Followers

Thursday, January 13, 2011

Rentetan 1.1.11-11.1.11






Assalamualaikum wbt...

11/1/11

Kuala Lumpur: Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "Persaudaraan bawah semangat patriotisme".

Presiden Solidariti Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, program ini antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiswa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan, katanya smabil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akna dipohon bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dala satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)-penganjur bersama-Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula jam 8.30 pagi itu juga bertujuan mmberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menunjukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan jalur Gemilang, 'pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11(1 Januari 2011)..



*ini adalah peristiwa 1/1/11..penulis berkesempatan bersama-sama ke sana untuk mencari sedikit pengalaman dan bertemu dengan sahabat-sahabat pimpinan kampus yang lain. terasa kebangkitan anak muda sekarang. walaupun ada setengah pihak mengaitkannya sesuatu yang sia-sia.insyaAllah kita ambil di sudut yang positif, maka natijah nya juga adalah yang positif..



2/1/11

Mesyuarat Rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa Kali ke-2..
Bertempat di Bilik Mesyuarat HEP, jam 8.00 malam.


3/1/11

Perjumpaan Majlis Tertinggi MPM bersama dengan wakil pimpinan kolej Kediaman (JAKSA) & Biro Kediaman & Penempatan Luar (BKPL)..
Agenda : Membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan masalah penempatan penghuni asrama dan masalah-masalah yang sewaktu dengannya..selain memaklumkan secara terbuka mengenai Himpunan Mahasiswa 11/1/11 nanti dan mohon pandangan mereka bersama.

*Jutaan terima kasih kepada JAKSA yang terlibat dalam bekerjasama dengan pimpinan MPM.


4/1/11

Perjumpaan Majlis Tertinggi MPM 10/11 bersama penghuni kediaman al-faraby..Terlalu banyak masalah yang diadukan..Alhamdulillah, sambutan dan kerjasama yang memuaskan..





5/1/11

Mesyuarat Majlis Presiden..
Dibawah portfolio Naib Presiden 2, Ust. Firdaus Bakar..
Perjumpaan bersama wakil pimpinan kelab-kelab dan persatuan-persatuan di KUIN.


7-9/1/11

Berlangsungnya Sukan Mahabbah (SUKMA) & Majlis Pelancaran MPM sesi 2010/2011..

* syukran jazilan kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak lansung sepanjang acara berlangsung.. InsyaAllah, moge2 kepenatan ini dibayar olehNYA dengan sesuatu yang lebih berharga.

7hb- kehilangan sebutir mutiara di INSANIAH, Dr. Said pensyarah kuliyyah usuluddin yang telah kembali ke rahmatullah..

9hb- menerima satu khabar berita yang agak menyedihkan apabila ayah kepada seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah juga. insyaAllah, moga2 mereka ini ditempatkan dikalangan solihin...ameen.


10/1/11

Munajat & solat hajat, memohon keberkatan dariNYA agar dilancarkan perjalanan himpunan keesokan harinya..


11/1/11

-Himpunan Mega Mahasiswa INSANIAH 2011-

Pelbagai reaksi dan respon yang diterima sejurus tamat himpunan ini.. Ada yang respon positif, tidak terlepas juga pihak yang mengkritik dengan usaha ini. Terpulang kepada individu yang cerdik akalnya itu untuk menilainya. unuk memuaskan hati semua pihak sememangnya agak mustahil bagi hambaNYA yang saaangat lemah. Cuba lakukan yang terbaik, namun mereka disalah tanggapkan oleh segelintir pihak. InsyaAllah, moga kesabaran sentiasa bersama mereka. Rasanya tidak perlu dijelaskan sejelas-jelasnya apa hadaf sebenar perhimpunan ini, jika ada pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh kemukan ke mana-mana exco tertinggi organisasi berkenaan. Sememangnya pihak media banyak yang mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Ini semua telah mereka fikirkan..
Contohnya yang mengatakan kita berdemostrasi..walhal kita mengadakan himpunan keluarga INSANIAH..

contohnya berita ini.:

ALOR SETAR - Kira-kira 3,000 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi di dewan utama kolej semalam selepas tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran yang didakwa mengabaikan keselesaan dan kebajikan mereka.

Demonstrasi sempena majlis Himpunan Mega Mahasiswa itu diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin, Mohd. Faiz Arshad.

Pada demonstrasi aman itu, pelajar melaungkan 'hidup mahasiswa, hancur kezaliman' sambil memegang sepanduk 'kami sayang insaniah, insaniah sayang kami?' selain sepanduk yang menunjukkan gambar mi segera dengan perkataan 'ini saja yang mampu kami jamah'.

Sebanyak 28 masalah diutarakan seperti kenaikan yuran pengajian, kemudahan pembelajaran tidak mencukupi, tandas kotor dan rosak, terpaksa belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan.

Namun, Alhamdulillah, pihak MB sendiri menyokong tindakan yang mereka semua lakukan..


ALOR SETAR, 12 Januari – “Saya cukup gembira dengan tunjuk perasaan itu dan saya nak latih mereka untuk bercakap dan saya juga berterima kasih kepada mereka”.

Itulah penjelasan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai tunjuk perasaan secara aman yang dilakukan oleh 2,000 penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini semalam.

Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan Kerajaan Negeri memahami pendirian mereka kerana kampus baru KUIN sedang dibina di Kuala Ketil.

“Saya tahu kebocoran berlaku di sana sini kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi di mana perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur di KUIN diambil daripada wang pembayaran pengurusan penuntut KUIN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini.

Menteri Besar menegaskan, penuntut-penuntut KUIN adalah terdiri daripada penuntut yang paling hebat dan beliau turut meminta pihak KUIN menyemak semula yuran yang dikenakan ke atas penuntut KUIN.

“Setiap seorang penuntut KUIN turut menerima elaun poket sebanyak RM1,150 dan satu semester, mereka menerima sebanyak RM1,000,” ujarnya.

Semalam, lebih 2,000 penuntut KUIN di sini mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pentadbiran kolej yang dimiliki Kerajaan Negeri menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan pelajar.

Demonstrasi bersempena Himpunan Mega Mahasiswa itu diadakan bagi menuntut pelbagai isu berkaitan yang dikatakan menghimpit penuntut sebelum ini.

Perhimpunan itu dihadiri Rektor KUIN, Dato’ Dr. Jamil Osman dan Timbalan Rektor KUIN, Prof. Dr. Zakaria Man.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 12 Januari 2011 16:36)


.:::.Biasalah sesuatu yang kita lakukan itu, ada Pro & kontra nya.. ape yang penting, kita cuba melakukan yang erbaik untuk pihak-pihak yang menjadi majoriti datang kepada kita selain menjadi lebih bijak & profesional terhadap sesuatu perkara, insyaAllah, doa mereka untuk melihat kita GAGAL dalam pelajaran & kehidupan, kita serahkan semua urusan tersebut pada DIA yang selayaknya dalam urusan tersebut.

-kredit kpd ; asyrafbaharudin.blogspot.com coz copy pic dari blog dye (not all, but some person.).

wallahua'lam...

0 comments:

Post a Comment