Followers

Thursday, December 8, 2011

~Selangkah ke alam kesempurnaan IMAN~


Assalamualaikum wbt..

Bismillahi wal hamdulillah..

Berbicara tentang cinta dan perkahwinan. Sememangnya, cinta itu adalah fitrah yang dianugerahkanNYA kepada setiap insan biasa. Namun, pabila ia salah digunakan, ianya boleh mengundang bisa yang amat perit bagi jasad insan biasa. Justeru itu, apabila hadirnya rasa cinta antara dua insan yang bukan muhrim (antara lelaki dan wanita), maka Islam menganjurkan satu ikatan agar yang bisa akan kembali biasai. Ikatan itulah yang dinamakan PERKAHWINAN. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai satu ikatan yang suci,dan murni ini, diri ini tidaklah sehebat mana (almaklum, masih tiada pengalaman). Namun, ini hanyalah satu coretan dari insan biasa buat teman-teman yang sudah dan akan melangkah ke gerbang perkahwninan. (Sengaja mengambil 'mood' bersempena walimah seorang sahabatku yang dikasihi ini.)


BERKAHWIN SEMASA BELAJAR VS BERKAHWIN SELEPAS BELAJAR..

Topik ini banyak dibualbicarakan, sama ada berbentuk forum, ceramah, sembang santai atau sebagainya. Kadangkala mengundang rasa malu apabila ianya menjadi perbualan ramai. Manakan tidaknya, pernah hati ini terdetik, 'apalah, tak sabar ke nak kahwin awal2. study pun xhabis lagi'. Namun, pabila berfikir sejenak, agak rasional perkara ini dibincangkan agar mahasiswa kini boleh berfikir. Ini kerana, trend berkahwin semasa belajar sudah menjadi satu kebiasaan di mana-mana kampus pada masa kini. Kalau dahulu, diri ini merupakan salah seorang yang jelek dengan cinta apatah lagi perkahwinan semasa belajar. Namun, bila dimuhasabah, lantas rasa gerun dan gusar cepat sahaja bertandang. Astaghfirullah,.Alangkah bimbangnya Allah akan menguji diri ini dengan perasaan 'itu' satu hari nanti. Pernah dalam satu majlis, PESKO (Pesta Konvokesyen) KUIN yang lepas, 2 orang gandingan 'deejay' turut menjadikan topik ini sebagai sembang santai. dari situ, diri ini mula bersikap optimis dalam menghadapi suasana sebegini. Ini kerana disekeliling kita juga,kita mepunyai sahabat yang mengalami peristiwa ini. pernah juga bertanya dan bertukar pendapat dengan mereka. Jadi, sebagai seorang sahabat, perlukah kita menjauhkan diri dengan mereka? Inilah dikatakan jodoh. cepat atau lambat, kita tidak tahu. Walaupun kadangkala diri ini agak berprasangka dengan alasan yang diberikan, 'dah jodoh awal, nak buat macamana. Alhamdulillah lah..' Namun, prasangkaan ini hanyalah bagi beberapa individu yang dirasakan bermain dalam soal perkahwinan. Bagi diri ini, di sinilah kita hendak mengaplikasikan kebijaksanaan kita dalam menghadapinya..Wallahua'lam, tidak berani untuk diri ini terus menghukumnya bimbang Allah akan menguji satu hari nanti. Namun, lantas kita berpaksikan keyakinan kepada hadis baginda SAW yang bermaksud,

“Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”.

Dari petikan hadis ini, diri ini tertarik dengan status FB seorang ustaz yang amat dihormati..Sangat bersetuju dengan pandangannya..

"Di sebalik "SEMPURNAKAN AGAMA DENGAN PERKAHWINAN" ada tuntutan yang tertanggung atas setiap pasangan. Biarlah perkahwinan menjadi ibadah untuk meraih pahala, biarlah ia menjadi qudwah untuk orang mengambil teladan, biarlah ia menjadi WASILAH untuk meggapai kejayaan lebih cemerlang, JANGAN jadikan perkahwinan fitnah yang menakutkan segala orang untuk menurutnya. JANGAN jadikan IA halangan kepada dapatan pelajaran. JUSTERU, sahabat pengantin baru, jadikanlah perkahwinan sebagai memenuhi kehendak seorang pelajar dengan sebenarnya, yang gagal mesti lulus sesudah berkahwin, usaha mesti ditingkatkan kerana sebahagian diri telah sempurna, yang berjaya akan perolehi kejayaan lebih cemerlang. TOLONG jangan kita menyebabkan orang berkata itu dan ini, "baik tidak berkahwin lagi baik". SAMA-SAMALAH KITA BERMUHASABAH. SEBARKAN..."

Oleh itu tidaklah menjadi kesalahan sama ada berkahwin semasa belajar atau selepas belajar. Bezanya, perkemaskan diri bagi mereka yang ingin bergelar raja sehari sewaktu di alam kampus. Keteguhan, kesabaran dan keyakinan kepadaNYA perlulah dimaksumumkan agar ia menjadi benteng buat sang diri..perjuangan tidak dihentikan wlaupun kita sudah berkeluarga.

Sekadar itu sahaja yang dapat dikongsikan. Ini hanyalah sekadar coretan, dan ianya tiada kena mengena dengan mana-mana individu. Sekadar perkongsian pendapat untuk peringatan diri admin Kalam Insani sendiri. wallahua'lam..


~Tiga : Kembali Semula ~


Assalamualaikum wbt....

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "(HR. Bukhari Muslim).

Sekian lama Kalam Insani dibiarkan menyepi sehingga terabai 'haknya' dalam mencapai misi yang termaktub pada azalinya. 3 bulan lebih berlalu, agak-agaknya apa yang berlaku sehingga kalam Insani rasa terabai..?

Sekadar satu perkongsian...

Post terakhir dalam laman Kalam Insani adalah pada 3 bulan yang lalu, di mana kita berkongsi suasana di akhir ramadhan dalam menjelangnya syawal 1432H..Nah, sekarang sudah masuknya tahun baru 1433H. rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan "Salam Ma'al Hijrah 1433H" kepada seluruh umat Islam di bumi Allah. Moga tahun-tahun yang mendatang, lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Diri ini juga sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk thabat dan istiqamah di jalanNYA..

Selepas beberapa hari cuti beraya, pengajian disambung kembali.. dalam fatrah tersebut sudah ada ura-ura mengatakan akan berlaku pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa. Akhirnya pada tanggal 28 september 2011, maka secara rasminya berlaku pertukaran tampuk kepimpinan MPM antara sesi 2010/2011 dengan MPM 2011/2012. Tahniah & Takziah diucapkan..


Selepas menurun takhta untuk kali terakhirnya, almaklum dah tahun akhir, Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan untuk diri ini menumpu bidan AKADEMIK dengan semaksimum mungkin. Ruang dan peluang yang selama ini dinanti, digunakan sebaik mungkin.Jika sebelum ini, hati merintih dan berkecamuk pabila melihat sahabat-sahabat turun naik maktabah, muroja'ah bersama dan sebagainya. Sehingga terdetik dalam hati, alangkah indahnya waktu ini sepertimana waktu di awal melangkah ke alam universiti. Waktu imtihan pula hanya beberapa hari sahaja. Tanggal 31/10/2011, merupakan hari pertama menghadapi imtihan bagi semester 1 Tahun 4.. berperang dengan mata pena dan kertas peperiksaan hampir 3 minggu, alhamdulillah tanggal 12/11 merupakan hari terakhir imtihan. Lantas teringat ada jemputan walimah sahabat lama dan insan yang banyak berkongsi ilmu pada hari tersebut, gagah mempelawa sahabat lain untuk memenuhi undangannya. Mabruk buat sohabi yang sorang ini. semoga ikatan yang dibina, kekal hingga ke syurga hendakNYA.

Niat untuk mengupdate Kalam Insani ditangguh buat sementara waktu walaupun imihan telah tamat bagi memberi laluan kepada beberapa perkara yang pinta diawlakan.. sehinggalah diberikan ruang masa olehNYA agar diri ini bisa mencoretkan sedikit perkongsian dalam laman ini ianya tidak bersarang dengan kalam2 yang menyinggah di shoutbox Kalam Insani. Semoga dengan penghijrahan tahun Islam ini, kita semua bisa menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Jika sebelum ini, diri ini mudah melatah dengan apa yang berlaku, pasti ada saja yang ingin diperbetulkan dalam laman Kalam Insani ini. namun, bertepatan dengan hadis rasulullah di atas, maka jalan selamat yang diambilnya. Jika menurutkan hati dan akal, pelbagai perkara yang rasa ingin dijelaskan dalam Kalam Insani ini, agar pembaca bisa menilainya. terutamanya perkara yang membabitkan isu yang berlaku di Kampusku yang tercinta. namun, tindakan kita perlulah didasari dengan IMAN. Ya, sinergi IMAN mampu membuatkan setiap tingkahlaku dan amal kita, adalah yang positif dan terbaik, insyaAllah. ini kerna kita meletakkan Allah untuk segalaNYA.

Moga selepas ini, ada kesempatan dan ruang lain untuk kita kongsikan bersama. Harapannya, Kalam Insani juga tidak di'rehat'kan dengan lebih lama. Menjadi seorang yang responsif, dalam setiap isu dan perkara adalah semestinya..insyaAllah..

~wallahua'lam..Salamullahi alaik~

Tuesday, August 30, 2011

Salam Eidul Mubarak 1432H



Assalamualaikum wbt...
Dengan rasa kerdil dan rendah diri, saya memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang ada, baik pada teman-teman seperjuangan, rakan-rakan blogger, keluarga, guru2 dan sahabat-sahabat di barisan kepimpinan MPM KUIN. Semoga madrasah Ramadhan yang baru sahaja berlalu meningkatkan ketaqwaan dan keberkatan dalam tiap nafas kita selepas ini, di samping meninggalkan kita dengan 1001 rahmatNYA. Semoga kita beroleh rahmat kemenangan di Aidilfitri ini.
~Kullu a'm wa antum bikhair~


Salam Eidul Mubarak, dari kami sekeluarga..
(jemput datang ke teratak kami..)

Monday, August 15, 2011

Muhasabah Ramadhan Terakhir



"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...."
Terkejut dibuatnya saat mendengar ungkapan ini, disangkakan ada hamba Allah yang telah pergi.. Tapi lantas tersedar pabula disiku oleh rakanku, bukannya orang yang meninggal, tetapi 'tetamu Allah' yang paling dirindui akan pergi meninggalkan kita. DIA hanya pinjamkan kepada kita sebulan sahaja. DariNYA 'dia' datang, dan kepadaNYA jualah 'dia' akan kembali..Sedar tak sedar, ramadhan 1432H bakal meninggalkan kita.. Pejam celik, pejam celik, terasa cepat ianya berlalu. Seakan sahur dan berbuka puasa Ramadhan pertama bersama rakan-rakan Darul Taqwa baru semalam kita lalui. Namun, adakah amalan yang dilipatgandakan pahalanya, sudah kita penuhi.? Rasa kerdil sangat bila berbicara soal ini. Bersyukurlah bagi mereka yang mendapat barakah Lailatul Qadar, hari mulia dalam kalender Islam yang kehadirannya tetap misteri tanpa kita sbg manusia yg serba hina dan kerdil di bumi tuhan ini, mengetahuinya..Adakah kita dikalangan orang yang melepaskan segala macam peristiwa yang ada di bulan mulia ini, peristiwa badar kubra, nuzul quran, lailatul qadr, dan sebagainya..

Alangkah ruginya bagi yang tidak melayani 'kekasih' ini. Entahkan bila kita kan bertemu lagi. Mungkinkah ini kali terakhir untuk kita bersama-sama dengan 'dia'. Jikalaupun tahun hadapan kita bertemu kembali, adakah kesempatan dan ruang itu masih ada dan sama. Dek kerana manusia kan sibuk dengan urusan dunianya. Namun, itu semua siapa yang tahu jika urusan itu hanya DIA yang mengetahui..Kita hanya berserah dan bertawakkal. Moga peluang untuk bertemu kekasih itu, diberikan lagi. Jikalau kekasih ini kedatangan yang terakhir mnejengah kepada kita, pohonlah agar ianya berlalu dengan membawa seribu satu rahmat dariNYA. Moga ketiga-tiga fasa yang dinyatakan yang ada dalam bulan Ramadhan ini, sampai kepada kita, insyaAllah..

::Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..::
~Moga bertemu kembali di Ramadhan 1433H, insyaAllah~


Saturday, July 30, 2011

Rintihan Ramadhan, Ramadhan Terakhirkah ini??





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Masih lagi diberi nikmat untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Jika sebelum ni, selalu dengar, Dr. Yusof dan Dr. Mahmoud berdoa sebelum habis kelas,
" Allahumma ballighna fi syahri Ramadhan.."
Alhmdulillah,..semoga kita sama-sama menggunakan peluang ramadhan kali ini dengan sebaiknya dan moge kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan dariNYa.

Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Bulan Ramadhan juga adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Terdapat 3 bahagian istimewa yang dibahagikan kepada mereka yang berpuasa, iaitu bahagian pertama, dipenuhi dengan rahmat Allah. Bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian tiganya pula pembebasan dari api neraka. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam dan medan tarbiyyah kita yang sebenarnya.

Wallahua'lam..

.::. Mohon Kemaafan kepada semua atas segala kekhilafan diri yang disengajakan atau tidak.


Wednesday, July 27, 2011

Perjuangan JULAI belum selesai

Perancangan demi perancangan...
Semuanya diatur untuk satu perjuangan..
Walaupun wujudnya pertikaian demi pertikaian..
Alhamdulillah, ianya tidak pernah melemahkan..

Kami sahut semua cabaran..
Bukan sekadar semangat, namun bergerak atas satu kefahaman..
Agar ianya selari dengan tuntutan..
Tidak tunduk dengan nafsu dan syaitan..

Kami hamba yang lemah..
Namun, kami tidak akan gundah dan gelisah..
Kerna kami yakin akan ALLAH
Yang Maha Pemurah dan Yang Memerintah..

Sahabat-sahabat, perjuangan mesti diteruskan. walaupun kadangkala di pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN merasa lemah dengan pelbagai cabaran, kehilangan 4 orang sahabat pimpinan, aduan pelajar tentang masalah kebajikan yang tidak pernah surut dan tekanan dari pihak pentadbiran. Namun, pimpinan harus kuat dan berani. Yang hak perlu dinyatakan hak nya. Yakin dengan sokongan dari pelbagai pihak yang tidak pernah padam, menjadikan semangat yang hilang kembali semula. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan olehNYA berkat sokongan dari semua. Walaupun ada pihak yang cuba mempergunakan ulama' dan ibu bapa demi kepentingan peribadi, kita tetap yakin padaNYA.. Kini, hanya DIA lah saja tempat pengaduan kita..wallahua'lam..berita lanjut dari penjelasan@komen ini, boleh sahabat-sahabat klik

Kisah Julai..(3)


~19-23 Julai~
Berlangsungnya program Kolokium Ulama' Muda (KokUM 11')..Alhamdulillah, program yang julung kalinya diadakan di KUIN ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pengisian yang menarik dan manfaat disajikan kepada seluruh masyarakat khususnya buat mahasiswa/wi KUIN. Inilah harapan pihak MPM dalam meralisasikan biah solehah, yang bukan hanya kita faham menyentuh soal pakaian semata-mata. dengan wujudnya biah cinta ilmu, cinta ulama, juga dikatakan biah solehah.. Syukran jazilan buat sahabat-sahabat yang turut menjayakan dalam merealisasikan usaha ini. Moga Allah saja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian..

Juara Imam Muda musim ke-2..

Calon Imam Muda musim ke-3 kot..

Perasmi program, Ust.Ghani Shamsudin Pengerusi Persatuan Ulama' M'sia

Gimik Perasmian

Pengisian bersama Tok Guru-Tok Guru Pondok


Mengambil berkat dan tanda hormat..

peserta pidato...

Banyak lagi gambar yang diambil sepanjang KOKUM berlangsung. InsyaAllah team Journalist ATC akan menyiarkan berita program ini dalam masa yang terdekat..wallahua'lam..

Kisah Julai..(2)


~12 Julai~
"Alhamdulillah..,.".
Hanya ungkapan itu saja yang terkeluar bila saat Pak JPJ kata, "Tahniah! awak lulus.."
Wajah ayah & mama saja yang terbayang pada saat itu. Mana tidaknya, selepas ini mudah untuk bergerak kalau apa2 kecemasan terjadi di rumah. Tidak bergantung penuh pada ayah seorang. Ayah ucapkan tahniah walaupun lesen motor masih lagi menanti untuk diluluskan..Alhamdulillah, ayah faham yang anak ayah yang seorang ini mudah sangat gelabah bila berdepan dengan ujian. sebab itu x 'P' lagi walaupun test nya sudah berkali ..asyik LEMBU je,.bak kata ayah..Apapun..hati ini bersyukur sangat akan nikmat yang satu ini, kerana dengan nikmat ini, mudah-mudahan memudahkan urusan dan 'visi' yang sekian lama tertunda..


~di sinilah ku menimba ilmu pemanduan ni..~


Kisah Julai..(1)


(BERSAWANG..hanya itu saja ungkapan yang mungkin dapat diungkapkan pada blog ini. Maaf buat blog KALAM INSANI, kerana hak kepada dia kuabaikan untuk beberapa seketika, untuk menumpukan kepada beberapa perkara yang perlu diawlakan.. Namun, ianya tidak bermakna bila blog ini tidak diupdate, DAKWAH tidak berjalan.
"Kita ada cara kita sendiri"-kata2 ATC..)

~10 JULAI ~
Satu langkah menuju ke gerbang siswazah. Sedar tak sedar sudah sudah memasuki ke tahun akhir rupanya. Senior?? Rasa tidak layak gelaran itu disandang. Namun, itu adalah satu realiti yang diri ini kena sedar..Tanggungjawab di negeri sendiri sedang menanti..InsyaAllah, moga di beri peluang dan ruang oleh NYA untuk berbakti pada negeri sendiri pula dalam visi menghijaukan bumi Johor ku..

Tuesday, June 14, 2011

Satu Amanah



Satu Amanah

Muhasabah diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan...
Adakah matlamat hidupku yang menharapkan rahmat dan redhaMU bisa ku kecapi..?
Moga ianya bukan lah hanya satu khayalan buat diriku yang sentiasa alpa dan lupa dengan nikmatmu..
Sesungguhnya kejayaan itu milikMu yang sebenar..
Dugaan dan cabaran hanyalah onar yang perlu hambaMu lalui sebelum mengecapi saat manis itu,..bersama teman-teman yang dikasihi demi Islam.

Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Friday, June 10, 2011

~Ahlan wa sahlan,,~



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, setelah tamat Minggu Silaturrahim (MSR) pada kali ini, jelas terpancar wajah kegembiraan di wajah adik-adik atau sahabat-sahabat baru yang melangkah ke bumi Insaniah..sukar untuk menafsirkan wajah kegembiraan itu. Mungkin ianya menunjukkan rasa suka untuk bergelar sbg seorang mahasiswa ( bagi yang pertama kalinya menjadi mahasiswa), atau mungkin juga riak kegembiraan setelah bertarung dalam kepompong kongkongan MSR yang mana kita tahu, ianya dipenuhi dengan taklimat-taklimat dan ceramah-ceramah. Apapun tafsirannya, saya mengucapkan "Ahlan wa sahlan " ke bumi barakah Insaniah buat sahabat-sahabat baru. Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi untuk bersama dengan adik-adik pada kali ini, sbg fasilitator. Walaupun hanya tiga kali shj pertemuan 4 mata bersama adik-adik, ianya cukup bermakna pada diri ini. InsyaAllah, tautan hati itulah yang kita inginkan sebenarnya. Sempat juga memberi sedikit harapan dan ingatan buat mereka yang kesemuanya (ahli halaqah saya) adalah dikalangan yang baru ingin bergelar sebagai mahasiswa. Cerita tentang 5 mutiara di Insaniah juga tidak lekang dari bibir ini pada setiap tahun, serta berkongsi pngalaman MSR yang pernah dilalui pada satu ketika dulu. Moga-moga ianya menjadi ingatan khususnya bagi org yang memberi peringatan. Walaupun terdapat respondan yang agak tidak enak didengari dari salah seorangh adik halaqah tentang penganjuran MSR pada kali ini, namun segera ditepis dengan kata-kata positif agar kelemahan itu ditutup. Kerana apa, cabaran bagi mereka ini lebih besar. Jika dugaan ini mereka sudah merasa letih, saya bimbang jika adalagi dugaan lain yg datang, futhur adalah pilihan mereka..nauzubillah..Semoga adik2 dan sahabat yang masuk ini, mampu menjadi muslim yang bermanfaat pada diri dan agamanya, insyaAllah..
Pesanan terakhir..,Gali dan jagalah 5 mutiara itu..Ingatan rindu buat adik-adik sehalaqah, mahira, aisyi, madihah, zati, nabilah yahya, aisyah hasnan, nazirah, anidar,, maziah, amalina, nabilah, izzah, mira yuhanus, maria yuhabnis, darwina, syafina, ishma, izzati, fathonah,, izzat, maizatul, shakinah, nurifah, atikah razali, ain yusof dan sumaiyah...mge ukhwah kita berkekalan hingga ke akhirnya..wallahua'lam..



p/s : syukran kasir pada yang terlibat tu..sbar sungguh hati mereka..moga Allah shj yg membalasnya.

Friday, June 3, 2011

Warkah buat Ayah, Mama


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh ayah dan mama, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Ayah dan mama, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan keluarga yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Ku pergi meninggalkan dirimu
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


.::. Warkahku .::.

Sengaja edit bait-bait lirik nasyid ni..=) coretan yang dituju khas buat ayah dan mama sempena Anniversary yang ke-5 ( 4jun 2011)..thanks ayah atas kesudian membesarkan anaknya yg nakal selama 22 tahun ni..n mama yang sudi berkongsi kasih dengan kami genap 5 tahun hidup bersama kami..maaf atas kekurangan diri ini yang terlalu sedikit memberi komitmen untuk keluarga kita..InsyaAllah, after study nie concentrare penuh kat Johor nuu ek ( kalau umurnya panjang, insyaAllah).. indahnya jalinan kekeluargaan ini, disusuli dengan rahmat dan barakah dariNYA yang kita perlu sentiasa bermohon padaNYA tanpa rasa penat dan jemu.. Ku harapkan bahagia di dunia dan akhirat, padaMU tuhan, ku mohon segalanya yang terbaik untuk keluargaku, InsyaAllah.., JANNAHMU milik kami bersama..

~ I LOVE MY FAMILY FIRST ( AFTER ALLAH AND RASULULLAH PBUH )..~

harapan, anakmu-annisa'-


merenung jauh, memikirkan halatuju keluarga ke, atau dok pikir, bila lah nak b'tambah cucu nie..=)


ha..ni lah kek anniversary depa..sambut awai..sbb cek kne balik kedah dh..sorry naa..='(


romantikus la pulak tok ayah, tok ma alya nie~ ~

( we wish you're happy anniversary 5th, may Allah bless us..)

Tuesday, May 31, 2011

Mungkinkah Terhapus Kesedihan


Perjalanan hidup penuh rona,
Senyum yang terukir tanda hati bahagia,
Air mata yang mengalir membawa khabar duka,
Tapi, hati tertanya-tanya, dosa apakah sehingga ditimpa sengsara...
Lantas diri ini teringat..
hebat sangatkah diri ku ini, sehinggakan tidak boleh diuji olehNYA,,?
"seorang muslim itu tidak ditimpa sesuatu keletihan, penyakit, masalah (kebingungan),
kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuk, menyakitinya,,,
kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya"
~hadis riwayat Al-Bukhari~
"Sesungguhnya dari Dia kita datang, maka kepada Dialah kita kembali"
-wallahua'lam..-


Wednesday, May 25, 2011

~Menjadi Al-Akh Al-Mujahid itu~


Assalamualaikum wbt...

Muslim hari ini mempunyai bilangan yang ramai tetapi tidak mempunyai mutu yang istimewa seperti muslim pada generasi pertama di zaman Rasulullah s.a.w. Mereka tidak mampu merubah rupa dan suasana yang telah rosak. Lantaran itu mereka tidak mampu membangunkan daulah al-haq wal iman, tidak mempunyai mutu yang membolehkan mereka menghapuskan yang batil dan merealisasikan kebenaran dengan pertolongan Allah. "Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya. Adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi.

Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ".(Ar-Ra'ad: 17)

Kita menghendaki dari saudara muslim yang benar supaya menjadi muslim yang sejahtera akidahnya, sihat ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, yang mempunyai usaha, yang sanggup berdikari yang berkorban untuk diri sendiri dan orang lain, sanggup memerangi hawa nafsu, yang menjaga waktunya dengan sebaik-ba'iknya, berdisiplin dalam segala urusannya dan Iain-lain lagi nilai-nilai yang asasi di dalam membentuk lelaki dakwah, pendokong dakwah.

Sesungguhnya mempersiapkan lelaki mithali yang sedemikian mutu dan bentuknya memerlukan usaha yang sungguh-sungguh, ketekunan yang berterusan, kesabaran dan ketabahan yang utuh. Muslim sedemikianlah yang akan mampu dan sanggup membangunkan rumahtangga Islam yang mulia. Dia kemudiannya akan bergerak, bertindak dan berusaha membangun masyarakat Islam. Lalu membentuk pandangan umum dan cara berfikir umum secara Islam dan terus membentuk teras (dasar) yang kuat, yang di atasnyalah dapat ditegakkan harakah Islam (gerakan Islam) sebagai benih bagi daulah dan khilafah Islam. InsyaAllah Taala.

Oleh kerana itu kita dapati imam kita As-Syahid Hassan Al-Banna Rahimahumullah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada individu muslim dan berusaha mempersiapkannya. Langkah-langkah ini adalah mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w yang telah mempersiapkan angkatan mukmin yang pertama yang telah dibentuk di madrasah Rasulullah s.a.w yang kemudiannya membangunkan daulah Islam yang kuat, agung dan teguh.

Usrah-usrah, pasukan-pasukan, angkatan-angkatan, ceramah, forum-forum, majlis-majlis diskusi, pelajaran, perkelahan, pengembaraan, operasi ketenteraan, risalah-risalah, sebaran-sebaran, lembaran-lembaran suratkhabar dan majalah yang telah, sedang dan akan terus kita buat, semuanya itu dinamakan wasilah atau jalan dan alat untuk mempersiapkan individu muslim secara beransuransur di dalam persiapan ini. Ibaratnya seperti jurutera di dalam membangunkan bangunan. Bermula dari seorang anggota jamaah, kemudian manjadi pemuda yang berdisiplin, kemudian sebagai seorang pemuda yang beramal seterusnya menjadi anggota mujahid yang berjihad dan berjuang bersama jamaah Islam.

Semoga kita adalah Al-Akh Al-Mujahid itu…Wallhua’lam..

(di petik dari Kitab Jalan Dakwah : Asy-Syeikh Mustafa Masyhur)

Thursday, May 19, 2011

Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapak 2

Assalamualaikum wbt…

Sambungan ditelan mati emak diluah mati bapak siri 1….

Memang sukar untuk kita memberi penjelasan kepada mana-mana pihak yang tidak duduk di tempat kita. Namun, kesukaran itu lah yang mengajar kita, yang perlu dihadapi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam memberi penjelasan..Kekuatan mental, fizikal, dan jua rohani amat diperlukan oleh kita dalam menghadapi situasi ini. Bak kata orang putih, “Be excellent, don’t be emotional”..

Kenapa Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapak..??ya,hal ini kerana, kiat dipeingkat student atau mahasiswa, perlu menjaga hati banyak pihak..perlu berfikir bukan sekali dua dalam melakukan tinadakan, namun, berkali-kali…nak tegur salah, xtegur pun salah… Mungkin penulis sebenarnya tidak ada hak untuk memberi penjelasan yang sedetail-detailnya. Namun, ini adalah sekadar PANDANGAN dari seorang siswi yang dhaif dalam thaqafah dan tarbiyyahnya. InsyaAllah, apa yang cuba diutarakan ini, bebas dari mana-mana suara politik, hatta pandangan sahabat sendiri yang setengahnya ada yang bersetuju dan setengahnya menyokong dengan isu ini.

Baru-baru ini, keluar lagi isu kampus yang amat kita cintai. Penulis yakin kebanyakan isu-isu yang berbangkit kini adalah rentetan dari Himpunan Mahasiswa Insaniah , 11 Januari 2011 atau lebih dikenali dengan Himpunan Mega 11111..Penjelasan mengenai isu ini, telah penulis jelaskan dalam artikel yang lepas. Selepas itu, isu tahfiz, isu bom, dan terbaru isu memorandum…

ISU TAHFIZ.

Sahabat-sahabat yang dihormati.. mungkin berlaku sedikit salah faham mengenai isu ini. Ada yang mengaitkan isu ini adalah perancangan dari pihak majlis perwakilan pelajar sendiri..Agak terkesima pabila mendengar pertuduhan semelulu ini. Tidak dinafikan ada wakil perwakilan yang tampil berucap dalam demo tersebut. Namun, itu bukan lah perancangan dari pihak MPM.. MPM hanya bersama-sama dengan mahasiwa yang menuntut hak mereka dikembalikan. Hak yang benar. Secara analoginya, ana mengaitkan seperti anak-anak yang kini tinggal dirumah banglo yang ayah mereka beli. Lama…kira-kira hampir 25tahun duduk dirumah tersebut..Suatu hari ayah mereka ada isteri baru. Isteri baru ayah mereka kaya, segak dan berpangkat tinggi..Ibu kita dimadukan..Dan akhirnya dapat anak baru. Anak yang baru, ditatang bagai minyak yang penuh. Bila anak tersebut datang ke rumah kita, merengek minta mainan, kita bagi..Nak itu, nak ini, kita senyap sahaja..Nakk?????ambiiillll….. Sampai satu ketika, si ayah yang semakin hari semakin melupakan anak dari isteri yang pertamanya..Padahal, anak dari isteri yang pertama itulah yang banyak memberi pengiktirafan dalam menaikkan nama kelurganya.. Masuk pertandingan sana, sini..Akhirnya ada diantara anaknya tersebut mendapat johan, ada yang masuk pertandingan realiti yang bermanfaat, dapat anugerah sana sini dan bermacam-macam lagi. First mereka boleh think positif, si ayah mungkin nak ikut sunnah nabi, tu yang dia kahwin lagi..Nak tambah zuriat yang boleh terus membanggakan diri dan keluarganya..ya,..kita boleh terima..Tapi bila sampai satu tahap si ayah minta orang renovate rumah, untuk bagi pada keluarga tiri tinggal dengan lebih selesa, bahagian rumah mereka diambilnya, bilik diminta untuk berkongsi dengan adik beradik tiri yang lain, seolah-olah dia mahu menyingkirkan mereka. Siapa yang tidak terasa dengan keadaan ini?? Rumah yang dipelihara dengan ayat-ayat suci, yang dipelihara dengan baik, walaupun sebelum ini, jika ada sebarang kerosakan dirumah, si ayah tak pernah ambil peduli. Tapi bila ada keluarga baru, itu direnovate, ini direnovate,..siapa yang masih tidak terasa?? Yakin dan percaya, hanya orang yang tiada perasaan sahaja yang tak terasa.. Tidak perlu lah tambah isteri atau kelurga, JIKA XMAMPU..nabi sendiri berpesan tentang itu( walaupun hakikatnya nabi berpesan untuk perihal poligami).. Lalu si anak mengambil jalan, berbicara baik dengan si ayah, namun tiada penyelesaian.. Ada diantara adik beradik yang keluar dari banglo, cari rumah sewa lain, akibat dari kepadatan banglo tersebut, yang semakin hari semakin ramai penghuniya.. Lalu, salah seorang anak yang berasa bertanggungjawab yang merasakan hak mereka semakin dicabuli, memberontak dengan pelbagai cara selepas proses rundingan denagn si ayah tidak berjaya..Tindakan si anak disalah ertikan.. sememangnya si ayah berhak sepenuhnya ke atas hartanya, namun pernah kah kita memikirkan soal kebajikan dan perasaan dalam masalah ini, jika hal ini benar-benar terjadi pada kita??? Apa yang kita akan lakukan???bersabar??? Ingatlah, Allah maha Berkuasa dan maha mengetahui segalanya..

Analogi di atas cuba penulis olah dengan isu yang melanda sahabat-sahabat tahfiz kita. Jadi, apa tindakan kita jika kita mahasiswa yang dikatakan cakna dengan isu kampus atau mahasiswa prihatin.??Sekadar melihat sahabat kita terus disingkirkan>??? Jika kita hanya rakyat biasa, mungkin itu pendekatan yang kita ambil. Namun, jika kita seorang pimpinan, adakah melihat dengan sabar adalah penyelesaiannya??? Tindakan sebenar seorang pemimpin ialah bertindak dengan bijak dan sabar. Bukannya secara agresif dan bertindak melulu. Ya..betul, kita mahukan hak sahabat kita dikembalikan, namun ada caranya. Di pihak kerajaan pula, apa ada dengan suara rakyat??? Adakah rakyat tidak berhak bersuara lagi?? Dimana sifat Umar Abdul Aziz yang selama ini diagung-agungkan???? Penulis respect dengan TG. Nik Aziz yang rata-rata penulis dengar tentang sifat beliau yang amat mengiktiraf suara rakyatnya.. Sebenarnya, di pihak perwakilan pelajar sendiri amat serba salah dengan apa yang berlaku..Pelbagai pendapat dan cadangan kita ambil sebelum sesuatu tindakan itu diambil Namun, ramai juga pihak yang tidak berpuas hati. Ini lah dikatakan diluah mati mak, ditelan mati bapak. Nak utarakan salah, xutarakan pun salah. Bila kita tegur, kata kita membangkang apa yang kerajaan negeri lakukan..TAPI…ennntaaahhhlahhh..

Namun, apabila timbulnya isu ini, banyak pihak yang cuba memutar belitkan dan tidak kurang juga ramai yang mengambil kesempatan ke atas isu ini, khususnya puak-puak U_ _O.. katanya mahasiswa dah muak dengan pemerintahan PAS lah, apa lah.. Kenapa la mereka –mereka ini suka mewujudkan sesuatu yang tidak dinyatakan? Sehinggalah timbulnya isu baling BOM di pejabat HEP.

ISU BALING BOM HEP

Tak tahu macam mana nak judge isu ini..Ada pihak mengatakan bahawa perkara ini adalah tindakan student yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pentadbiran yang mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai demo tahfiz. Mana buktinya?? Jika benar pelajar yang terlibat, mana bukti dari polis yang datang membuat siasatan..datang buat gempak saja k????? sekadar menakutkan pelajar sahaja k? atau dalang sebenar isu ini adalah dari puak-puak mereka juga???ha…ha..wallahua’lam…. Nak tuduh, xboleh..satg didakwa pula..Tapi xmustahil sebab sehingga kini berita tersebut, senyap begitu saja, dan semua ini kadangkala, mainan politik semata-mata. Wallahua’lam..

TERKINI : PENGHANTARAN MEMORANDUM

Masih ramai antara kita yang keliru dengan tindakan ini..Almaklum..mungkin ianya berlaku ketika cuti semester, yang menyebabkan sudut penerangan yang tidak jelas. Namun, sedikit yang mengecewakan pihak mahasiwa yang terbabit, mengapa menuduh mahasiswa mencabar kerajaan negeri kedah?? Ingatlah, mereka bukan nya mencabar, tapi menegur agar pihak MB tidak mendengar penjelasan apa-apa isu hanya di sebelah pihak sahaja. Buang segala sifat kekronian..Mahasiswa sayangkan MB, sayangkan Kedah, sayangkan INSANIAH..sebab itu mahasiswa tidak ingin melihat MB terus diperalatkan oleh orang-orang yang ingin menjatuhkan Kedah, khususnya kerajaan pakatan rakyat. Mahasiswa ingin perkara ini diselesaikan sebelum menjelang pilihanraya ke-13 agar pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin kami di masa depan, pemimpin yang boleh menerima suara dan pandangan rakyat. Jika dikatakan mahasiswa yang menghantar memorandum tersebut, menentang atau mencabar negeri Pakatan Rakyat, awal-awal lagi mereka ini tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri..Banyak bantuan yang mereka salurkan melalui program dalaman dan luaran yang tidak perlu penulis detailkan…Semua itu atas asbab apa???sebab sayangkan INSANIAH, dan KEDAH. Mahasiswa tersebut bukannya macam setengah mahasiswa yang lain, yang hanya tahu menghentam dan mengkritik sahaja. Bila ajak buat kerja Islam sedikit, masing-masing menunjukkan sifat ithar nya yang kononny tinggi.. Apa yang agak kurang enak didengar oleh penulis, apabila ada di kalangan mahasiswa kita yang cuba bertanya pada penulis tentang pendirian seorang mahasiswa lain yang idealis dalam mengutarakan pandangannya. Mereka agak kecewa dan mungkin juga pelik apabila idealis mahasiswa ini tidak menyebelahi pihak student bahkan terrrrlalu mengagung2kan tindakan bapak r____r. Sehingga mereka ini menyangka bahawa mahasiswa ini sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku, dengan menunjukkan bahawa dial ah penyokong tegar r____r bagi kepentingan peribadinya yang semata-mata mahu mendapat title Anugerah C______r atau mungkin juga Anugerah Di____ menjelang konvokesyen nanti. Penulis yang agak terkejut dengan sangkaan ini meminta agar mereka-mereka ini bertanya sendiri kepada tuan punya pandangan itu sendiri. Sama ada sudah bertanya atau belum, penulis tidak berapa pasti. Mengapa mereka berprasangka sedemikian kerana apa yang ______ buat dan lakukan, semuanya benar di mata mahasiswa itu..Penulis terkejut dengan penilaian terhadap mahasiswa itu. Masakan mahasiswa itu atau sebenarnya sahabat yang pernah bergerak kerja sekali dengan penulis mempunyai agenda sebegitu yang hanya mementingkan peribadi semata-mata. Jika benar apa yang mereka sangka kan itu, mungkin hilang respect penulis dan rakan mahasiswa lain terhadap dirinya yang penuh dengan idealis-idealis yang tersendiri..Wallahua’lam… Tidak berani untuk penulis mengeluarkan pandangan mengenainya walaupun kami pernah bergerak kerja bersama-sama. Apa yang penting bagi penulis, yang benar kita katakan benar, yang salah tetap salah. Mahasiswa sayangkan Kedah, sayangkan INSANIAH…mengapa bila mahasiswa mengikut saja atau bahasa kasarnya hanya menjadi pakturut, mereka mengagungkan mahasiswa, namun bilamana mahasiswa bersuara memberi pendapat, semuanya dianggap salah malah dianggap sebagai pembangkang. Ke mana hilangnya hak bersuara rakyat??? Malah si Rakyat pula perlu bangkit semula dalam membina kepercayaan kerajaan negeri. Seperti yang pernah dikatakan, 4tahun, tidak cukup untuk kita menilai jatuh bangunnya sesebuah kerajaan itu.. Banyak sisa-sisa masalah dari kerajaan yang lepas yang mereka perlu selesaikan terlebih dahulu. Harapannya, sebagai mahasiswa yang juga rakyat yang menyokong untuk terus membantu kerajaan kita, manakala pemimpin, jadilah pemimpin yang boleh menerima pandangan rakyat, yang sentiasa bersama rakyat…InsyaAllah, moga KEDAH terus SEJAHTERA di bawah nikmatNYA… sekadar pandangan dari insan yang dhoif..

wallahua’lam…

Tuesday, May 10, 2011

Monolog fi eidul milad

Assalamualaikum wbt…salam hormat dan salam rindu keranaNYA..

Sekadar perkongsian…

"kita akan temui semula sesuatu yang hilang ditempat kita kehilangannya.sering kali kegagalan memberi kita peluang untuk bermula dengan lebih baik"

Entah mengapa, dihari lahir kali ini hatiku sayu sekali, ucapan tahniah tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayyidina Ali:

" Manusia semua tidur, bila mati baru mereka jaga"

katakata itu menusuk ke lubuk hati, merobek robek sisa-sia kegembiraan yang masih bersisa. Apakah aku masih tidur? AHH..tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Gahazali"

"Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan"

YA, ari ini ari ulang tahun ku. sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langitMU , Ya ALLAH.. belum pun aku terasa mejadi ihambaMU yang sebenar. Masih berpura-pura , alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? atau hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mai setiap insan telah ditetapkan. di hari ini. esok danlusa aku menapak lagi.. semakin hampir pada kematian yang dijanjikan. Duhai , tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku??

Aku belum bersedia untuk bertemu MU , ya ALLAH ,walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya ALLAH segala kekuatan hanya padaMU.. jua.. KAU yang Maha tahu apa yang terbaik buatku. Aku merayu padaMU ya Allah..pada tarikh ini aku megemis keampunanMU..dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang ENGKAU MAHA PENGAMPUN. aku tidak akan datang YA ALLAH rasa mau dan hina untuk meminta..apa kah aku diterima?

Ya ALLAH,

pada hari ini , ku pinta leraikan lah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkan lah gelojak hati ini , wahai yang MAHA ADIL,kutiplah aku untuk menumpang sekalipn di pinggiran rahmatMU..walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.

Entah mengapa, gelombang rasa ini sering datang dan pergi. gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yangs ering melanda, kekadang aku sendiri bertanya, aku kah ini? Terasa diri ini bersalin dua. tida dan ...Ya ALLAH..jauhkanlah aku daripada topeng munafik yang menipu daya ini.

Aku bukan lah Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan jga Umar al-khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabatul adawiyah yang sentias berkata "SESUNGGUHNYA ISTIGHFARKU MEMERLUKAN SATU ISTIGHFAR LAGI

Aku juga tidak mampu menangis kerasa dosa . hatiku keras amat. ku cuba menangis dengan berasa kesal. tapi gaga mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis? YA ALLAH.. kerasya hatiku ini.. mohon lembutkanlah ..YA RABBI..atau mohonku diberi hati yang lain.. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati YA ALLAH..

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah , Jesteru, mudah-mudahan dihari lahirku ini aku akan dilahirkan semula. Lahir sebagai insan yang snetiasa mengingati MU...yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut kalau kalau di murkai. Harap minta minta di ampuni.

Buat sahabat, Teman dan kenalan.. Terima kasih diatas ingatan kalian. Pada yang jauh , Maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, Maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya ,terima lah secebis kataini (mungkin inipun masih dari trowong jiwaku yang gelap gelita)

kata pujangga.

"Kita akan temui semula sesuatu yag kita hilang ditempat yang kita kehilangannya..dan suatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baikTerigat aku kata berharga..

Teringat aku ungkapan bahasa Inggeris yang pernah menjadi perhiasan mejaku sewaktu belajar dahulu, “In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning…”

( Dalam kehidupan ini,, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran , rupa-rupanya adalah satu permulaan yang lebih baik)

Mudah-mudahan ini adalah satu permulaan yang baru. amin ya robbal a'laminn

Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan usah dicalarkan iman dengan istilah "jika dan "kalau", Innalilah, redha dan pasrahkah dengan istirja' Walau ditangan dan dibawah mata sendiri, andai ditakdirkan hansur, terlepas dan musnah. pasti puan juga.Paling penting, bersangka baiklah ..ALLAH akan menyelamatkan , ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat. manis jadi Madu...tetap menjadi ubat.

Kita didunia umpama layang lauang di lagit takdir. Kita trbang tinggi, rendah jauh, dekat hanya di lembayung iradah -NYA. kita aka terbang selagi ada angin dibekalkan..selagi kertas tidak koyak. selagi ranka masih teguh .Tapi apabila tali sudah ditarik. turunlah dengan redha. kita tidak berhak untuk terus "terbang" sekiranya maut menjemput pulang..


Coretan ini sekadar perkongsian dari salah satu part dari buku yang di baca..Dimana DIA Dihati ku, karangan Ust Pahrol Juoi..tak habis baca lagi setakat ni..jz ambil part ni sebab ianya bersesuaian untuk dikongsi after perkara ni juga yang dialami penulis pada tanggal 4mei hari itu..

kepada sahabat-sahabat yang mengingat hatta sekadar terlintas, syukran atas ingatan semua..mohon doa dari kalian agar diri ini terus thabat dalam perjuanganNYA..alfun syukran buat sahabat2 Darul Taqwa, yang susah2 buat gimik, juga buat sahabat yang turut meraikannya walaupun ianya telah memasuki tanggal 10mei..semua itu, amat dihargai, namun doa kalian buat diriku, teramat dihargai kerana diri ini terlalu lemah dalam meniti arus kehidupan..

Hakikatnya..Thankz a lot buat ayah n mama yang sudi menjaga anaknya ini hingga kini..dan paling utama..TERIMA KASIH TUHAN atas nikmat iman , islam dan kehidupan ini ..


-Hamba Yang Lemah (nuramadhan1410)-