Followers

Thursday, January 5, 2012

Warkah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatu..

Segala puji bagi hanya bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat, serta keizinannya hingga memungkinkan warkah ini tercoret.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabatnya sekalian yang seiring sebahu berjuang menegakkan kalimah Allah swt di atas muka bumi ini hingga kita sebagai umatnya dapat merasai betapa manisnya iman.

Ku menulis warkah ini buat insan yang disayangi kerana Allah. Diri ini merasa amat bertuah mengenalimu sejak dulu lagi kita bertemu mata, yang akhirnya jatuh ke hati kerana indahnya Islam itu kerana kasih sayang sesama saudaranya. Moga ikatan antara kita takkan sirna selamanya, biar jasad ditelan bumi dan zaman ditelan masa.

Ukhti fillah, ku amat mengagumi dirimu, kecekalanmu, kesungguhanmu, wawasanmu, semangat juangmu yang tiada tolok bandingnya buatku. Indah hidupmu di pandangan manusia, semoga seindah itulah di pandangan Allah swt.

Tiada insan didunia ini yang sempurna, kerana kesempurnaan hanya milikNYA semata. Namun, bersyukurlah kerana engkau masih memiliki hati yang hidup. Setiap insan yang hatinya hidup akan sentiasa berharap menjadi leih baik.

Diri ini merasa tidak layak dijadikan qudwah, kerana masih banyak perkara yang harus diperbaiki. Hamba-hambanya yang berusaha berubah untuk kebaikan adalah pejuang, ada harganya di sisi Allah swt, namun ianya tidak semudah yang kita bayangkan, ianya memerlukan mujahadan dan istiqamah. Moga Allah swt, sentiasa metapkan pengembaraan kita dimuka bumi ini di atas jalanNYA.

Pesanan buat diri ku jua dirimu….

Pertahankan akidah kita, teguhkan fikrah islami kita, rebutlah cinta Ilahi walau dimana kita berada, kita merupakan agen penyebar dakwah. Jadikan al-quran peneguh diri.


Akhir kalam..

Ukhti fillah,

Bila kau letih dan hilang semangat, Allah swt tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah swt telah mengira titisan air matamu.

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah swt setia di sisimu.

Bila kau telah mencuba segalanya, namun tiada tujuan, Allah swt ada penyelesaiannya.

Bila tidak ada yang bererti buatmu keliru dan kecewa, Allah swt adalah jawapannya.

Semoga dirimu sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah swt., insyaAllah..

Andai diri ini pernah tersalah silap, harap dimaafkan. Jangan pernah melupakan diri ini dalam doamu.

(23-04-09, ukhti fajar..ukhwah fillah)

*sahabat-sahabat, warkah ini sekadar satu perkongsian. Warkah cinta dari seorang sahabat yang ‘cinta’ akan diri ini yang banyak leka dan lalai dalam dunianya sendiri, supaya diri ini sentiasa mengingati nasihatnya selagi mana nyawa dikandung badan. Kita kongsikan bersama, kerana kita semua sentiasa berkasih sayang keranaNYA.

Syukran jazilan buat ukhti fajriah atas nasihat dan doamu. Uhibbuki fillah =)

0 comments:

Post a Comment