Followers

Thursday, April 21, 2011

Menuju Tarbiyyah


orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu..

jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt...

seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlalu penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...

ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

ku kagum pada dirinya...

menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

YA ALLAH...

KUATKAN SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA DENGAN SAHABT..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA...


DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....

Saturday, April 9, 2011

Dunia kita bakal berakhir...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..selawat dan salam buat beginda SAW, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda..
Menyentuh perihal kiamat yang mula menunjukkan tanda-tandanya, hati ini terus diselubungi rasa sayu dan sedih. Mengenangkan diri ni masih lagi lemah iman dan ibadah kepadaNYA..Namun itulah hakikat yang perlu kita terima...

Dalam posting sebelum ini...penulis ada men gatakan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang isu semasa yang berlaku kini. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan walaupun exam fever kian menghimpit, untuk penulis gabungkan pelbagai kisah dalam satu posting yang mana penulis rasakan, ianya terjalin dalam satu kisah, tajuk, dan cerita.. Semuanya berkait dalam tajuk yang penulis tulis di atas' Dunia kita bakal berakhir'..

Gempa dan tsunami di negara yang terkenal dengan nama negara matahari terbit (Jepun) yang berlaku semasa 11 Mac 2011 yang lalu...Itu merupakan satu peristiwa yang perlu kita ambil iktibar..kerana apa? sebab dalam satu hadis nabi, baginda menyebut..

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

Namun, disini ingin dikongsi kepada sahabat-sahabat tentang satu pic yang penulis amat tertarik dapat dalam satu program yang diikuti baru-baru ini. Menariknya gambar ini apabila melihat kepantasan pihak berkuasa jepun dalam melakukan tugas..

-kurang dari seminggu selepas berlakunya tsunami, jalan sudah dibaiki semula. -

Selepas itu, kita dikejutkan dengan berita pembinaan loji nuklear yang bakal dibina di Malaysia..adakah pemimpin kita kinib tidak mahu mengambil iktibar dari apa yang berlaku..Inilah yang terjadi apabila kepercayaan rakyat dan amanah mula disia-siakan. ini juga disebut dalam satu petanda kiamat..

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majelis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebagian yang lain, “Rasul saw. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)




Seterusnya, isu pertempuran di Libya, juga mengaitkan kisah pemimpin yang mula mendabik dada, namun terus dibenci oleh rakyatnya asbab dari kerakusan dan kezaliman di zaman pemerinatahannya. Rakyat Libya mula bangkit...juga dalam petanda akhir zaman apabila banyak polisi dan pembela kezhaliman

“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)



Dan kini..isu video seks DSAI, atau Dato' Seri Anwar Ibrahim pula..pelbagai fitnah yang cuba dilakukan kepada beliau..Inilah fitnah akhir zaman yang sangat menakutkan kita kini..asbabketaksuban untuk memiliki kuasa dalam politik sanggup menggunakan fitnah sebagai jalannya..Al-maklum..mungkin peristiwa semasa 1998 bakal berulang kembali. Manakan tidak, PRU 13 bakal tiba. pihak lawan sanggup menggunakan apa jua cara untuk menidakkan kuasa orang yang sepatutnya untuk mentadbir negara. Fitnah sana, fitnah sini..Untuk mengalihkan pandangan umum terhadap PRK yang berlaku di Sarawak barangkali...Inilah dia fitnah di akhir zaman..Salah satu tanda kiamat juga apabila pendominaan fitnah berlaku...

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).

Berkata Ali bin Abi Talib,

“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.
”


Renungan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan yan berlaku,...ajal menjemput kita pada bila-bila masa. Biarlah apa yang ingin orang kata, walaupun kita atau kumpulan kita difitnah dengan pelbagai tuduhan, kita perlu yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Namun, itu semua bergantung atas tindakan kita..Bijak dalam mengawal segala aspek. Pihak musuh sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan lawannya..


Akhir kalam, mohon maaf andai terdapat kesalahan dan kekhilafan dalam posting kali ini..InsyaAllah, di lain kesempatan cuba untuk mencari ruang merungkai persoalan yang cuba diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu berhubung isu kampus pada hari ini..menunggu masanya.

Wallahua'lam...


Monday, March 21, 2011

~Sayonara Sahabat~



Assalamualaikum dan salam mahabbah buat sahabat-sahabat yang sekian lama menunggu posting terbaru. Afwan kathir…kesibukan dengan urusan dunia sememangnya kadang kala melekakan kita..astaghfirullah..agaknya tiada kesedaran dari apa yang terjadi..InsyaAllah jika berkesempatan, ingin posting tentang isu-isu semasa yang malanda dunia, khususnya umat Islam sekarang seperti isu tsunami di Jepun, nuklear, pertempuran di Libya dan sebagainya. Cuma di sini, sedikit perkongsian rasa dan cerita buat sahabat-sahabat tentang peristiwa yang melanda ‘kami’ pada minggu lepas (15/3/2011). Perkhabaran mengenai kepulangan seorang sahabat seperjuangan (arwah:salah seorang dalam pic dibawah) kembali ke rahmatullah amat sukar diterima pada mulanya. Walaupun usia perkenalan kami dalam medan perjuangan baru sahaja mencecah 3 tahun, namun cukup untuk kami merasai kehilangan beliau. Penulis mengenali beliau sebelum jejak ke medan perjuangan lagi. Kami berkenalan dalam satu ko-korikulum yang sama, iaitu Ko-k Debat B.Melayu yang pada masa itu dipegang oleh Tn, Jai. Suka duka dalam arena perdebatan semasa itu, dikongsi bersama. Apabila tamat kokurikulum yang menjadi syarat graduasi, kami berpisah asbab kuliah kami yang berlainan. Namun, kuasa dan takdir Allah masih memberi kami peluang dan ruang kepada kami untuk bertemu dalam satu arena yang lain pula, arena dakwah dan perjuangan. Diletakkan dalam satu usrah yang sama, kami menganggap seperti adik-beradik. Tegur-menegur, nasihat menasihati dan segala suka, duka dikongsi bersama-sama. Namun, takdir Allah menentukan segala-galanya, apabila beliau dijemput Sang Penciptanya dalam usia yang begitu muda, muda dari penulis. Kemalangan adalah asbab kepada kematian beliau. Sepanjang beliau berada di hospital, memang tidak putus-putus orang datang menziarahi sehinggalah beliau disahkan oleh pihak hospital yang beliau telah pergi meninggalkan kita di dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Luluh hati sahabat-sahabat yang mendengar. Manakan tidaknya, kami yang berada di rumah sewa, bergegas ke hospital saat jam 7 pagi lagi untuk memberi semangat dan kekuatan yang ada kepada beliau untuk kuat, tabah dan sabar dengan apa yang dilalui walaupun pada hakikatnya kekuatan kami pun tidak seberapa sejak mendengar berita yang kami rasakan agak berat untuk diterima oleh keluarga dan teman rapat pada malam sebelum beliau pergi. Kita menyayangi beliau, namun Allah lebih menyayanginya dan sememangnya Allah adalah yang berhak atas apa yang Dia pinjamkan kepada kita sebagai makhluknya. MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai, (termasuk penulis) yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiya' ayat 35)


PERGI....Seorang sahabat yang cukup baik dan mesra.

DIRIku...tidak pasti lagi bila akan dijemput seperti arwah..kadangkala terfikir adakah diriku ini tidak baik, sebab teringat akan tanda-tanda kiamat, orang yang baik-baik dan beriman akan pergi dahulu. Yang tinggal, adalah orang yang sebaliknya..nauzubillah..

BERSEMADI…alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH…kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

INSYAALLAH.., kita akan bertemu jua di sana...

Info : Malaikat maut memerhati wajah manusia 70 kali dalam sehari

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

“Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

“Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

“Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

“Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
“Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

“Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah,” katanya.


Dedikasi buat sahabat...semoga dirimu ditempatkan di tempat yang mulia para mujahidin & solihin..




Dalam kenangan....




Wednesday, March 2, 2011

MUFTI MENYERU MAHASISWA CAKNA PERIHAL UMAT

Alor Setar,27 Feb – Mementingkan diri sendiri adalah bukan sifat seorang mahasiswa khususnya mahasiswa yang berlatar belakangkan Islam. Mahasiswa pada hari ini seharusnya mengambil cakna dengan isu-isu umat Islam sekarang dengan realitinya apa yang sedang berlaku di Negara Asia Barat sekarang seperti di Tunisia, Mesir dan sekarang di Libya.

Mufti Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Hj. Muhamad Baderuddin Bin Hj. Ahmad berkata,mementingkan peribadi sendiri, bukanlah sifat orang Islam kerana dalam sabda Nabi saw, “Sesiapa yang tidak prihatin perihal umat Islam maka ia bukan di kalangan kami”. Oleh demikian, beliau menyeru supaya mahasiswa Islam khususnya mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah yang berlatar belakangkan pengajian agama seharusnya menghindari sikap mementingkan peribadi sendiri dan perlu untuk cakna dengan isu-isu yang melibatkan umat Islam sekarang.

Menurutnya,kita sebagai umat Islam seharusnya mencontohi sifat nabi Muhamad SAW yang sentiasa mementingkan kepentingan umat baginda melebihi kepentingan baginda sendiri seperti yang dinyatakan dalam pengajaran surah Ad-Dhuha ayat ke 5 yang bertepatan dengan fatrah maulidur rasul sekarang.

Mengulas lanjut berkenaan dengan isu revolusi yang berlaku di Asia Barat sama ada ianya berkemungkinan akan berlaku di Malaysia khususnya di negeri Kedah, beliau tidak merasakan kemungkinan tersebut, namun belaiu berharap agar ia seharusnya menjadi satu pengajaran kepada pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin yang memerintah umat Islam di negaranya. "Setiap apa yang Allah jadikan dan apa yang berlaku di depan mata kita seharusnya diambil pengajaran bagi setiap orang yang beriman dan yang mempunyai hati," katanya dalam satu sidang pada Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kolej Universiti Insaniah di sini kelmarin.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, satu forum telah diadakan dengan menampilkan ahli panel, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Hj. Muhamad Baderuddin Bin Hj. Ahmad selaku mufti negeri Kedah sendiri berganding bersama Prof. Madya Dr. Haji Aziz Bin Haji Hanafi selaku penerima tokoh maulidurrasul 1432H peringkat negeri Kedah merangkap dekan kuliyyah syariah di kolej tersebut dan Ustaz Azki Hafizi Bin Hj. Ibrahim selaku moderator pada forum yang berlangsung di surau Kolej Universiti Insaniah. Orang ramai khususnya mahasiswa/wi kolej turut hadir memenuhi surau bagi memeriahkan majlis.

Berkenaan dengan keterlibatan dan keprihatinan mahasiswa, sehari sebelum berlangsungnya sambutan maulidurrasul tersebut, turut berlangsungnya beberapa program di peringkat pimpinan mahasiswa seperti Program Hari Mesra Siswi anjuran jawatankuasa asrama dan program Kursus Kahwin anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa dengan kerjasama Jabatan Agama Negeri Kedah. Kesemua program yang berlangsung tersebut turut mendapat sambutan dari warga kolej berkenaan.

1st pactical for journalist team


Program Hari Mesra Siswi Al-Faraby (HAMAS) yang telah dianjurakan oleh jawatankuasa Kolej Kediaman Al-Faraby. Program yang telah dirasmikan Ustazah Nurul Nazuha Bt Hazizan itu telah berlangsung selama 3 hari, bermula dari 24 hingga 26 febuari 2011 yang bermatlamatkan untuk mengeratkan ukhwah dan mahabbah antara penghuni kediaman, melahirkan mahasiswi KUIN yang proaktif, produktif dan kreatif dan beberapa objektif lain yang telah digariskan. "Program ini adalah julung kali dianjurkan oleh jawatankuasa asrama(JAKSA) dan sekalung tahniah diucapkan", kata ustazah Nazuha semasa perasmian program tersebut. Disamping itu, beliau mengharapkan agar program ini menjadi titik permulaan untuk JAKSA membuat perubahan dan menyeru kepada pihak pentadbiran mahupun penghuni untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak JAKSA dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau turut berharap agar program ini memberi kesan di hati penghuni seterusnya mewujudkan ikatan hati yang kukuh diseratkan dengan niat yang betul..

Pada 2hb Mac 2011 juga telah berlangsung satu program di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIN. Program yang dinamakan Malam Tiga Dimensi itu turut menampilkan pendakwah atau penceramah bebas, Ustaz Ridhwan Bin Md Moor. Di samping itu turut diadakan beberapa aktiviti seperti persembahan nasyid, marhaban dan yang terutamanya adalah pelancaran tiga skuad di bawah MPM, skuad Amru, Skuad Biah Solehah dan Skuad Pebimbing Rakan Sebaya (PRS) yang merupakan aktiviti utama dalam program tersebut. Program yang bersifat santai tersebut, menyaksikan ribuan penonton yang bukan sahaja dikalanagan mahasiswa, malah orang awam yang turut hadir memenuhi perkarangan dewan kolej.


sekian, wallahua'lam...

Jounalist Team, Adhoc Training Course,

Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Insaniah.

(annisa'-mentor jounalist team)

Monday, February 28, 2011

~A conversation between a student and an Atheist Professor~

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new students to stand and.....

Prof: So you believe in God?

Student: Absolutely, sir.

Prof : Is God good?

Student: Sure.

Prof: Is God all-powerful?

Student : Yes.

Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?

(Student is silent.)

Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?

Student: Yes.

Prof: Is Satan good?

Student : No.

Prof: Where does Satan come from?

Student: From...God...

Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?

Student: Yes.

Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?

Student: Yes.

Prof: So who created evil?

(Student does not answer.)

Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?

Student: Yes, sir.

Prof: So, who created them?

(Student has no answer.)

Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?

Student: No, sir.

Prof: Tell us if you have ever heard your God?

Student: No, sir.

Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student: No, sir. I'm afraid I haven't.

Prof: Yet you still believe in Him?

Student: Yes.

Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?

Student: Nothing. I only have my faith.

Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.

Student: Professor, is there such a thing as heat?

Prof: Yes.

Student: And is there such a thing as cold?

Prof: Yes.

Student: No sir. There isn't. (The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it .
(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?

Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light.... But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

Prof: So what is the point you are making, young man?

Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof: Flawed? Can you explain how?

Student: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one.To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor.Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)

Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)

Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?
(The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain,sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?
(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable.)

Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.

Student: That is it sir... The link between man & god is FAITH . That is all that keeps things moving & alive.


taken from : www.islam2u.net, by annisa'..

Friday, February 25, 2011

Nabi NUH a.s wArtaWan PertaMa di DuniA


TAHUKAH KITA???

Sekilas tentang sejarah kewartawanan....

Kalau dalam dari sejarah Islam asal usul kewartawanan yang pertama kali di dunia adalah pada zaman Nabi Nuh.

Suhandang dalam bukunya juga menerangkan sejarah Nabi Nuh terutama dalam menyinggung tentang kewartawan. Dikisahkan bahawa pada waktu itu sebelum Allah SWT menurunkan banjir yang sangat hebatkepada kaum yang kafir, maka datanglah maiakat utusan Allah SWT kepada Nabi Nuh agar ia memberitahu cara membuat kapal sampai selesai. Kapal yang akan dibuatnya sebagai alat untuk evakuasi Nabi Nuh beserta sanak keluarganya, seluruh pengikutnya yang soleh dan segala macam haiwan masing-masing satu pasang.Tidak lama kamudian, seusainya Nabi Nuh membuat kapal, hujan lebat pun turun berhari-hari tiada henti. Demikian pula angin dan badai tiada henti, menghancurkan segala apa yang ada di dunia kecuali kapal Nabi Nuh.

Dunia pun dengan cepat menjadi lautan yang sangat besar dan luas. Saat itu Nabi Nuh bersama oranng-orang yang beriman yang lain dan haiwan-haiwan itu telah naik kapal, dan berlayar dengan selamat di atas gelombang lautan banjir yang sangat dahsyat.

Hari larut berganti malam, hingga hari berganti hari, minggu berganti minggu.Namun air tetap menggenang dalam, seakan-akan tidak berubah sejak semula.Sementara itu Nabi Nuh beserta yang lain yang ada dikapal mula bimbang dan gelisah kerana persediaan makanan mulai menipis. Masing-masing penumpang pun mulai bertanya-tanya, apakah air bah itu memang tidak berubah atau bagaimana? Hanya kepastian tentang hal itu saja rupanya yang boleh mententeramkan kerisuan hati mereka. Dengan menngetahui situasi dan keadaan itu mereka mengharapkan boleh mendapatkan landasan berfikir untuk melakukan tindak lanjut dalam menghadapi penderitaannya, terutama dalam melakukan penjimatan yang cermat.

Ingin memenuhi keperluan dan keinginan para penumpang kapalnya itu Nabi Nuh mengutus seekor burung dara ke luar kapal untuk meneliti keadaan air dan kemungkinan adanya makanan. Setelah beberapa lama burung itu terbang mengamati keadaan air, dan kian kemari mencari makanan, tetapi sia-sia belaka.Burung dara itu hanya melihat daun dan ranting pohon zaitun (olijf) yang tampak muncul ke permukaan air. Ranting itu pun di patuknya dan dibawanya pulang ke kapal. Sekembalinya burung itu, dengan membawa ranting zaitun. Nabi Nuh mengambil kesimpulan bahawa air bah sudah mulai surut, namun seluruh permukaan bumi masih tertutup air, sehingga burung dara itu pun tidak mencari tempat untuk berehat, demikianlah khabar dan berita itu disampaikan kepada seluruh ahli penumpangnya.

Atas dasar fakta tersebut, para ahli sejarah menamakan Nabi Nuh sebagai seorang carian berita dan penyiar khabar (wartawan) yang pertama kali di dunia. Bahkan seiring dengan teknik-teknik dan caranya mencari serta menyiarkan kabar (warta berita di zaman sekarang dengan lembaga pejabat beritannya). Mereka menunjukan bahawa sesungguhnya pejabat berita yang pertama di dunia adalah Kapal Nabi Nuh.

Data selanjutnya diperoleh para ahli sejarah negara Rom pada permulaan penubuhan kerajaan Rom (Imam Agung) mencatat segala kejadian penting yang diketahuinya pada annals (papan tulis yang digantungkan di serambi rumahnya).Nota pada papan tulis itu merupakan notis bagi setiap orang yang lewat dan memerlukannya.

Pengumuman sejenis itu dilanjutkan oleh Julius Caesar pada zaman kegemilangannya. Caesar mengumumkan hasil persidangan senat, berita tentang kejadian sehari-hari, peraturan-peraturan penting, serta apa yang perlu disampaikan dan diketahui rakyatnya, dengan jalan menuliskannya pada papan pengumuman berupa papan tulis pada masa itu. (60 SM) dikenali dengan Acta diurna dan diletakkan di Forum Romanum (Stadium Rom) untuk diketahui oleh umum. Terhadap isi Acta diurna tersebut setiap orang boleh membacanya, bahkan juga boleh mengutipnya untuk kemudian disebarkan dan dikhabarkan ke tempat lain.

Baik hikayat Nabi Nuh menurut keterangan Flavius Josephus maupun munculnya Acta diurna merupakan suatu penyiaran atau penerbitan sebagai harian, akan tetapi jelas kelihatan merupakan gejala awal perkembangan kewartawanan. Dari kejadian tersenut dapat kita ketahui adanya suatu kegiatan yang mempunyai prinsip-prinsip komunikasi massa pada umumnya dan vokasional kewartawanan pada khususnya. Oleh itu tidak hairanlah kalau Nabi Nuh dikenali sebagai wartawan pertama di dunia. Demikian pula Acta diurna sebagai perintis kepada bakal lahirnya surat khabar harian.

Seiring kemajuan teknologi maklumat maka yang bermula dari laporan harian maka dicetak manjadi surat khabar harian. Dari media cetak berkembang ke media elektronik, dari kemajuan elektronik terciptalah media informasi berupa radio. Tidak cukup dengan radio yang hanya berupa suara muncul pula terobosan baru berupa media audio visual iaitu TV (televisyen). Media maklumat tidak puas hanya dengan televisyen, lahirlah berupa internet, sebagai rangkaian yang bebas dan tidak terhad. Dan sekarang dengan perkembangan teknologi telah melahirkan banyak media (multimedia).

Acta diurna


posted by : annisa' (journalist team mentor, ATC)