Followers

Friday, July 23, 2010

Let's Go..!!!!





Assalamualaikum wbt.........


Ayuh seluruh warga Kedah, Alor setar, dan khususnya mahasiswa/wi Insaniah!!
Sama-sama kita memeriahkan Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku Insaniah yang julung-julung kalinya diadakan.
Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 09/10, merupakan perintis bagi program ini yang insyaAllah bakal diteruskan oleh pimpinan yang akan datang.



Terdapat banyak aktiviti dan pengisian yang menarik yang bakal diadakan.
Selepas hampir sebulan lebih berhempas pulas dan mengerah tenaga sahabat-sahabat terutamanya sahabat exco BAKA, natijahnya akan kita lihat seminggu ini. Moga2 apa yang kita usahakan, bernilai di sisi Allah swt. Secara individunya, apa yang ana harapkan adalah objektif dan matlamat asal kita tidak lari dek kepentingan-kepentingan peribadi yang terselit dalam apa jua yang kita inginkan. Namun, jika kepentingan tersebut adalah untuk sesebuah organisasi, tiada salahnya, cuma cara atau method kita perlulah kena pada waqi'nya. Kita tidak boleh lari dari konsep bekersamaan dalam bergerak kerja. Sentiasa mengingatkan diri sendiri yang telah banyak menyusahkan dan mengecewakan mana-mana individu yang telah atau sedang bekerja bersama-sama .
Jadi, apa tunggu lagi sahabat-sahabat semua! ajak sahabat handai, keluarga, tok wan2 dan jiran tetangga bagi memeriahkan program ini. sesuai untuk semua lapisan masyarakat!!
Jangan ketinggalan..Haiya ma'a na...



Nantikan Novel 1st MPM, yang dikarang oleh KAMI...
Pada 27hb Julai 2010, jam 9.00 malam.
Bagaimana KITA merealisasikannya,...Jom Kita Serbu!!


"Pelancaran Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku Insaniah 2010"
25 JULAI 2010 (Ahad), Jam 9.00 malam

Wallahua'alam..

Wednesday, July 21, 2010

KaLaM kHaFiF

Assalamualaikum...wbt.

Sejam...Sehari....Seminggu.....Sebulan....Ya!!!Hampir sebulan kuliyyah dibuka. Baru berkesempatan untuk mengucapkan Ahlan Wa sahlan kepada sahabat2 yang memulakan semester baru. Pelbagai cerita suka dan duka yang tempias ke gegendang telinga. Ada yang result naik, ada yang result jatuh, ada yang sudah bertunang, dan tidak kurang juga, ada yang sudah berumah tangga. Ala kulli hal, kita cuba berlapang dalam setiap perkara. Masalah-masalah yang terdapat di awal pembukaan semester, alhamdulillah, selamat diselesaikan. Asif kepada mana-mana individu yang datang berjumpa kami, tetapi masalahnya masih tidak dapat diselesaikan di peringkat kami.

Dalam kekalutan menggerakkan gerak kerja, kadang2 kita terlupa akan tanggungjawab yang sebenar. Namun, bersyukur kerana masih ada lagi insan-insan yang banyak menegur dan meningatkan diri yang sentiasa leka dan lalai dengan urusan dunia.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang sebulan ni...sekadar berkongsi. Teruja sangat dapat masuk semula ke kuliyyah. Berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sekian lama menyepikan diri, jumpa pensyarah baru, dan yang seronoknya, duduk dalam group yang baru coz dapat jumpa dan belajar semula dengan sahabat-sahabat yang berpisah dengan kita selepas di tahun 1 dahulu. Alhamdulillah, di tahun 3 ni, Allah pertemukan semula 'jodoh' kami. Gembira juga melihat sahabat-sahabat bersemangat untuk menjayakan projek bagi subjek pengajian Malaysia. Rasa bersalah pada mereka coz tidak dapat menyumbangkan tenaga kerja. Setakat dapat sumbangkan idea, apalah sangat..Mujur sahabat-sahabat faham..Hmm..FAHAM.!Konsep yang sememangnya perlu ada dalam setiap organisasi dan apa jua gerak kerja.

Berkaitan pentaklifan di dalam biro akademik..Perkara yang amat membimbangkan sebelum semester dibuka, adalah, apakah result sahabat-sahabat perjuangan dapat? Adakah statistik menurun?Mendengar maklumat dari pihak atau sumber yang boleh juga dipercayai, memang agak melemahkan semangat ni. Namun, atas dasar tidak mahu mendengar dari sebelah pihak sahaja, rasa terpanggil membuat siasatan untuk mendapatkan kepastian. Alhamdulillah, maklumat yang disampaikan itu tidak benar. rasa bersemangat semula. Namun perasaan bersalah tetap menyelubungi diri apabila meihat sahabat- sahabat yang terpaksa mengambil peperiksaan ulangan, natijah al-quran yang turun dan masalah dari kuliyyah bahasa arab yang membuat transfomasi secara mengejut yang kesannya pada student2 kuliyyah tersebut, termasuk sahabat baik sendiri. Mesyuarat pertama di semester yang baru, penuh dengan semangat apabila pengerusi teruja untuk melakukan satu anjakan atau transformasi. Menyokong penuh dengan idea tersebut, lantas banyak perkara perlu diteliti dan disusun kembali. Banyak masalah yang tenggelam timbul, sentiasa bermohon kepada Dia agar tiada rasa ingin futhur terdetik di hati. Moga2 diri ini dapat melakukan yang lebih terbaik untuk kemaslahatan semua sahabat dan Islam umumnya.

Suka dan Duka...Pengalaman pertama, accident.alhamdulillah tiada ape yang perlu dibimbangkan. Bak kata orang, pertama kali naik motor, memangnya begitu.Tapi kasihan kat pak cik Karim,walaupun salah dia, tapi rasa bersalah tetap ada..Mujur sama-sama masih bernyawa lagi. Ujian dari Allah..PJJ 9401..membuatkan diri fobia seketika..ikut think +ve nye, suka sebab dapat ambil iktibar supaya berhati-hati di lain hari..Sony Ericson,,Hilang!1st kalut juga dibuatnya. Tapi, boleh cover lagi kekalutan 2..Ikutkan bagus juga, xpening kepala.Kalau ada henset, semua orang cari..Bila maklum kat orang, dyorang yang pakat kalut dan marah lebih-lebih. Apa kena ngan diaorang ni??Ya..ana silap.Kita xboleh fikirkan diri sendiri..Gagah juga mencari,alhamdulillah..ada hamba Allah yang baik hati memulangkannya.Bagaimana caranya..??Semua itu kuasa Dia..

Banyak pentaklifan lain yang perlu ditumpukan...Moge2 Allah tunjukkan diri ini jalan dan permudahkan segala urusan. Kepada mana2 sahabat yang banyak terasa dengan sikap dan tindakan ana mohon maaf. Terlalu banyak perkara yang terlepas pandang. Tarbiyah...satu proses pengislahan diri.

Wallahua'lam..

Tuesday, July 6, 2010

Islam and the West: Conversations with History


Assalamualaikum wbt...

Rasa terpanggil untuk mengajak sahabat-sahabat ke satu seminar atau bual bicara ini. InsyaAllah, pelbagai ilmu atau input yang menarik boleh kita dapati. Syukran atas jemputan seorang sahabat..Asif jiddan, ana tidak dapat hadir dan memenuhi jemputannya, atas beberapa masyaqqah yang tidak dapat dielakkan. Moga2 akan ada perkongsian ilmu bagi siapa yang menghadirinya.=(

Maklumat lanjut boleh layari:

http://irfront.org/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=491

Friday, June 18, 2010

Ahlan Wa Sahlan!!


Assalamualaikum...

Rasanya xterlewat lagi untuk ana ucapkan Ahlan wa sahlan ke bumi barakah, bumi Insaniah wat sahabat2 Insaniah yang baru mendaftarkan diri pada 7 jun 2010. Adapun kita datang dari pelbagai kelompok, latar belakang dan pendidikan yg berbeza, moge2 kita adalah generasi yang sedang mengorak langkah dalam mencipta wehdatul fikr wa wehdatul amal..seperti yang ana pernah katakan dalam 1 slot bersama adik2 n shbt2 muslimat, kita semua sebenarnya sama. sama ada yang Islamic study nya ataupun dalam bidang muamalat. Kadang kala, student muamalat adalah lebih baik dari student Islamic study kerna mereka yg ingin berhijrah umpama mualaf yang sedang mencari kebenaran dalam Islam dari orang Islam yang mana Islamnya adalah 1 keturunan nenek moyang mereka. Jadi, bezanya kita dihadapan Allah, adalah ketakwaan kita. Buang jurang bidang di antara kita.Moge kita sama2 dapat bersama dalam mengekalkan biah solehah di bumi Insaniah..5 mutiara perlu digali dan dituai semula oleh generasi2 baru..."Bersama mencari mutiara hikmah di bumi barakah"..Maaf andai terdapat kekurangan yang terdapat di sepanjang Minggu Silaturrahim...Syukran Jazilan wat sahabat2 FEI yang byk membantu dan memberi tunjuk ajar pada insan yang serba kerdil n kekurangan ini..Mhon MSR yang ke hadapan lebih baik serta mampu mencapai matlamat yang lebih besar dan mencabar lagi..InsyaAllah..



.::Moge silaturrahim yang ditemukan ini akan membuahkan sesuatu yang bernilai di sisi Allah swt.
MSR 10 insyaAllah,still in my memoriez..

Special Post>>Ayah & Mama

AYAH!!!! MAMA!!!!!
Selamat Hari Lahir......


Seperti tahun sudah....
hanya doa kukirimkan.....
salam rindu pada kalian......
(16 Jun) hari jadi ayah........
(17 Jun) hari jadi Mama......
masing-masing selang sehari....
tahun pula selang setahun...
1960 untuk Ayah...
1961 untuk Mama....


Moga jodoh dan umur Ayah n Mama panjang..... dan terus panjang...........................


tiada hadiah yang mampu tahun ini kusampaikan....
tapi ingatan dan doa tulus ikhlas yang hanya dapat kukirimkan....
semoga kalian hidup tenang dan aman....
dan bahagia...
insya Allah,,, anak-anakmu turut membahagiakanmu....................


Sayang Ayah n Mama...!!!

"Happy Father's Day"...ayah<<

>>sowi yer DRC...=)
copied by DRC blogspot.com.

Monday, May 31, 2010

FOKUS


Assalamualaikum wbt..

Ayuh Sahabat!!
Kita fokus dengan amanah yang telah ditaklifkan kepada kita. Tunaikanlah mengikut kemampuan kita. Moga kita sama-sama dapat melaksanakan amanah ini dengan baik. Walau pada hakikatnya kita rasa kita bukan lah dikalangan yang layak, namun Allah ta'ala tahu tahap kemampuan hambaNYA. kadang-kadang tersungkur dengan segala beban dan masalah yang menimpa-nimpa. Tapi, yakinlah dengan pertolongan ALLAh.. Bersegeralah kita untuk mencari kebaikan dan tinggalkan segala kelalaian. Singkirkan segala kekusutan di minda dan fikiran kita.Jaga mata, telinga dan HATI kita. FOKUS pada sesuatu yang bermanfaat dalam setiap gerak kerja kita, kerna masa yang diisi tidak mungkin berulang kembali..Sama-sama kita bermuhasabah dalam setiap apa yang kita lakukan..Jika hilang pemfokusan kita dalam mencapai matlamat dan visi sebenar iaitu lillahi ta'ala, tidak mustahil kita mudah goyah dengan sedikit cuitan ujian mahupun masalah yang menjengah. Cepat melatah dan mudah lalai.
Allah swt berfirman:

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّى يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan). (Surah Az-Zukhruf: 83)

Harus kita ingat, dunia ini hanya persinggahan. Jadi, suka untuk ana mengingatkan diri sendiri dan menyeru kepada sahabat-sahabat yang bakal sibuk dengan bergerak kerja selepas ini,supaya matlamat kita dalam bergerak kerja harus seiring dengan matlamat ALLAHU GHAYATUNA supaya pentaklifan yang Allah berikan kepada kita dapat dilakukan dengan sebaiknya..Banyakkan pergantungan dan pengharapan kepadaNYA.. ..Jadi apa yang penting...FOKUS.

>>Selamat melakukan gerak kerja kapada semua F.E.I( Fasilitator Elit Insaniah) MSR 10/11, dari 1jun-11jun..Fokus terhadap apa yang kita ingin capai dalam pembawakan MSR kali ini.Mohon keberkatan Allah akan sentiasa bersama-sama kita..Ameen.Ma'an Taufiq Wan najah.

Selamatkan mereka!!



Assalamualaikum wbt...

"Kezaliman yang membuta tuli". Itulah ungkapan yang sesuai diberikan untuk manusia yang bergelar Israel laknatullah..Rasanya tidak layak mereka ini digelar manusia tapi lebih layak dikatakan macam haiwan.kira haiwan lebih baik dari mereka..Di mana sifat kemanusiaan mereka.?? Sungguh menduka citakan apabila mendapat mesej yang bertubi-tubi mengenai serangan tentera Israel keatas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mengakibatkan 16 aktivis kemanusiaan terbunuh sementara yang lainnya cedera parah. Ana kira bilangan ini akan meningkat dari semasa ke semasa.Ayuh kita mengutuk serangan tersebut. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa, misi bantuan tersebut adalah agenda kemanusiaan yang perlu turut dirasai dan diberi perhatian semua nagara. Kita perlu segera menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melalui kekuatan yang ada seperti PBB dan OIC agar memberi tekanan kepada Israel. Kenapa kita harus takut. Common la..Lupakan segera APCO yang dicanag-canagkan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia hanya bantu sekadar yang mampu, tapi kuasa sebenar terletak di tangan pemimpin kita. Bersama kita tawan kembali tanah air saudara kita..Bumi Palestin milik umat Islam bukan Israel laknatullah..Palestina tercinta!!wallahua'lam~
>>Allahumma ihzimhum wan surna a'laihim..<<