tersebut, namun belaiu berharap agar ia seharusnya menjadi satu pengajaran kepada pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin yang memerintah umat Islam di negaranya. "Setiap apa yang Allah jadikan dan apa yang berlaku di depan mata kita seharusnya diambil pengajaran bagi setiap orang yang beriman dan yang mempunyai hati," katanya dalam satu sidang pada Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kolej Universiti Insaniah di sini kelmarin.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, satu forum telah diadakan dengan menampilkan ahli panel, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Hj. Muhamad Baderuddin Bin Hj. Ahmad selaku mufti negeri Kedah sendiri berganding bersama Prof. Madya Dr. Haji Aziz Bin Haji Hanafi selaku penerima tokoh maulidurrasul 1432H peringkat negeri Kedah merangkap dekan kuliyyah syariah di kolej tersebut dan Ustaz Azki Hafizi Bin Hj. Ibrahim selaku moderator pada forum yang berlangsung di surau Kolej Universiti Insaniah. Orang ramai khususnya mahasiswa/wi kolej turut hadir memenuhi surau bagi memeriahkan majlis.

Berkenaan dengan keterlibatan dan keprihatinan mahasiswa, sehari sebelum berlangsungnya sambutan maulidurrasul tersebut, turut berlangsungnya beberapa program di peringkat pimpinan mahasiswa seperti Program Hari Mesra Siswi anjuran jawatankuasa asrama dan program Kursus Kahwin anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa dengan kerjasama Jabatan Agama Negeri Kedah. Kesemua program yang berlangsung tersebut turut mendapat sambutan dari warga kolej berkenaan.

1st pactical for journalist team


Program Hari Mesra Siswi Al-Faraby (HAMAS) yang telah dianjurakan oleh jawatankuasa Kolej Kediaman Al-Faraby. Program yang telah dirasmikan Ustazah Nurul Nazuha Bt Hazizan itu telah berlangsung selama 3 hari, bermula dari 24 hingga 26 febuari 2011 yang bermatlamatkan untuk mengeratkan ukhwah dan mahabbah antara penghuni kediaman, melahirkan mahasiswi KUIN yang proaktif, produktif dan kreatif dan beberapa objektif lain yang telah digariskan. "Program ini adalah julung kali dianjurkan oleh jawatankuasa asrama(JAKSA) dan sekalung tahniah diucapkan", kata ustazah Nazuha semasa perasmian program tersebut. Disamping itu, beliau mengharapkan agar program ini menjadi titik permulaan untuk JAKSA membuat perubahan dan menyeru kepada pihak pentadbiran mahupun penghuni untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak JAKSA dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau turut berharap agar program ini memberi kesan di hati penghuni seterusnya mewujudkan ikatan hati yang kukuh diseratkan dengan niat yang betul..

Pada 2hb Mac 2011 juga telah berlangsung satu program di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIN. Program yang dinamakan Malam Tiga Dimensi itu turut menampilkan pendakwah atau penceramah bebas, Ustaz Ridhwan Bin Md Moor. Di samping itu turut diadakan beberapa aktiviti seperti persembahan nasyid, marhaban dan yang terutamanya adalah pelancaran tiga skuad di bawah MPM, skuad Amru, Skuad Biah Solehah dan Skuad Pebimbing Rakan Sebaya (PRS) yang merupakan aktiviti utama dalam program tersebut. Program yang bersifat santai tersebut, menyaksikan ribuan penonton yang bukan sahaja dikalanagan mahasiswa, malah orang awam yang turut hadir memenuhi perkarangan dewan kolej.


sekian, wallahua'lam...

Jounalist Team, Adhoc Training Course,

Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Insaniah.

(annisa'-mentor jounalist team)

0 comments:

Post a Comment