Followers

Tuesday, August 30, 2011

Salam Eidul Mubarak 1432H



Assalamualaikum wbt...
Dengan rasa kerdil dan rendah diri, saya memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang ada, baik pada teman-teman seperjuangan, rakan-rakan blogger, keluarga, guru2 dan sahabat-sahabat di barisan kepimpinan MPM KUIN. Semoga madrasah Ramadhan yang baru sahaja berlalu meningkatkan ketaqwaan dan keberkatan dalam tiap nafas kita selepas ini, di samping meninggalkan kita dengan 1001 rahmatNYA. Semoga kita beroleh rahmat kemenangan di Aidilfitri ini.
~Kullu a'm wa antum bikhair~


Salam Eidul Mubarak, dari kami sekeluarga..
(jemput datang ke teratak kami..)

Monday, August 15, 2011

Muhasabah Ramadhan Terakhir



"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...."
Terkejut dibuatnya saat mendengar ungkapan ini, disangkakan ada hamba Allah yang telah pergi.. Tapi lantas tersedar pabula disiku oleh rakanku, bukannya orang yang meninggal, tetapi 'tetamu Allah' yang paling dirindui akan pergi meninggalkan kita. DIA hanya pinjamkan kepada kita sebulan sahaja. DariNYA 'dia' datang, dan kepadaNYA jualah 'dia' akan kembali..Sedar tak sedar, ramadhan 1432H bakal meninggalkan kita.. Pejam celik, pejam celik, terasa cepat ianya berlalu. Seakan sahur dan berbuka puasa Ramadhan pertama bersama rakan-rakan Darul Taqwa baru semalam kita lalui. Namun, adakah amalan yang dilipatgandakan pahalanya, sudah kita penuhi.? Rasa kerdil sangat bila berbicara soal ini. Bersyukurlah bagi mereka yang mendapat barakah Lailatul Qadar, hari mulia dalam kalender Islam yang kehadirannya tetap misteri tanpa kita sbg manusia yg serba hina dan kerdil di bumi tuhan ini, mengetahuinya..Adakah kita dikalangan orang yang melepaskan segala macam peristiwa yang ada di bulan mulia ini, peristiwa badar kubra, nuzul quran, lailatul qadr, dan sebagainya..

Alangkah ruginya bagi yang tidak melayani 'kekasih' ini. Entahkan bila kita kan bertemu lagi. Mungkinkah ini kali terakhir untuk kita bersama-sama dengan 'dia'. Jikalaupun tahun hadapan kita bertemu kembali, adakah kesempatan dan ruang itu masih ada dan sama. Dek kerana manusia kan sibuk dengan urusan dunianya. Namun, itu semua siapa yang tahu jika urusan itu hanya DIA yang mengetahui..Kita hanya berserah dan bertawakkal. Moga peluang untuk bertemu kekasih itu, diberikan lagi. Jikalau kekasih ini kedatangan yang terakhir mnejengah kepada kita, pohonlah agar ianya berlalu dengan membawa seribu satu rahmat dariNYA. Moga ketiga-tiga fasa yang dinyatakan yang ada dalam bulan Ramadhan ini, sampai kepada kita, insyaAllah..

::Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna..Agar dapat ku lalui dengan sempurna..::
~Moga bertemu kembali di Ramadhan 1433H, insyaAllah~


Saturday, July 30, 2011

Rintihan Ramadhan, Ramadhan Terakhirkah ini??





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Masih lagi diberi nikmat untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Jika sebelum ni, selalu dengar, Dr. Yusof dan Dr. Mahmoud berdoa sebelum habis kelas,
" Allahumma ballighna fi syahri Ramadhan.."
Alhmdulillah,..semoga kita sama-sama menggunakan peluang ramadhan kali ini dengan sebaiknya dan moge kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan dariNYa.

Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Bulan Ramadhan juga adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Terdapat 3 bahagian istimewa yang dibahagikan kepada mereka yang berpuasa, iaitu bahagian pertama, dipenuhi dengan rahmat Allah. Bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian tiganya pula pembebasan dari api neraka. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam dan medan tarbiyyah kita yang sebenarnya.

Wallahua'lam..

.::. Mohon Kemaafan kepada semua atas segala kekhilafan diri yang disengajakan atau tidak.


Wednesday, July 27, 2011

Perjuangan JULAI belum selesai

Perancangan demi perancangan...
Semuanya diatur untuk satu perjuangan..
Walaupun wujudnya pertikaian demi pertikaian..
Alhamdulillah, ianya tidak pernah melemahkan..

Kami sahut semua cabaran..
Bukan sekadar semangat, namun bergerak atas satu kefahaman..
Agar ianya selari dengan tuntutan..
Tidak tunduk dengan nafsu dan syaitan..

Kami hamba yang lemah..
Namun, kami tidak akan gundah dan gelisah..
Kerna kami yakin akan ALLAH
Yang Maha Pemurah dan Yang Memerintah..

Sahabat-sahabat, perjuangan mesti diteruskan. walaupun kadangkala di pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN merasa lemah dengan pelbagai cabaran, kehilangan 4 orang sahabat pimpinan, aduan pelajar tentang masalah kebajikan yang tidak pernah surut dan tekanan dari pihak pentadbiran. Namun, pimpinan harus kuat dan berani. Yang hak perlu dinyatakan hak nya. Yakin dengan sokongan dari pelbagai pihak yang tidak pernah padam, menjadikan semangat yang hilang kembali semula. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan olehNYA berkat sokongan dari semua. Walaupun ada pihak yang cuba mempergunakan ulama' dan ibu bapa demi kepentingan peribadi, kita tetap yakin padaNYA.. Kini, hanya DIA lah saja tempat pengaduan kita..wallahua'lam..berita lanjut dari penjelasan@komen ini, boleh sahabat-sahabat klik

Kisah Julai..(3)


~19-23 Julai~
Berlangsungnya program Kolokium Ulama' Muda (KokUM 11')..Alhamdulillah, program yang julung kalinya diadakan di KUIN ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pengisian yang menarik dan manfaat disajikan kepada seluruh masyarakat khususnya buat mahasiswa/wi KUIN. Inilah harapan pihak MPM dalam meralisasikan biah solehah, yang bukan hanya kita faham menyentuh soal pakaian semata-mata. dengan wujudnya biah cinta ilmu, cinta ulama, juga dikatakan biah solehah.. Syukran jazilan buat sahabat-sahabat yang turut menjayakan dalam merealisasikan usaha ini. Moga Allah saja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian..

Juara Imam Muda musim ke-2..

Calon Imam Muda musim ke-3 kot..

Perasmi program, Ust.Ghani Shamsudin Pengerusi Persatuan Ulama' M'sia

Gimik Perasmian

Pengisian bersama Tok Guru-Tok Guru Pondok


Mengambil berkat dan tanda hormat..

peserta pidato...

Banyak lagi gambar yang diambil sepanjang KOKUM berlangsung. InsyaAllah team Journalist ATC akan menyiarkan berita program ini dalam masa yang terdekat..wallahua'lam..

Kisah Julai..(2)


~12 Julai~
"Alhamdulillah..,.".
Hanya ungkapan itu saja yang terkeluar bila saat Pak JPJ kata, "Tahniah! awak lulus.."
Wajah ayah & mama saja yang terbayang pada saat itu. Mana tidaknya, selepas ini mudah untuk bergerak kalau apa2 kecemasan terjadi di rumah. Tidak bergantung penuh pada ayah seorang. Ayah ucapkan tahniah walaupun lesen motor masih lagi menanti untuk diluluskan..Alhamdulillah, ayah faham yang anak ayah yang seorang ini mudah sangat gelabah bila berdepan dengan ujian. sebab itu x 'P' lagi walaupun test nya sudah berkali ..asyik LEMBU je,.bak kata ayah..Apapun..hati ini bersyukur sangat akan nikmat yang satu ini, kerana dengan nikmat ini, mudah-mudahan memudahkan urusan dan 'visi' yang sekian lama tertunda..


~di sinilah ku menimba ilmu pemanduan ni..~


Kisah Julai..(1)


(BERSAWANG..hanya itu saja ungkapan yang mungkin dapat diungkapkan pada blog ini. Maaf buat blog KALAM INSANI, kerana hak kepada dia kuabaikan untuk beberapa seketika, untuk menumpukan kepada beberapa perkara yang perlu diawlakan.. Namun, ianya tidak bermakna bila blog ini tidak diupdate, DAKWAH tidak berjalan.
"Kita ada cara kita sendiri"-kata2 ATC..)

~10 JULAI ~
Satu langkah menuju ke gerbang siswazah. Sedar tak sedar sudah sudah memasuki ke tahun akhir rupanya. Senior?? Rasa tidak layak gelaran itu disandang. Namun, itu adalah satu realiti yang diri ini kena sedar..Tanggungjawab di negeri sendiri sedang menanti..InsyaAllah, moga di beri peluang dan ruang oleh NYA untuk berbakti pada negeri sendiri pula dalam visi menghijaukan bumi Johor ku..