Followers

Saturday, July 30, 2011

Rintihan Ramadhan, Ramadhan Terakhirkah ini??





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Masih lagi diberi nikmat untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Jika sebelum ni, selalu dengar, Dr. Yusof dan Dr. Mahmoud berdoa sebelum habis kelas,
" Allahumma ballighna fi syahri Ramadhan.."
Alhmdulillah,..semoga kita sama-sama menggunakan peluang ramadhan kali ini dengan sebaiknya dan moge kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan dariNYa.

Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Bulan Ramadhan juga adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Terdapat 3 bahagian istimewa yang dibahagikan kepada mereka yang berpuasa, iaitu bahagian pertama, dipenuhi dengan rahmat Allah. Bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian tiganya pula pembebasan dari api neraka. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam dan medan tarbiyyah kita yang sebenarnya.

Wallahua'lam..

.::. Mohon Kemaafan kepada semua atas segala kekhilafan diri yang disengajakan atau tidak.


0 comments:

Post a Comment