Followers

Tuesday, February 9, 2010

Info Terbaru yang diterima

· Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akankeluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak." Simpanlah baik2 amnat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat...i/Allah

· 3:39 PM

2/7

Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.-dari hamba Allah,kami forwardkan ....drpd shbt UM.

Thursday, February 4, 2010

Menongkah arus perubahan


Bercerita mengenai perubahan...
Masing-masing tetap dengan pendapat masing-masing, apabila bercerita tentang perubahan.Di petik dari kalam Ir.Ahmad Jais dalam majalah Solusi, "Jangan biarkan diri dipaksa menerima peubahan".Makna kata, adakah salah bagi individu mahupun organisasi itu,sekiranya tidak mahu melakukan perubahan. Ianya tidak salah apabila tiada proses kefahaman diberikan, mengenai mengapa perubahan itu perlu? Sememangnya agak sukar dalam melakukan perubahan itu. Pada permulaan untuk melakuakn perubahan, ada saja pihak yang akan menentang dan mengkritik. Namun, kita tidak perlu cepat melatah dan berputus asa. Malah istiqamah dengan pendirian itu perlu diperkukuhkan.Kenapa ada yang menentang dan mengkritik kita melakukan perubahan? Inilah persoalan yang dibangkitkan. Di sini, kita perlu sedar akan perubahan yang hendak kita lakukan itu, sama ada kena pada waqi'nya ataupun tidak? Perubahan yang hendak dibawa itu juga janganlah terlalu drastik. Hukum pengharaman arak yang berlaku pada zaman nabi dulu pun,tidak diharamkan secara drastik.Sebab nabi tahu, masyarakat yang asalnya sudah biasa dengan kehidupan minum arak, tidak akan sewenang-wenangnya terima akan keputusan itu.Jadi proses itu yang berlaku secara berperingkat-peringkat itu,akhirnya diterima. Justeru itu, melakukan perubahan itu tidaklah salah,kerana Islam sendiri meggalakkan umatnya keluar dari kepompong kejahilan. Namun kita perlu kuat dalam memberikan kefahaman dan faham dengan situasi yang kita duduk sekarang. Tidak hairan juga apabila Islam dimusuhi oleh dunia barat dan antarabangsa yang tidak memahaminya.Apabila kefahaman mengenai Islam yang benar gagal disampaikan, maka masyarakat akan memusuhi dan menolak perubahan yang ingin dibawa oleh Islam.
Bersama kita renungkan betapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah digelar sbg org gila,hilang akal,tidak siuman dan sebagainya apabila Baginda membawa perubahan kepada Islam dalam dakwah Baginda. Begitulah yang berlaku pada seorang sahabat ana apabila dia berubah dalam melakukan dakwahnya,masyarakat khususnya sahabat di kelilingnya, hilang kepercayaan kepadanya.Niatnya yang murni, disalah ertikan.Tetapi, kagum dengan semangatnya.
Perubahan itu perlu.Kita tidak boleh menjadi mangsa kejahilan dan jangan biarkan kejahilan itu menguasai diri kita dengan menutup pintu fikiran kita dari arus perubahan. Agak merisaukan apabila ada pihak menolak dan memusuhi perubahan tanpa usul periksa, dan kefahaman yang betul.Dan lebih merunsingkan, jika sebagai mahasiswa kita menolak seruan perubahan yang positif serta berusaha dalam menggagalkan perubahan itu tanpa berusaha mencari kepastian akan perubahan yang ingin diperkenalkan. Sebaiknya, adalah kita cuba memahami perubahan tersebut dan bersama-sama menjadi pendukung arus perubahan. Sememangnya, Islam adalah agama yang membawa perubahan, sehingga Allah berfirman, mafhumnya : " Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia yang mengubah nasibnya"..

Tuesday, February 2, 2010

Pentas Ilmu


Assalamualaikum w.b.t....
Tugas dalam menjaga kebajikan akademik mahasiswa bukan satu perkara yang mudah. atas inisatif itu, Biro Akademik, Majlis Perwakilan Mahasiswa cuba melaksanakan program yang telah dirangka beberapa bulan yang lepas. Ianya bukan sekadar program,tetapi lebih bersifat inisatif menjaga kebajikan akademik..Tertubuhnya class CEP ( Continuous Education Programme ),adalah salah satu usaha Biro Akademik dalam melatih mahasiswa untuk berdaya saing dan bersifat kompetetif. Mari sertainya..!
Banyak keistimewaan dalam kelas ini,antaranya, dapat berkongsi ilmu bersama rakan2, pentas untuk kita mengetengahkan pendapat kita dan yang menarik, insyaAllah, berpeluang terbang sambil belajar bersama wakil MPM ke negara China dalam meluaskan ilmu pengetahuan dan mengetahui cara hidup masyarakat Islam di sana.InsyaAllah,moga2 hasil yang terbaik dapat dilihat di pengakhiran kelas ini. Doakan bersama....

Wednesday, January 27, 2010

Zuq 3T training


Baru saja lepas usrah..Adik-adik usrah masih lagi bercerita mengenai 3Training yg bru kami lalui seminggu yang lepas.masing2 pakat cerita perasaan masing2.jenuh juga nak dengar..Tapi ana layan juga..Itulah,bak kata kak chik(salah seorang pentazkirah 3Training), xrasa,xtau..Tahniah buat semua Adhoc pelaksana program ni.Moge akan ada sesuatu perubahan yang menarik lagi dalam pengisiannya.Bukan sekadar untuk berhibur,tetapi kesedaran hubungan denganNYA juga perlu diperbaiki dan diteliti..3Training macam nak kalahkan ESQ je tgok..Mudah2an ia lagi baik dari ESQ..Syukran kepada adik2 usrah(Hurun A'in), coz sudi hadir..moge ukhwah yang terjalin antara kita ini,mendapat keredhaan Allah." Usrah menjana kasih sayang fillah ".

Maaf atas segalanya

Alhamdulillah..
selesai sudah satu tanggungjawab yang ana rasakan terlalu kerdil untuk menggalasnya.
pelbagai kritikan dan dorongan diterima sepanjang mengendalikan program minggu bahasa arab ni.Ala kulli hal,itu semua dijadikan sebagai satu tarbiyah untuk lakukan yang terbaik pada program yang ke depan..syukran kepada semua adhoc pelaksana dan mt minggu bahasa arab.ribuan ampun dan maaf kerana byk kelemahan yang datang dari diri ana.al-maklum,program pertama..harap sahabat2 sudi untuk trus support dan tidak jemu untuk bekerjasama sekali lagi..kepada PERKASA,harap dapat terus memperkasakan lagi Bahasa Arab di bumi Insaniah..kerana PERKASA merupakan satu persatuan yang zahir untuk menggalas tanggungjawab ini,walau pada hakikatnya, semua individu@persatuan sebenarnya turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa syurga ini.Maaf jua kepada PERKASA...moge program ke depan akan menjadi yang lebih baik..insyaAllah,doakan kami..BAKA

Friday, January 15, 2010

SALAM TAJDID


Salam tajdid..
Lama sungguh x update blog ni.kesian dia..beribu kemaafan kerana kurang memberikan kasih sayang kepada kalam insani.terlalu sibuk dengan urusan dunia,sehingga terlupa yang diri ini perlu juga diislahkan dan ditarbiyah disamping menyeru yang lain..moge diri ini tak sunyi dari jalan dakwah dan sentiasa dipermudahkan urusan..INSYAALLAH..rasanya tak terlambat lagi untuk ana ucapkan salamat tahun baru sama ada tahun hijrah mahupun masihi.apa yang penting kesedaran diri yang merasakan hidup ini sudah tidak terlalu lama.saban hari,saban tahun,umur pun semakin meningkat..tapi bagaimana dengan amal kita?sebelum ana terlupa, salam eidul milad buat akhi,ipin..moge umur 19 ni,semakin matang la ye.cuba mencari identiti yang sebenar yang boleh menjadikan diri kita ni dekat denganNYA.jika ada pelbagai dugaan dan cabaran yang datang, jangan cepat melatah.DIA yang berikan, so, dengan DIA lah kita kembalikan dan mengadu..juga salam ukhwah untuk semua sahabat2 bloger yang sudi berkongsi isu dan cerita..berbagai isu yang kita dengar pada hari ini..isu kalimah Allah,isu ibu bapa yang terbiar, isu nikah isteri orang, dan pelbagai lagi..diri ini menjadi takut untuk terus mengharungi hari-hari yang bakal mendatang.tapi,itulah hakikat dan realiti sebenar yang perlu kita tempuh pada zaman kini dan seterusnya..sama2 kita uraikan mana yang kusut supaya kita sma2 dapat manfaatnya..doakan,moge diri ini terus diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu mutiara yang berharga untuk kalam insani..wallahua'lam.

Saturday, December 12, 2009

KeMATIan Itu Satu KePASTIANan


Ya zal jalaaliwal ikramm..3x...terjaga ana dari lena yang panjang..alunan zikr henset di sebelah terus menjerit minta diangkat..pabila show je mesej,innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..terus sedekahkan al-fatihah buat arwah..kak usrah ana bagi mesej"sedekahkan al-fatihah wat sahabat kita yang baru kehilangan ayahnya pagi tadi.."kasihan sahabatku.di waktu inilah Allah menguji dia dengan sehebatnya.Aku tahu,dia seorang yang kuat sebab itu Allah mengujinya di saat ini.Namun ku pasti, dia memerlukan seorang teman untuk berkongsi segala perasaan..Sebagai sahabat,ku minta maaf kepadanya,kerana tidak dapat bersama-samanya.Alhamdulillah..dia faham.Ana baru saja sampai Johor kelmarin..Hanya doa dari jauh yang mampu dilakukan.Bukan untuk menceritakan saat itu,tapi ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman.Kematian ayahanda sahabatku ini,mengingatkan ana kepada ibunda tercinta yang telah pergi enam tahun yang lalu,sewaktu ana di tinkatan 2..macam semalam saja dia pergi..tapi yang yang pergi,tetap kan pergi.Sekalipun air mata darah yang mengalir,tidak mungkin dia kan kembali.Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan dengan mengambil iktibar dari satu kematian itu.Mati itu pasti,cuma kita tak tahu bila ia akan tiba menjemput kita.Sedang diri ini sedang berduka,tiba2 teringat satu kisah yang baru saja ku baca pada waktu itu..Buku karangan Dr.Ramadan Abu Bakar Mahmud,Jalan Wanita Solehah..menceritakan bagaimana seorang wanitu itu dikatakan hebat dari kaum muslimin..Ohh..rupanya,wanita juga boleh menjadi hebat juga ya..Ya..boleh!!SABAR..Setengah dari kita menyangka bahawa sifat ini jarang ada pada seorang wanita,tapi ia tidak dapat dibuktikan kerana kita dapat menemukan wanita berlumba dengan lelaki untuk mendapatkan sifat ini.Mungkin saja wanita melebihi lelaki disebabkan keimanan dan penyerahan dirinya kepada Allah ketika terjadi bala dan musibah.Kerana tahu,bahawa Allah tidak meningatkan melainkan kebaikan buat manusia dan tidak menimpa musibah melebihi kekuatannya dan itu menaikkan darjatnya dan menghapus kesalahan-kesalahan. sabar juga membawanya ke syurga..firman Allah dalam surah Al-Baqarah 155-157 ,mafhumnya: " Dan sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.dan berikanlah khabar gembira bagi orang2 yang sabar,(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan, Innalillahi wa inna ilaihi raji'un".. dan firmanNya dalam surah Azzumar ayat 10,mafhumnya : "sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."..Rasulullah juga ada bersabda:"Barangsiapa yang ingin Allah berikan kepadanya kebaikan,Allah akan menimpakan musibah padanya"sahih Bukhari.
Ketika seorang wanita solehah yakin dengan keislamannya dengan ayat2 dan hadis2 ini,maka ia telah m'berikan contoh dan ikutan yang baik untuk orang2 selepas mereka atas kesabarannya ketika ditimpa musibah.Contoh kisah yang boleh ana bawakan disini ialah kisah Manfusah binti Zaid Al-Fawaris telah mendapat musibah atas kematian anak lelaki yang diasuhnya.Saat itu, Manfusah melihat anaknya bersabung nyawa. Ia berkata: Demi Allah!Aku lebih suka kamu pergi dahulu daripada kamu pergi selepasku.Kerana ini lebih mudah bagiku supaya aku dapat menguasai kegoncanganku.Sekalipun berpisah denganmu satu kerugian,namun pahala darimu adalah lebih baik."Beliau telah mengambil contoh yang baik,ketika m'hadapi musibah dgn mengikuti hadis Rasulullah s.a.w yang b'bunyi : " Sesungguhnya kesabaran ketika itu t'jadi benturan yang pertama kali."..Maksudnya,bahwa kematian anaknya dan keteguhannya untuk m'harapkan pahala dari Allah.Hal itu ia lebih sukai daripada anaknya tetap masih ada sebelum ia meninggal.Hal ini,bukanlah dia tidak sayang dan cintakan anaknya .Tidak sesekali. Namun musibah yang t'jadi itu lebih besar,melainkan pahala yang datang dari Allah yang telah meringankan kesedihan atas pemergian anaknya itu.Hal ini menunjukkan bahwa kesabaran yang ada pada wanita solehah itu,berdasarkan keyakinan dan pengakhiran yang baik.Oleh kerana itu mereka lebih memilih mendapat kegoncangan..Jadi sahabiah ku..janganlah kita terus berduka atas segala musibah yang menimpa.Terimalah dengan hati yang lapang,Allah tahu kita mampu tanggung semua ini.Sebab itulah Dia uji kita.Moga kesabaran ini menjadikan kita salah seorang wanita yang hebat dan mampu menjadikan kita salah seorang wanita yang solehah.Ingatlah..bahwa Kematian itu satu yang pasti..