Followers

Saturday, December 12, 2009

KeMATIan Itu Satu KePASTIANan


Ya zal jalaaliwal ikramm..3x...terjaga ana dari lena yang panjang..alunan zikr henset di sebelah terus menjerit minta diangkat..pabila show je mesej,innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..terus sedekahkan al-fatihah buat arwah..kak usrah ana bagi mesej"sedekahkan al-fatihah wat sahabat kita yang baru kehilangan ayahnya pagi tadi.."kasihan sahabatku.di waktu inilah Allah menguji dia dengan sehebatnya.Aku tahu,dia seorang yang kuat sebab itu Allah mengujinya di saat ini.Namun ku pasti, dia memerlukan seorang teman untuk berkongsi segala perasaan..Sebagai sahabat,ku minta maaf kepadanya,kerana tidak dapat bersama-samanya.Alhamdulillah..dia faham.Ana baru saja sampai Johor kelmarin..Hanya doa dari jauh yang mampu dilakukan.Bukan untuk menceritakan saat itu,tapi ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman.Kematian ayahanda sahabatku ini,mengingatkan ana kepada ibunda tercinta yang telah pergi enam tahun yang lalu,sewaktu ana di tinkatan 2..macam semalam saja dia pergi..tapi yang yang pergi,tetap kan pergi.Sekalipun air mata darah yang mengalir,tidak mungkin dia kan kembali.Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan dengan mengambil iktibar dari satu kematian itu.Mati itu pasti,cuma kita tak tahu bila ia akan tiba menjemput kita.Sedang diri ini sedang berduka,tiba2 teringat satu kisah yang baru saja ku baca pada waktu itu..Buku karangan Dr.Ramadan Abu Bakar Mahmud,Jalan Wanita Solehah..menceritakan bagaimana seorang wanitu itu dikatakan hebat dari kaum muslimin..Ohh..rupanya,wanita juga boleh menjadi hebat juga ya..Ya..boleh!!SABAR..Setengah dari kita menyangka bahawa sifat ini jarang ada pada seorang wanita,tapi ia tidak dapat dibuktikan kerana kita dapat menemukan wanita berlumba dengan lelaki untuk mendapatkan sifat ini.Mungkin saja wanita melebihi lelaki disebabkan keimanan dan penyerahan dirinya kepada Allah ketika terjadi bala dan musibah.Kerana tahu,bahawa Allah tidak meningatkan melainkan kebaikan buat manusia dan tidak menimpa musibah melebihi kekuatannya dan itu menaikkan darjatnya dan menghapus kesalahan-kesalahan. sabar juga membawanya ke syurga..firman Allah dalam surah Al-Baqarah 155-157 ,mafhumnya: " Dan sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.dan berikanlah khabar gembira bagi orang2 yang sabar,(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan, Innalillahi wa inna ilaihi raji'un".. dan firmanNya dalam surah Azzumar ayat 10,mafhumnya : "sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."..Rasulullah juga ada bersabda:"Barangsiapa yang ingin Allah berikan kepadanya kebaikan,Allah akan menimpakan musibah padanya"sahih Bukhari.
Ketika seorang wanita solehah yakin dengan keislamannya dengan ayat2 dan hadis2 ini,maka ia telah m'berikan contoh dan ikutan yang baik untuk orang2 selepas mereka atas kesabarannya ketika ditimpa musibah.Contoh kisah yang boleh ana bawakan disini ialah kisah Manfusah binti Zaid Al-Fawaris telah mendapat musibah atas kematian anak lelaki yang diasuhnya.Saat itu, Manfusah melihat anaknya bersabung nyawa. Ia berkata: Demi Allah!Aku lebih suka kamu pergi dahulu daripada kamu pergi selepasku.Kerana ini lebih mudah bagiku supaya aku dapat menguasai kegoncanganku.Sekalipun berpisah denganmu satu kerugian,namun pahala darimu adalah lebih baik."Beliau telah mengambil contoh yang baik,ketika m'hadapi musibah dgn mengikuti hadis Rasulullah s.a.w yang b'bunyi : " Sesungguhnya kesabaran ketika itu t'jadi benturan yang pertama kali."..Maksudnya,bahwa kematian anaknya dan keteguhannya untuk m'harapkan pahala dari Allah.Hal itu ia lebih sukai daripada anaknya tetap masih ada sebelum ia meninggal.Hal ini,bukanlah dia tidak sayang dan cintakan anaknya .Tidak sesekali. Namun musibah yang t'jadi itu lebih besar,melainkan pahala yang datang dari Allah yang telah meringankan kesedihan atas pemergian anaknya itu.Hal ini menunjukkan bahwa kesabaran yang ada pada wanita solehah itu,berdasarkan keyakinan dan pengakhiran yang baik.Oleh kerana itu mereka lebih memilih mendapat kegoncangan..Jadi sahabiah ku..janganlah kita terus berduka atas segala musibah yang menimpa.Terimalah dengan hati yang lapang,Allah tahu kita mampu tanggung semua ini.Sebab itulah Dia uji kita.Moga kesabaran ini menjadikan kita salah seorang wanita yang hebat dan mampu menjadikan kita salah seorang wanita yang solehah.Ingatlah..bahwa Kematian itu satu yang pasti..

Monday, November 30, 2009

KaLam InSaNi


Assalamualaikum...
Wat para sahabat yang sudi berkunjung ke blog kiter...Alhamdulillah,sume ni berkat cetusan ilham dari Ilahi.pada mulanya agak x confident untuk kiter mereka blog ni..tapi biler memikirkan yg ruangan ini mampu menjadi salah satu platform untuk kiter mencetuskan idea,ruang berdakwah dan disamping medan untuk bertukar maklumat bersama sahabat2 sumer,yang sememangnya expert dari kiter,kiter cube juga.Alakulli hal,ini merupakan permulaan utk kiter..InsyaAllah,akan ada tajdid dr semasa ke semasa..KALAM INSANI di beri nama...sememangnya diri ini perlu sedar akan setiap kalam manusia itu banyak khilafnya..xkan setanding dengan KALAM ALLAH (Al-Quran)..Oleh itu,kita perlu bijak untuk mengutarakan@m'cetuskan idea masing2..Sebagai peringatan untuk diri sendiri,yang serba KERDIL ini,sentiasa mengharapkan agar sahabat2 dapat menegur segala kekhilafan yang berlaku dalam blog ini disamping sama2 berkongsi general knowledge agar diri umat Islam ini tidak akan dikatakan kolot dan slow...syukran!! to all supporter that help me to create this blog.Moger KALAM INSANI mampu menjadi medan untuk kita membaiki diri dan menyeru kebaikan kepada yang lain,.InsyaAllah..

RFC vs KFC..!/?_mesti la RFC..!!


Dalam seminggu dua ni banyak berita mengenai Ayam… Itu adalah makanan kegemaran generasi kini… KFC, Nandos, Kenny Roger Rosters dan sebagainya sentiasa penuh dikunjungi. Kisah ayam cucuk bukanlah berita yang menggemparkan kerana telah selalu di dengar dan dilupakan kita. Persoalannya adakah ayam yang kita nikmati sehari-hari diternak dan di sembelih dengan cara yang betul?… Sekadar renungan… tindakan perlu di ambil untuk memastikan makanan yang kita ambil dan di hidangkan kepada orang adalah yang halal lagi baik.

Menyedari masalah ini HPA telah membuat penternakan ayam organik sebagai alternatif kepada ayam biasa yang di jual di pasaran.Juga bagi mereka yang berada di Sungai Petani dan Alor Setar, Radix Fried Chicken (RFC) yang menhidangkan menu ayam goreng organik sedia di nikmati. Juga penggemar nasi ayam, restoren Radix Organik Recipe meneyediakan nasi ayam organik.

Segala aktiviti-aktiviti perniagaan HPA termasuk penternakan ayam di pantau oleh Panel syariah HPA. Oleh itu, jangan ragu-ragu dengan status halal ayam orgnik HPA. HPA juga telah menurunkan harga ayam organik dari RM 19 kepada RM 15 bagi sebungkus (1.5 kg hingga 2 kg)

Bagaimana untuk mendapatkannya? . HPA mempunyai lebih dari 100 cawangan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi www.hpa.com.my @ pjskpu.radix2u.com..

Wednesday, November 25, 2009

SALAM EI'DUL ADHA




SALAM E'IDUL ADHA
Pohon Maaf zahir dan batin..Sama-sama kita menghayati konsep "TADHIAH" nabi ALLAH Ibrahim dan Ismail ke dalam kehidupan dan perjuangan..Susurilah..jalan da'wah ini..dengan penuh ketabahan dan kesabaran dan berhikmah,InsyaAllah.