Followers

Saturday, January 7, 2012

Dusta itu BOLEH, namun AWAS..!!

Saya petik sedikit isi kandungan dari kitab Mutiara Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam Al-Ghazali

Dari Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin & Al-Qassami, terbitan ILLUSION NETWORK

DUSTA YANG DIBOLEHKAN, ADALAH...

Ketahuilah bahawa berdusta itu diharamkan kerana menyebabkan kemudharatan kepada orang lain. Tetapi ada juga dusta yang mengandungi kemaslahatan. Oleh sebab itu, jika demikian halnya, maka tentulah diizinkan. Bahkan dusta itu kadang-kadang menjadi wajib hukumnya, sekiranya dengan berkata benar, akan menyebabkan tertumpahnya darah seseorang, misalnya seorang yang sedang bersembunyi dari seseorang zalim yang hendak buat aniaya kepadanya.

Pada waktu yang sedimikian, maka dusta adalah wajib menurut pandangan agama. Demikian pula halnya dalam peperangan, tentulah tidak akan sempurna untuk memperoleh kemenangan kecuali dengan tipu daya dan dusta. Dalam perkara ini, disamakan dengan hokum berdusta yang bermaksud untuk mendamaikan dua orang atau dua golongan yang sedang berselisih atau untuk mencondongkan hati seseorang yang hendak berbuat kebaikan atau dalam mendamaikan hubungan antara dua orang suami isteri.

Dalam semua keadaan ini, apabila dusta harus dilakukan maka hukumnya adalah boleh atau diharuskan. Tetapi semua itu wajiblah dibatasi hingga ke tahap yang dianggapperlu dan terdesak sahaja, agar tidak melebihi daripada apa-apa yang dihajatkan. Dalam pengertian dusta yang harus ini terdapat banyak keterangan dari hadis. Tsauban berkata: “ Dusta itu semuanya berdosa, kecuali dusta yang dimaksudkan untuk memberikan manfaat kepada seorang Muslim atau yang ditujukan untuk menolak suatu bahaya yang akan datang.”

# Harap sahabat-sahabat yang membacanya dapat memahaminya. Janganlah kita berdusta dari perkara yang tidak dinyatakan sebabnya dalam syariat Islam. Kadangkala ada diantara kita yang ingin ‘bertawriah’ (berhelah) bagi mengelakkan dari satu-satu perkara itu diketahui umum, tapi bila salah caranya, akhirnya membawa kepada satu pembohongan, nauzubillah. Ingatan buat diri sendiri jua buat sahabat-sahabat pembaca yang lain kerana, sekali orang tidak percaya pada kita, mungkin agak susah untuk kita mendapat kepercayaan dari orang buat selama-lamanya. wallahua’lam..




0 comments:

Post a Comment