Followers

Thursday, December 8, 2011

~Tiga : Kembali Semula ~


Assalamualaikum wbt....

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "(HR. Bukhari Muslim).

Sekian lama Kalam Insani dibiarkan menyepi sehingga terabai 'haknya' dalam mencapai misi yang termaktub pada azalinya. 3 bulan lebih berlalu, agak-agaknya apa yang berlaku sehingga kalam Insani rasa terabai..?

Sekadar satu perkongsian...

Post terakhir dalam laman Kalam Insani adalah pada 3 bulan yang lalu, di mana kita berkongsi suasana di akhir ramadhan dalam menjelangnya syawal 1432H..Nah, sekarang sudah masuknya tahun baru 1433H. rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan "Salam Ma'al Hijrah 1433H" kepada seluruh umat Islam di bumi Allah. Moga tahun-tahun yang mendatang, lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Diri ini juga sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk thabat dan istiqamah di jalanNYA..

Selepas beberapa hari cuti beraya, pengajian disambung kembali.. dalam fatrah tersebut sudah ada ura-ura mengatakan akan berlaku pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa. Akhirnya pada tanggal 28 september 2011, maka secara rasminya berlaku pertukaran tampuk kepimpinan MPM antara sesi 2010/2011 dengan MPM 2011/2012. Tahniah & Takziah diucapkan..


Selepas menurun takhta untuk kali terakhirnya, almaklum dah tahun akhir, Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan untuk diri ini menumpu bidan AKADEMIK dengan semaksimum mungkin. Ruang dan peluang yang selama ini dinanti, digunakan sebaik mungkin.Jika sebelum ini, hati merintih dan berkecamuk pabila melihat sahabat-sahabat turun naik maktabah, muroja'ah bersama dan sebagainya. Sehingga terdetik dalam hati, alangkah indahnya waktu ini sepertimana waktu di awal melangkah ke alam universiti. Waktu imtihan pula hanya beberapa hari sahaja. Tanggal 31/10/2011, merupakan hari pertama menghadapi imtihan bagi semester 1 Tahun 4.. berperang dengan mata pena dan kertas peperiksaan hampir 3 minggu, alhamdulillah tanggal 12/11 merupakan hari terakhir imtihan. Lantas teringat ada jemputan walimah sahabat lama dan insan yang banyak berkongsi ilmu pada hari tersebut, gagah mempelawa sahabat lain untuk memenuhi undangannya. Mabruk buat sohabi yang sorang ini. semoga ikatan yang dibina, kekal hingga ke syurga hendakNYA.

Niat untuk mengupdate Kalam Insani ditangguh buat sementara waktu walaupun imihan telah tamat bagi memberi laluan kepada beberapa perkara yang pinta diawlakan.. sehinggalah diberikan ruang masa olehNYA agar diri ini bisa mencoretkan sedikit perkongsian dalam laman ini ianya tidak bersarang dengan kalam2 yang menyinggah di shoutbox Kalam Insani. Semoga dengan penghijrahan tahun Islam ini, kita semua bisa menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Jika sebelum ini, diri ini mudah melatah dengan apa yang berlaku, pasti ada saja yang ingin diperbetulkan dalam laman Kalam Insani ini. namun, bertepatan dengan hadis rasulullah di atas, maka jalan selamat yang diambilnya. Jika menurutkan hati dan akal, pelbagai perkara yang rasa ingin dijelaskan dalam Kalam Insani ini, agar pembaca bisa menilainya. terutamanya perkara yang membabitkan isu yang berlaku di Kampusku yang tercinta. namun, tindakan kita perlulah didasari dengan IMAN. Ya, sinergi IMAN mampu membuatkan setiap tingkahlaku dan amal kita, adalah yang positif dan terbaik, insyaAllah. ini kerna kita meletakkan Allah untuk segalaNYA.

Moga selepas ini, ada kesempatan dan ruang lain untuk kita kongsikan bersama. Harapannya, Kalam Insani juga tidak di'rehat'kan dengan lebih lama. Menjadi seorang yang responsif, dalam setiap isu dan perkara adalah semestinya..insyaAllah..

~wallahua'lam..Salamullahi alaik~

0 comments:

Post a Comment