Followers
Saturday, February 4, 2012
Buat KekasihMU
Saturday, January 7, 2012
Dusta itu BOLEH, namun AWAS..!!
Saya petik sedikit isi kandungan dari kitab Mutiara Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam Al-Ghazali
Dari Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin & Al-Qassami, terbitan ILLUSION NETWORK
DUSTA YANG DIBOLEHKAN, ADALAH...
Ketahuilah bahawa berdusta itu diharamkan kerana menyebabkan kemudharatan kepada orang lain. Tetapi ada juga dusta yang mengandungi kemaslahatan. Oleh sebab itu, jika demikian halnya, maka tentulah diizinkan. Bahkan dusta itu kadang-kadang menjadi wajib hukumnya, sekiranya dengan berkata benar, akan menyebabkan tertumpahnya darah seseorang, misalnya seorang yang sedang bersembunyi dari seseorang zalim yang hendak buat aniaya kepadanya.
Pada waktu yang sedimikian, maka dusta adalah wajib menurut pandangan agama. Demikian pula halnya dalam peperangan, tentulah tidak akan sempurna untuk memperoleh kemenangan kecuali dengan tipu daya dan dusta. Dalam perkara ini, disamakan dengan hokum berdusta yang bermaksud untuk mendamaikan dua orang atau dua golongan yang sedang berselisih atau untuk mencondongkan hati seseorang yang hendak berbuat kebaikan atau dalam mendamaikan hubungan antara dua orang suami isteri.
Dalam semua keadaan ini, apabila dusta harus dilakukan maka hukumnya adalah boleh atau diharuskan. Tetapi semua itu wajiblah dibatasi hingga ke tahap yang dianggapperlu dan terdesak sahaja, agar tidak melebihi daripada apa-apa yang dihajatkan. Dalam pengertian dusta yang harus ini terdapat banyak keterangan dari hadis. Tsauban berkata: “ Dusta itu semuanya berdosa, kecuali dusta yang dimaksudkan untuk memberikan manfaat kepada seorang Muslim atau yang ditujukan untuk menolak suatu bahaya yang akan datang.”
# Harap sahabat-sahabat yang membacanya dapat memahaminya. Janganlah kita berdusta dari perkara yang tidak dinyatakan sebabnya dalam syariat Islam. Kadangkala ada diantara kita yang ingin ‘bertawriah’ (berhelah) bagi mengelakkan dari satu-satu perkara itu diketahui umum, tapi bila salah caranya, akhirnya membawa kepada satu pembohongan, nauzubillah. Ingatan buat diri sendiri jua buat sahabat-sahabat pembaca yang lain kerana, sekali orang tidak percaya pada kita, mungkin agak susah untuk kita mendapat kepercayaan dari orang buat selama-lamanya. wallahua’lam..
Thursday, January 5, 2012
Warkah Cinta
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatu..
Segala puji bagi hanya bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat, serta keizinannya hingga memungkinkan warkah ini tercoret.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabatnya sekalian yang seiring sebahu berjuang menegakkan kalimah Allah swt di atas muka bumi ini hingga kita sebagai umatnya dapat merasai betapa manisnya iman.
Ku menulis warkah ini buat insan yang disayangi kerana Allah. Diri ini merasa amat bertuah mengenalimu sejak dulu lagi kita bertemu mata, yang akhirnya jatuh ke hati kerana indahnya Islam itu kerana kasih sayang sesama saudaranya. Moga ikatan antara kita takkan sirna selamanya, biar jasad ditelan bumi dan zaman ditelan masa.
Ukhti fillah, ku amat mengagumi dirimu, kecekalanmu, kesungguhanmu, wawasanmu, semangat juangmu yang tiada tolok bandingnya buatku. Indah hidupmu di pandangan manusia, semoga seindah itulah di pandangan Allah swt.
Tiada insan didunia ini yang sempurna, kerana kesempurnaan hanya milikNYA semata. Namun, bersyukurlah kerana engkau masih memiliki hati yang hidup. Setiap insan yang hatinya hidup akan sentiasa berharap menjadi leih baik.
Diri ini merasa tidak layak dijadikan qudwah, kerana masih banyak perkara yang harus diperbaiki. Hamba-hambanya yang berusaha berubah untuk kebaikan adalah pejuang, ada harganya di sisi Allah swt, namun ianya tidak semudah yang kita bayangkan, ianya memerlukan mujahadan dan istiqamah. Moga Allah swt, sentiasa metapkan pengembaraan kita dimuka bumi ini di atas jalanNYA.
Pesanan buat diri ku jua dirimu….
Pertahankan akidah kita, teguhkan fikrah islami kita, rebutlah cinta Ilahi walau dimana kita berada, kita merupakan agen penyebar dakwah. Jadikan al-quran peneguh diri.
Akhir kalam..
Ukhti fillah,
Bila kau letih dan hilang semangat, Allah swt tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah swt telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah swt setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya, namun tiada tujuan, Allah swt ada penyelesaiannya.
Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa, Allah swt adalah jawapannya.
Semoga dirimu sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah swt., insyaAllah..
Andai diri ini pernah tersalah silap, harap dimaafkan. Jangan pernah melupakan diri ini dalam doamu.
(23-04-09, ukhti fajar..ukhwah fillah)
*sahabat-sahabat, warkah ini sekadar satu perkongsian. Warkah cinta dari seorang sahabat yang ‘cinta’ akan diri ini yang banyak leka dan lalai dalam dunianya sendiri, supaya diri ini sentiasa mengingati nasihatnya selagi mana nyawa dikandung badan. Kita kongsikan bersama, kerana kita semua sentiasa berkasih sayang keranaNYA.
Syukran jazilan buat ukhti fajriah atas nasihat dan doamu. Uhibbuki fillah =)Thursday, December 8, 2011
~Selangkah ke alam kesempurnaan IMAN~

“Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”.
~Tiga : Kembali Semula ~

Assalamualaikum wbt....
Tuesday, August 30, 2011
Salam Eidul Mubarak 1432H


Monday, August 15, 2011
Muhasabah Ramadhan Terakhir
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...."

Saturday, July 30, 2011
Rintihan Ramadhan, Ramadhan Terakhirkah ini??

Alhamdulillah..
Masih lagi diberi nikmat untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Jika sebelum ni, selalu dengar, Dr. Yusof dan Dr. Mahmoud berdoa sebelum habis kelas,
" Allahumma ballighna fi syahri Ramadhan.."
Alhmdulillah,..semoga kita sama-sama menggunakan peluang ramadhan kali ini dengan sebaiknya dan moge kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan dariNYa.
Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Bulan Ramadhan juga adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Terdapat 3 bahagian istimewa yang dibahagikan kepada mereka yang berpuasa, iaitu bahagian pertama, dipenuhi dengan rahmat Allah. Bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian tiganya pula pembebasan dari api neraka. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam dan medan tarbiyyah kita yang sebenarnya.
.::. Mohon Kemaafan kepada semua atas segala kekhilafan diri yang disengajakan atau tidak.
Wednesday, July 27, 2011
Perjuangan JULAI belum selesai
Kisah Julai..(3)







Kisah Julai..(2)


Kisah Julai..(1)

Tuesday, June 14, 2011
Satu Amanah
Satu Amanah
Muhasabah diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan...
Adakah matlamat hidupku yang menharapkan rahmat dan redhaMU bisa ku kecapi..?
Moga ianya bukan lah hanya satu khayalan buat diriku yang sentiasa alpa dan lupa dengan nikmatmu..
Sesungguhnya kejayaan itu milikMu yang sebenar..
Dugaan dan cabaran hanyalah onar yang perlu hambaMu lalui sebelum mengecapi saat manis itu,..bersama teman-teman yang dikasihi demi Islam.
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
Friday, June 10, 2011
~Ahlan wa sahlan,,~



Friday, June 3, 2011
Warkah buat Ayah, Mama
.::. Warkahku .::.
Sengaja edit bait-bait lirik nasyid ni..=) coretan yang dituju khas buat ayah dan mama sempena Anniversary yang ke-5 ( 4jun 2011)..thanks ayah atas kesudian membesarkan anaknya yg nakal selama 22 tahun ni..n mama yang sudi berkongsi kasih dengan kami genap 5 tahun hidup bersama kami..maaf atas kekurangan diri ini yang terlalu sedikit memberi komitmen untuk keluarga kita..InsyaAllah, after study nie concentrare penuh kat Johor nuu ek ( kalau umurnya panjang, insyaAllah).. indahnya jalinan kekeluargaan ini, disusuli dengan rahmat dan barakah dariNYA yang kita perlu sentiasa bermohon padaNYA tanpa rasa penat dan jemu.. Ku harapkan bahagia di dunia dan akhirat, padaMU tuhan, ku mohon segalanya yang terbaik untuk keluargaku, InsyaAllah.., JANNAHMU milik kami bersama..
~ I LOVE MY FAMILY FIRST ( AFTER ALLAH AND RASULULLAH PBUH )..~
harapan, anakmu-annisa'-

merenung jauh, memikirkan halatuju keluarga ke, atau dok pikir, bila lah nak b'tambah cucu nie..=)

ha..ni lah kek anniversary depa..sambut awai..sbb cek kne balik kedah dh..sorry naa..='(

romantikus la pulak tok ayah, tok ma alya nie~ ~
( we wish you're happy anniversary 5th, may Allah bless us..)
Tuesday, May 31, 2011
Mungkinkah Terhapus Kesedihan



Wednesday, May 25, 2011
~Menjadi Al-Akh Al-Mujahid itu~

Assalamualaikum wbt...
Muslim hari ini mempunyai bilangan yang ramai tetapi tidak mempunyai mutu yang istimewa seperti muslim pada generasi pertama di zaman Rasulullah s.a.w. Mereka tidak mampu merubah rupa dan suasana yang telah rosak. Lantaran itu mereka tidak mampu membangunkan daulah al-haq wal iman, tidak mempunyai mutu yang membolehkan mereka menghapuskan yang batil dan merealisasikan kebenaran dengan pertolongan Allah. "Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya. Adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi.
Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ".(Ar-Ra'ad: 17)
Kita menghendaki dari saudara muslim yang benar supaya menjadi muslim yang sejahtera akidahnya, sihat ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, yang mempunyai usaha, yang sanggup berdikari yang berkorban untuk diri sendiri dan orang lain, sanggup memerangi hawa nafsu, yang menjaga waktunya dengan sebaik-ba'iknya, berdisiplin dalam segala urusannya dan Iain-lain lagi nilai-nilai yang asasi di dalam membentuk lelaki dakwah, pendokong dakwah.
Sesungguhnya mempersiapkan lelaki mithali yang sedemikian mutu dan bentuknya memerlukan usaha yang sungguh-sungguh, ketekunan yang berterusan, kesabaran dan ketabahan yang utuh. Muslim sedemikianlah yang akan mampu dan sanggup membangunkan rumahtangga Islam yang mulia. Dia kemudiannya akan bergerak, bertindak dan berusaha membangun masyarakat Islam. Lalu membentuk pandangan umum dan cara berfikir umum secara Islam dan terus membentuk teras (dasar) yang kuat, yang di atasnyalah dapat ditegakkan harakah Islam (gerakan Islam) sebagai benih bagi daulah dan khilafah Islam. InsyaAllah Taala.
Oleh kerana itu kita dapati imam kita As-Syahid Hassan Al-Banna Rahimahumullah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada individu muslim dan berusaha mempersiapkannya. Langkah-langkah ini adalah mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w yang telah mempersiapkan angkatan mukmin yang pertama yang telah dibentuk di madrasah Rasulullah s.a.w yang kemudiannya membangunkan daulah Islam yang kuat, agung dan teguh.
Usrah-usrah, pasukan-pasukan, angkatan-angkatan, ceramah, forum-forum, majlis-majlis diskusi, pelajaran, perkelahan, pengembaraan, operasi ketenteraan, risalah-risalah, sebaran-sebaran, lembaran-lembaran suratkhabar dan majalah yang telah, sedang dan akan terus kita buat, semuanya itu dinamakan wasilah atau jalan dan alat untuk mempersiapkan individu muslim secara beransuransur di dalam persiapan ini. Ibaratnya seperti jurutera di dalam membangunkan bangunan. Bermula dari seorang anggota jamaah, kemudian manjadi pemuda yang berdisiplin, kemudian sebagai seorang pemuda yang beramal seterusnya menjadi anggota mujahid yang berjihad dan berjuang bersama jamaah Islam.
Semoga kita adalah Al-Akh Al-Mujahid itu…Wallhua’lam..
(di petik dari Kitab Jalan Dakwah : Asy-Syeikh Mustafa Masyhur)
Thursday, May 19, 2011
Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak 2
Assalamualaikum wbt…
Sambungan ditelan mati emak diluah mati bapak siri 1….
Memang sukar untuk kita memberi penjelasan kepada mana-mana pihak yang tidak duduk di tempat kita. Namun, kesukaran itu lah yang mengajar kita, yang perlu dihadapi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam memberi penjelasan..Kekuatan mental, fizikal, dan jua rohani amat diperlukan oleh kita dalam menghadapi situasi ini. Bak kata orang putih, “Be excellent, don’t be emotional”..
Kenapa Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapak..??ya,hal ini kerana, kiat dipeingkat student atau mahasiswa, perlu menjaga hati banyak pihak..perlu berfikir bukan sekali dua dalam melakukan tinadakan, namun, berkali-kali…nak tegur salah, xtegur pun salah… Mungkin penulis sebenarnya tidak ada hak untuk memberi penjelasan yang sedetail-detailnya. Namun, ini adalah sekadar PANDANGAN dari seorang siswi yang dhaif dalam thaqafah dan tarbiyyahnya. InsyaAllah, apa yang cuba diutarakan ini, bebas dari mana-mana suara politik, hatta pandangan sahabat sendiri yang setengahnya ada yang bersetuju dan setengahnya menyokong dengan isu ini.
Baru-baru ini, keluar lagi isu kampus yang amat kita cintai. Penulis yakin kebanyakan isu-isu yang berbangkit kini adalah rentetan dari Himpunan Mahasiswa Insaniah , 11 Januari 2011 atau lebih dikenali dengan Himpunan Mega 11111..Penjelasan mengenai isu ini, telah penulis jelaskan dalam artikel yang lepas. Selepas itu, isu tahfiz, isu bom, dan terbaru isu memorandum…
ISU TAHFIZ.
Sahabat-sahabat yang dihormati.. mungkin berlaku sedikit salah faham mengenai isu ini. Ada yang mengaitkan isu ini adalah perancangan dari pihak majlis perwakilan pelajar sendiri..Agak terkesima pabila mendengar pertuduhan semelulu ini. Tidak dinafikan ada wakil perwakilan yang tampil berucap dalam demo tersebut. Namun, itu bukan lah perancangan dari pihak MPM.. MPM hanya bersama-sama dengan mahasiwa yang menuntut hak mereka dikembalikan. Hak yang benar. Secara analoginya, ana mengaitkan seperti anak-anak yang kini tinggal dirumah banglo yang ayah mereka beli. Lama…kira-kira hampir 25tahun duduk dirumah tersebut..Suatu hari ayah mereka ada isteri baru. Isteri baru ayah mereka kaya, segak dan berpangkat tinggi..Ibu kita dimadukan..Dan akhirnya dapat anak baru. Anak yang baru, ditatang bagai minyak yang penuh. Bila anak tersebut datang ke rumah kita, merengek minta mainan, kita bagi..Nak itu, nak ini, kita senyap sahaja..Nakk?????ambiiillll….. Sampai satu ketika, si ayah yang semakin hari semakin melupakan anak dari isteri yang pertamanya..Padahal, anak dari isteri yang pertama itulah yang banyak memberi pengiktirafan dalam menaikkan nama kelurganya.. Masuk pertandingan sana, sini..Akhirnya ada diantara anaknya tersebut mendapat johan, ada yang masuk pertandingan realiti yang bermanfaat, dapat anugerah sana sini dan bermacam-macam lagi. First mereka boleh think positif, si ayah mungkin nak ikut sunnah nabi, tu yang dia kahwin lagi..Nak tambah zuriat yang boleh terus membanggakan diri dan keluarganya..ya,..kita boleh terima..Tapi bila sampai satu tahap si ayah minta orang renovate rumah, untuk bagi pada keluarga tiri tinggal dengan lebih selesa, bahagian rumah mereka diambilnya, bilik diminta untuk berkongsi dengan adik beradik tiri yang lain, seolah-olah dia mahu menyingkirkan mereka. Siapa yang tidak terasa dengan keadaan ini?? Rumah yang dipelihara dengan ayat-ayat suci, yang dipelihara dengan baik, walaupun sebelum ini, jika ada sebarang kerosakan dirumah, si ayah tak pernah ambil peduli. Tapi bila ada keluarga baru, itu direnovate, ini direnovate,..siapa yang masih tidak terasa?? Yakin dan percaya, hanya orang yang tiada perasaan sahaja yang tak terasa.. Tidak perlu lah tambah isteri atau kelurga, JIKA XMAMPU..nabi sendiri berpesan tentang itu( walaupun hakikatnya nabi berpesan untuk perihal poligami).. Lalu si anak mengambil jalan, berbicara baik dengan si ayah, namun tiada penyelesaian.. Ada diantara adik beradik yang keluar dari banglo, cari rumah sewa lain, akibat dari kepadatan banglo tersebut, yang semakin hari semakin ramai penghuniya.. Lalu, salah seorang anak yang berasa bertanggungjawab yang merasakan hak mereka semakin dicabuli, memberontak dengan pelbagai cara selepas proses rundingan denagn si ayah tidak berjaya..Tindakan si anak disalah ertikan.. sememangnya si ayah berhak sepenuhnya ke atas hartanya, namun pernah kah kita memikirkan soal kebajikan dan perasaan dalam masalah ini, jika hal ini benar-benar terjadi pada kita??? Apa yang kita akan lakukan???bersabar??? Ingatlah, Allah maha Berkuasa dan maha mengetahui segalanya..
Analogi di atas cuba penulis olah dengan isu yang melanda sahabat-sahabat tahfiz kita. Jadi, apa tindakan kita jika kita mahasiswa yang dikatakan cakna dengan isu kampus atau mahasiswa prihatin.??Sekadar melihat sahabat kita terus disingkirkan>??? Jika kita hanya rakyat biasa, mungkin itu pendekatan yang kita ambil. Namun, jika kita seorang pimpinan, adakah melihat dengan sabar adalah penyelesaiannya??? Tindakan sebenar seorang pemimpin ialah bertindak dengan bijak dan sabar. Bukannya secara agresif dan bertindak melulu. Ya..betul, kita mahukan hak sahabat kita dikembalikan, namun ada caranya. Di pihak kerajaan pula, apa ada dengan suara rakyat??? Adakah rakyat tidak berhak bersuara lagi?? Dimana sifat Umar Abdul Aziz yang selama ini diagung-agungkan???? Penulis respect dengan TG. Nik Aziz yang rata-rata penulis dengar tentang sifat beliau yang amat mengiktiraf suara rakyatnya.. Sebenarnya, di pihak perwakilan pelajar sendiri amat serba salah dengan apa yang berlaku..Pelbagai pendapat dan cadangan kita ambil sebelum sesuatu tindakan itu diambil Namun, ramai juga pihak yang tidak berpuas hati. Ini lah dikatakan diluah mati mak, ditelan mati bapak. Nak utarakan salah, xutarakan pun salah. Bila kita tegur, kata kita membangkang apa yang kerajaan negeri lakukan..TAPI…ennntaaahhhlahhh..
Namun, apabila timbulnya isu ini, banyak pihak yang cuba memutar belitkan dan tidak kurang juga ramai yang mengambil kesempatan ke atas isu ini, khususnya puak-puak U_ _O.. katanya mahasiswa dah muak dengan pemerintahan PAS lah, apa lah.. Kenapa la mereka –mereka ini suka mewujudkan sesuatu yang tidak dinyatakan? Sehinggalah timbulnya isu baling BOM di pejabat HEP.
ISU BALING BOM HEP
Tak tahu macam mana nak judge isu ini..Ada pihak mengatakan bahawa perkara ini adalah tindakan student yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pentadbiran yang mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai demo tahfiz. Mana buktinya?? Jika benar pelajar yang terlibat, mana bukti dari polis yang datang membuat siasatan..datang buat gempak saja k????? sekadar menakutkan pelajar sahaja k? atau dalang sebenar isu ini adalah dari puak-puak mereka juga???ha…ha..wallahua’lam…. Nak tuduh, xboleh..satg didakwa pula..Tapi xmustahil sebab sehingga kini berita tersebut, senyap begitu saja, dan semua ini kadangkala, mainan politik semata-mata. Wallahua’lam..
TERKINI : PENGHANTARAN MEMORANDUM
Masih ramai antara kita yang keliru dengan tindakan ini..Almaklum..mungkin ianya berlaku ketika cuti semester, yang menyebabkan sudut penerangan yang tidak jelas. Namun, sedikit yang mengecewakan pihak mahasiwa yang terbabit, mengapa menuduh mahasiswa mencabar kerajaan negeri kedah?? Ingatlah, mereka bukan nya mencabar, tapi menegur agar pihak MB tidak mendengar penjelasan apa-apa isu hanya di sebelah pihak sahaja. Buang segala sifat kekronian..Mahasiswa sayangkan MB, sayangkan Kedah, sayangkan INSANIAH..sebab itu mahasiswa tidak ingin melihat MB terus diperalatkan oleh orang-orang yang ingin menjatuhkan Kedah, khususnya kerajaan pakatan rakyat. Mahasiswa ingin perkara ini diselesaikan sebelum menjelang pilihanraya ke-13 agar pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin kami di masa depan, pemimpin yang boleh menerima suara dan pandangan rakyat. Jika dikatakan mahasiswa yang menghantar memorandum tersebut, menentang atau mencabar negeri Pakatan Rakyat, awal-awal lagi mereka ini tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri..Banyak bantuan yang mereka salurkan melalui program dalaman dan luaran yang tidak perlu penulis detailkan…Semua itu atas asbab apa???sebab sayangkan INSANIAH, dan KEDAH. Mahasiswa tersebut bukannya macam setengah mahasiswa yang lain, yang hanya tahu menghentam dan mengkritik sahaja. Bila ajak buat kerja Islam sedikit, masing-masing menunjukkan sifat ithar nya yang kononny tinggi.. Apa yang agak kurang enak didengar oleh penulis, apabila ada di kalangan mahasiswa kita yang cuba bertanya pada penulis tentang pendirian seorang mahasiswa lain yang idealis dalam mengutarakan pandangannya. Mereka agak kecewa dan mungkin juga pelik apabila idealis mahasiswa ini tidak menyebelahi pihak student bahkan terrrrlalu mengagung2kan tindakan bapak r____r. Sehingga mereka ini menyangka bahawa mahasiswa ini sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku, dengan menunjukkan bahawa dial ah penyokong tegar r____r bagi kepentingan peribadinya yang semata-mata mahu mendapat title Anugerah C______r atau mungkin juga Anugerah Di____ menjelang konvokesyen nanti. Penulis yang agak terkejut dengan sangkaan ini meminta agar mereka-mereka ini bertanya sendiri kepada tuan punya pandangan itu sendiri. Sama ada sudah bertanya atau belum, penulis tidak berapa pasti. Mengapa mereka berprasangka sedemikian kerana apa yang ______ buat dan lakukan, semuanya benar di mata mahasiswa itu..Penulis terkejut dengan penilaian terhadap mahasiswa itu. Masakan mahasiswa itu atau sebenarnya sahabat yang pernah bergerak kerja sekali dengan penulis mempunyai agenda sebegitu yang hanya mementingkan peribadi semata-mata. Jika benar apa yang mereka sangka kan itu, mungkin hilang respect penulis dan rakan mahasiswa lain terhadap dirinya yang penuh dengan idealis-idealis yang tersendiri..Wallahua’lam… Tidak berani untuk penulis mengeluarkan pandangan mengenainya walaupun kami pernah bergerak kerja bersama-sama. Apa yang penting bagi penulis, yang benar kita katakan benar, yang salah tetap salah. Mahasiswa sayangkan Kedah, sayangkan INSANIAH…mengapa bila mahasiswa mengikut saja atau bahasa kasarnya hanya menjadi pakturut, mereka mengagungkan mahasiswa, namun bilamana mahasiswa bersuara memberi pendapat, semuanya dianggap salah malah dianggap sebagai pembangkang. Ke mana hilangnya hak bersuara rakyat??? Malah si Rakyat pula perlu bangkit semula dalam membina kepercayaan kerajaan negeri. Seperti yang pernah dikatakan, 4tahun, tidak cukup untuk kita menilai jatuh bangunnya sesebuah kerajaan itu.. Banyak sisa-sisa masalah dari kerajaan yang lepas yang mereka perlu selesaikan terlebih dahulu. Harapannya, sebagai mahasiswa yang juga rakyat yang menyokong untuk terus membantu kerajaan kita, manakala pemimpin, jadilah pemimpin yang boleh menerima pandangan rakyat, yang sentiasa bersama rakyat…InsyaAllah, moga KEDAH terus SEJAHTERA di bawah nikmatNYA… sekadar pandangan dari insan yang dhoif..
wallahua’lam…